Monday, January 12, 2015

KENANGAN DI BUMI BRITAIN PART 1

Sehingga ke tarikh ini rasanya dah hampir 2 tahun berlalu tika saya buat pertama kalinya menjejak kaki ke bumi Britain, tanah tumpah darah Queen Elizabeth. Mungkin bagi orang lain bercuti di London adalah suatu perkara biasa-biasa saja, tapi bagi saya dan rakain-rakan peluang menjejakkan kaki ke sana adalah suatu peluang keemasan, apalagi kalau semuanya ditanggung oleh syarikat.

Tapi bukan suatu perkara mudah sebenarnya untuk saya menguruskan program tersebut, kalau tak silap hampir setahun juga saya menyiapkan macam-macam dokumen sebelum kami dibenarkan ke luar negara. Biasalah, kita ni makan gaji jadi setiap sesuatu program perlu ada justifikasi kukuh baru akan diluluskan oleh peringkat pengurusan tertinggi. Kertas kerja jangan cakaplah, rasanya dekat 10 kali saya hantar kepada Datuk KP. Kene editing dan sebagainya. Ngee..tapi at least seronok jugak sebab secara tidak langsung saya dapat belajar sesuat perkara yang baru dalma hidup dan kerjaya. Wlaupun susah, perit dan payah tetapi percayalah semua dugaan itu sebenarnya mengajar kita tentang selok belok perkara baru yang mungkin orang lain tidak dapat pun. Jadi janganlah risau sangat kalau kita diberi suatu tgasan yang berat dan besar kerana sebenarnya itulah guru yang paling bagus dalam hidup!!

Bila kertas kerja dah lulus, kene fikirkan pula tentang penginapan di sana. Dahh satu hal juga nak cari provider di Malaysia yang boleh uruskan, of course pada harga yang berpatutan. Kalau yag mahal memang banyak dan mostly mereka ambil cash kalau berurusan direct dengan orang-orang di sana. Nasib baik ada kenalan yang biasa berulang alik ke London dan dia tolong kenalkan dengan syarikat yang biasa handle program macam ni sebab kami nak stay sebulan. So MARA House memang tak available utk tempoh yg panjang. Mereka beri keutamaan utk orang-orang yg nak short stay sahaja. Finally we all dapat sewa 2 buah apartment di Lanward Court yang terletak di Edgware Road (tempat ni pun suggested by syarikat berkenaan sebab dekat dengan HALAL Food, tube dan betul2 central London). Apartment kami ni memang tengah-tengah samada nak ke station Edgware Road atau Marble Arch. Di London kene belajar baca tube map tu tau sebab itu pengangkutan utama!!Normally kami jalan kaki je ke station, dalam 10minit. Tak berpeluh pun sebab sejuk, in fact kene pakai jaket sentiasa. Mula-mula sampai suhu sekitar 7c...sejukkan???


Ceria je muka masing2 dalam flight...ni baru berlepas. nak tengok 12 jam kemudia???heheh tak payah lah ok.
Tu lah apartment kami, kene lalu kat VICTORIA CASINO. Usihh penuh dengan orang arab kat casino ni tiap2 hari


Tube map sentiasa ada dalam bagpack kalau gi mana-mana supaya tak tersesat..

Ni dia station Edgware Rd. Ada dua station, tapi ygbakerloo line tutup utk construction. Kami sempat naik 2 kali je station bakerloo tu. Kalau naik bakerloo line pi class kat clapham senang sebab x payah tukar2 tren.

Setelah bertungkus lumus maka pada 17 Mei 2013, terbanglah kami seramai 10 orang dengan menaiki pesawat MAS MH04 pada jam 10.10 minit pagi ke Heathrow. Punyalah banyak stok yang kami bawa sampai kene airport tax lebih kurang RM900++. Nasib baik ada rakan ofis tolong bayarkan, tapi saya bagi semula duit dia dalam Pound sebab saya bawak RM seciput je. Penerbangan kami merupakan penerbangan terus ke London, takde stopover kat mana-mana. Bukan apa tak teringat nak mintak yg transit, lagipun kami semua perempuan jadi eloklah memudahkan perjalanan yang jauh. 12 jam dalam flight economy, korang boleh imagine tak macam mana kebas, dan lenguh pinggang duduk kat dalam tu?? Sebab tu bila berita MH370 dan MH17 keluar di TV saya rasa seriau sungguh sebab teringat nasib baik tak jadi apa2 yang buruk sepanjang kami dalam flight. Kebetulan sit saya belakang skali (dekat dgn toilet) jadi selesa sikit sebabnya saya boleh baringkan kerusi tu kaw2 memandangkan ada jarak yg luas di belakang yg memisahkan kami dengan row seterusnya. MH04 ni kapal air bus jadi memang besar dan ada 2 deck. Kami semua di deck atas.

Ni lunch kami..masa ni excited nak makan sebab lapo dari pagi belum sempat jamah makanan
Dinner pulak..ni tak ampik pun yang tea break bagai, pecah perut ok...kek cheese tu sedapp wehhh
Saya sebenarnya dah siap2 ambil ubat tido (atas nasihat abg saya) sebelum pergi kononnya supaya senang nak tido dan tak jet lag bila sampai sana. Sebab terlalu percaya saya makan sebiji (tak berani ambil banyak takut tak bangun2), alangkah kecewanya sebab sepnjang 12jam saya GAGAL utk melelapkan mata. Adoiii tak tahulah kenapa. Saya duduk di window seat jadi kat luar terang benderang sepanjang jalan, x jumpa waktu malam pun. Sedangkan kat Malaysia patut dah sampai waktu tido. Memang naya saya rasa masa tu. Nak tgk movie pun dah tak lalu, nak baca buku pun takde mood. Nak berborak pulak, masing-masing layan perasaan. So saya pun join lah layan perasaan jugak.Tututp mata sat pastu stewardes dtg hntar makanan, tea break, ice cream etc. Kembung dok dalam flight!! Kat umah pun tak macam tu..hahaha. Mewah dengan food. Apa yang saya puji semua cabin crew MAS sangat2 profesional dan mereka yg terlibat dgn penerbangan jauh ni selalunya adalah yg senior. So korang2 kalau nak cuci mata tengok yang muda2 tu sila buat penerbangan ke Langwaki je. Hehehehe..ehh walaupun senior tapi masih cun!

Tengok tu tak sbar2 nak gi imigresen..hihihi. Skali brother imigresen punye soalan sikit punyer banyak daaa...
Kalau yg 1st time gi sana eloklah buat folder macam ni untuk setiap org, memudahkan urusan di border dan jugak senang masing2 nak refer kot2 jadi pape. Unless korang travel dengan org yang dah biasa ke sana then no hal.
After 12 hours, excited kami sebab dah sampai. Masa tu di London lebih kurang jam 4.30 petang. Setelah bersoal jawab dengan pegawai imigresen di airport kami pun terus ke kauter luggage dan keluar menunggu orang yg akan pickup kami di airport. Ehhh...nape takde sepanduk nama kami?????Aduhh..apa dah jadi???

Kedai ni kat main road Edgware Rd. Kene sebarang jalan kalau nak gi sini. Depan waitrose..kalau nak beli daging or ayam kami beli kat sini. Ayam seekor 2Pound (kecik je tau)..

Ni pun kedai peberet tapi jauh sikit. Biasanya beli telur ayam, susu dgn roti kat sini. Kadang2 beli biskut. Harga telur lebih kurang je macam Malaysia bila convert2. Susu saya rasa murah sebab bekas dia besarr ..tapi kalau rajin sangat nak convert memang tak makan lah jawabnya. Hehehe

Ok ni pun supermarket yang dekat dengan rumah. Ha nampak tak apartment brown kat belakang tu?? Normally kami beli mineral water sebab??? Walaupun air paip dia save to drink tapi ada rasa tak best lah pada air tu (maybe sebab tak biasa). Jadi kami akan beli air kat sini dalam botol besar tu bawak balik rumah. Gigih tak??? Banyak ok kami beli...berat jgk nak bawak.. air murah je dalam bekas besar tu..


nantikan sambungannya dalam PART 2..hehehehe



















0 comments:

Post a Comment

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.