ROTI PURI YANG SEDAPPP DAN GEBU
Sapa pernah makan roti puri? Kalau tak pernah dengar, roti puri ni sebenarnya sejenis roti yang digoreng. Ia akan mengembung bila digoreng tetapi dalamnye kosong, sangat-sangat best kalau dimakan dengar sambal sardin, kari sardin atau sambal tumis ikan bilis. Very the nyumm..nyum...asben saya kata nama kuih ni 'jembreng'..hihi..entahlah sebab saya dari kecik lagi dulu panggil roti ni roti puri.
Ingat lagi pertama kali saya belajar buat roti ni masa saya tingkatan 3. Yelah banyak masa cuti lepas exam jadi kebetulan saya duduk rumah kakak and kawan dia terer buat roti ni. Disebabkan bahan2nya mudah saya pun boleh buat. Cuma masa tu saya uli guna tangan je..adehh penat lah jugak. Lepas tu belum confirm lagi tu dia akan kembung lepas digoreng. Dup..dap..dup..dap..rasanya. Yang penting happy sangat bila masa menggoreng roti ni jadi kembung, itu maknanya roti ni menjadi. Kalau tak kembung tu..hmmm sila cuba lagi ye.
"Masakan India Selatan dibezakan oleh suatu emfasis lebih besar pada nasi sebagai biji-bijian asasi, terdapat di merata-rata tempat sambar dan rasam (juga digelar chaaru/saaru dan rasam), suatu kepelbagaian acar, dan kegunaan liberal kelapa dan terutamanya minyak kelapa dan daun kari. Dosai, poori, idli, vada, bonda dan bajji adalah kegemaran India Selatan yang lazim. Ini biasanya dimakan sebagai sebahagian dari sarapan pagi."
(sumber dari wikipedia)
Resepi di bawah saya copy paste je..
Bahan-bahan ( 12 biji )

Saya makan dengan kari sardin..utk minum petang. Kalau makan panas2 memang umphhhh!!! |
Resepi di bawah saya copy paste je..
RESEPI ROTI PURI
Tuan Tanah : Yatiezaini (myR)
Sumber : Lina pg
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil yis mauripan
- 1/2 sudu kecil garam *
- 3 sudu makan minyak masak *
- 2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
- 175ml air panas *
- 40-50ml air (jika perlu)
- Minyak utk mengoreng
- Satukan tepung gandum dan yis ke dalam satu bekas yang besar.Kemudian gaul rata.Ketepikan
- Satukan garam, gula, minyak masak dan air ke dalam periuk kecil.Panaskan atas api hingga gula hancur. (saya x masak atas api sebaliknya saya guna air panas je).
- Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan itu ke dalam tepung (Sedikit demi sedikit) Gaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
- Dengan mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
- Jika perlu, tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh (step menguli ni saya tak guna tangan, saya terus masukkan dalam mixer dan tambahkan air yg dah bercampur gula tadi sedikit demi sedikit smpai jadi doh).
- Tutup doh dengan kain bersih yang dilembabkan terlebih dahulu.Perap doh selama 30min.Doh akan kembang sekali ganda dari saiz asal. (saya tutup guna pinggan je supaya udara x masuk)
- Pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil.Agak2 la saiz tu berapa ya. (Saya agak2 je saiznye sbb kalau terlalu besar bila dileperkan nanti roti tak kembung masa digoreng)
- Canai doh seperti canai doh kuih karipap
- siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...
- Tips utk mgoreng :
gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mengelembong / naik kembong
Semasa mengoreng disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA*saya guna api sederhana sambil tu saya tekan2kan bahagian yg start nak menggelembung..roti ni akan menggelembung sedikit demi sedikit ye. Klu api terlalu besar cepat hangus).
Salam
ReplyDelete