PUFF KRIM AYAM
Ini kejadian orang yang agak rajin 2 minngu lepas..iaitu dengan tepatnya sebelum pergi berbengkel. Hehehe..memang kalau musim rajin melanda, bukan main lagi saya akan cuba pelbagai resepi. Tapi kalau vitamin M datang, huh nak masak air pun malas u ols. Nasib baik ada kettle, senang sikit kerja saya. Agaknya kalau masih guna flask dulu-dulu yang kaler merah tutup gabus tu untuk simpan air panas, mahu takde air panas jawabnya kot...sadis sungguh kalau jadi macam itu. Tiba-tiba teringat zaman-zaman dolu kene isi air panas dalam flask, mak suruh. Dahlah cerek takde bunyi..kene buka penutup cerek tgk air dah menggelegak ke belum. Mula-mula memang susah, lama-lama ok je dah boleh agak. Biasanya air tu akan terlimpah kat penutupnya, tanda dah masak la tu.
Inilah masalah saya, selalu terpesong dari track sebenar. Nak cerita tentang puff ayam..dah termasuk pulak cerita masak air panas. Selalu je masuk simpang lain, tu pasal lambat sampai. Husband saya selalu bebel, kalau nak pergi satu-satu tempat jadi lambat pasal ada je tempats aya nak singgah on the way tu. Tapi dia layankan aje lah..hihihi. Hmmapa nak buat, dpt isteri macam ni. Bukan apa, saya tak brape suka keluar rumah tanpa arah tujuan jadi kalau sesekali keluar saya akan buat macam-macam benda sekali jalan. Sebab saya fikir mudah macam tu, tak payah nak keluar banyak-banyak kali. Sebaliknya asben saya suka keluar banyak-banyak kali. Camno??? Saya alah pada panas terik, mudah sakit kepala kerana panas dan silau. Dan sakit tu akan lama..sebab itu saya memang tak suka keluar waktu siang. Jadi kelawar, malam-malam baru sibuk nak terbang sana-sini..
Oklah ni saya sertakan resepi Pai Krim Ayam. Sukatan ikut agak-agak je sebab saya memang tak pernah sukat kalau bab masak2 Kecuali kek dan adik beradiknya yg memang perlu mengikut measurement tertentu.
Ok jom layan..
PUFF KRIM AYAM (CHICKEN CREAM PUFF)
1-2 pek puff pastry kawan
1 biji telur utk eggwash
Inti:
Kentang - dadu
Bawang besar - dadu
Bawang putih - cincang
Sayur campur
Lada hitam - tumbuk kasar
Double Krim (Dairy cream)
Ayam - rebus dan didadu
Sedikit rempah kurma
Kiub ayam
CARA-CARA:
1. Tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma dan gaul sebentar. Rempah jangan banyak, cukup sekadar memberi perasa sahaja. Masukkan kentang dan sedikit air. Bila kentang hampir empuk, barulah masukkan sayur campur dan juga ayam yang dah didadu. Perasakan dengan garam secukupnya.
2. Masukkan krim sedikit sahaja, utk melikatkan inti.
*Kalau ada cendawan butang, sedap juga dicampur dalam bahan ini.
- Ikut step dibawah untuk membuat puff
Sapukan marjerin pada bekas aluminium- spy puff tak melekat |
Pukul telur dan gunakan untuk sapu permukaan puff. Jangan lupa sapu pada keliling kulit puff tu untuk melekatkan ia, dan tekan dengan garfu di sekeliling puff. Nanti terbukak pulak puff u ols. |
Comments
Post a Comment