Sekarang ada masa sikit nak update cerita kenangan saya masa berkursus di London selama sebulan. Satu jangkamasa yang bagi saya agak panjang dan bermakna. Amat meninggalkan kesan yang begitu mendalam di dalam hati. Pendek kata, sampai termimpi-mimpi. Saya rasa begitulah agaknya mereka-mereka yang dah pergi menjadi tetamu Allah di Baitullah, pasti kerinduan itu sentiasa menggamit di dalam hati kerana sesungguhnya tiada tempat yang paling seronok, mendamaikan dan indah selain daripada di tanah haram. In shaa allah suatu waktu nanti saya akan ke sana juga...moga dipermudahkan.
Entry ni saya akan rumuskan program seminngu yang pertama. Kalau nak story hari2..baik tulis diari (hehe). Hari 1st class di Clapham kami takde masalah nak cari sebab hari sebelumnya kami dah scouting jalan dan dah pun beli kad tiram (OYSTER CARD). Kad ni kene bawak je gi mana2 and diaorg akan provide dengan bekas plastiknya skali..saya tak return bekas tu sebab kenangan kononnya. Waktu nak balik Malaysia kita boleh return kad ni di kaunter dan mereka akan refund duit...best kan??? Pengangkutan awam kita guna kad ni pi mana2, lebih jimat kot. Ntahlah sebab kami beli kad weekly.
|
Ni dia kad TIRAM/OYSTER.. |
|
Kelas kami kat sebelah pokok tu, ada tangga turun ke bawah tanah.. |
|
Hari first di Clapham, sementara menunggu time nak masuk class. |
|
Ni jalan nak pi class, Clapham High Street. Bangunan tinggi tu lah tempatnya, ada gate kene masukkan kod untuk bukak gate tu.
|
Nama instructor kami Amy Taylor. 1st day dah terus belajar, mula2 sampai we all buat air panas dulu..makan biskut etc. Kat class memang disediakan instant drink dengan biskut utk kita tea break. Normally kami bawak bekal untuk lunch, gigih bangun pagi2 memasak. Class mula pukul 10pagi-6ptg everyday so memang ada banyak masa nak prepare meals. Classromm kat basement bawh tanah..wahh sejuk yg amat. Nak menulis pun jari kaku dan kebas. Saya mmg akan pakai inner dan jaket tiap2 hari. Air kat toilet macam air dalam fridge..ok xyah nak imagine macam mana kalau gi toilet. Arghhhhh..stress!! Sepanjang kat sana saya memang tak minum ais sebab terlalu sejuk, mostly minum hot chocolate atau air instant yg kami bawak banyak dr Malaysia. Sebenanrnya di Bayswater (ambik tube turun di ada pasaraya yg jual brg2 Malaysia mcm kicap udang, maggi, pes tomyam etc cuma harganya mahal. Contohnya sepeket kecik megi harganya dalam 40p, kalau convert jadi RM2.50 ..mahalkan??? Jadi bawaklah bekal secukupnya kalau nak berjimat cermat.
|
Transit sekejap di Hove, mana2 tempat pun kami ambik gambar. Cuma dalam toilet kat Harrods je terlupa nak snap..hahaha |
|
Jalan kaki lagii...asyik berjalan. Sebab tu boleh turun 2-3kg |
|
Depan Carton tower di West Sussex |
|
Canti kulit minah saleh ni..dengan mata biru dia. Time ni dia baru 2 minggu kawin. |
2nd day kami ada lawatan di West Sussex, secara tepatnya di Lancing. Kali ni perjalanan mengambil masa dalam 2jam drpd Station Victoria. Kalau nak tahu stesen ni ala2 KL central jugak sebab besar dan tube semua laluan ada di sini. Malah bagi mereka yg nak ambil keretapi jarak jauh pun boleh ambil di sini. Station ni tak sebesar St. Pancras. Kat sini kene jalan cepat2 sebab orang London berjalan laju, kalau korang terkedek-kedek kat station ni memang kebarangkalian untuk dilanggar oleh org lain tu tinggi. Dalam ni ada banyak kedai2 sama macam KL Central tu. Saya pun pernah beli espresso pada harga GBP1.50, sebesar cawan air tester kat spernarket tu. Adalah dalam 3 sudu besar kot airnya. Hahahaha..haru betul. Sepanjang perjalanan mata kami dijamu dengan pemandangan perkampungan ala inggeris (mcm dalam filem tu..anne of the green gable), sangat cantik saujana mata memandang. Kalau kat sini kita tgk byk lembu kan?? Kat sana kita akan lihat banyak kuda meragut rumput..tak tahu nk ckp macam mana indahnya (smp sekarang terkenang-kenang). Keretapi kat sana kita kene duduk di coach yg betul, kalau silap coach mungkin kita tak dapat turun di stesen yg kita nak sebabnya keretapi ni panjang tapi stesen hentian tu platformnya pendek so coach tu akan berhenti tepat2 je kat platform berkenaan. Untuk ke Lancing, kami perlu transit dulu di Hove untuk dptkan tren yg seterusnya sbb tiket kitaorg tu tak dapat yg direct ke Lancing. Dlm tren diaorg akan jual makanan2 ringan mcm ala2 twisties, nachoc etc. Boley je beli kalau nak.
|
Amboii tgk depa2 tuh..vass de boom kan?? Bergaya sunggu memasing..Kat sini ada tupai comelll snt, main2 dgn kita mcm dalam citer kartun enchanted..hahaha. Ok memang wujud tupai yg comel dan friendly tu. |
|
Ni taman tmpat pemuliharaan angsa kalau tak silap.. |
Lawatan sehari di Lancing kami dibawa ke pejabat urusan produk Carlton. Kalau mereka yg dalam bidang beauty/ eesthetic mesti tahu brand ni. Sampai2 je dah tea break time so kami dijamu dengan sandwich tuna and macam2 buah. Pisang, betik semua takde ye..kami makan strawberry, plum, peach, apple dll. Wow straberry dia sangat giant..manis. Puas hati bila masuk dalam mulut. Saya rasa depa ni mesti cakap dalam hati yg kami ni ala2 jakun dok perabih buah stoberi tu. Hahahaha. Mana boley tahan beb. Yg lucunya masing2 dok legap mata tgk instuctor Carlton tu..cantik sungguh macam patung. Kulit dia masyaaallah..halus mulus.Program berakhir lebih kurang jam 5ptg dan kami kene berkejar ke station utk tren ke London Victoria. Sempat kenal dengan Trudy, Emma, Sam dll..semuanya peramah.Owh lupa nak cakap, lunch time siap makan nasi lemak lagi tu..rasanya mmg mat saleh ni pelik tgk org Malaysia asyik makan 24jam. Dh makan sandwich..pastu makan nasik pulak...homaigaddddd. Dinner kami malam tu disponsor oleh syrkt yg organize program ni. Kami makan fish n chips kalau x silap sekitar Leicester Square. Aduhh fish tu memang sedap tapiiii sebab takde sos kiataorg rasa macam missing something. Oroginal Englsih Fish n Chips dimakan bersama green pea puree..aduhh, failed!!
Jadi hari2 minggu pertama ni kami lalui dengan begitu superb sekali. Lepas kelas kami akan jalan2 dulu sekitar London. Singgah di Regents Park, Hyde Park, St. James Park, Kensington Park..Park di sana amat2 luas so normally at one point akan bersambung dengan park yg lain.Giler penat wehh kalau jalan kaki kat park tu.(lawan saya siap cakap dah la xmo ikut lagi gi park..hihihihi). Tak lupa jugak cuci2 mata di Oxford St, jarak rumah kami ke Oxford St dalam 10 minit berjalan kaki..kalau naik bas lagi cepat..x sampai 5 minit dah kene turun bas. Lagi satu, bas kat London xde benti sesuka hati tepi jalan, setiap bas dah ada perhentian masing2, dia xkan berhenti di bus stop yg bukan ditetapkan. Pepandai la kita kene carik bus yg betul2 berhenti dekat dgn tmpat yg kita nak pergi. Jgn risau, setiap bus sotp ada map dan dia dah tulis kat papan elektronic tu bas seterusnya akan sampai pukul baper. Biasanya TEPAT!! Kalau ke London jgn lupa singgah di Debenhams, Miss Selfridge, Primak, New Look, M&S, John Lewis etc. Tempat2 ni kita still mampu beli lah brg2 dia..tapi kalau nak pergi yg branded2 pun no problem..banyak sgt2. Especially kat High. Street Kensington, Piccadilly Circus..memang byk. Owh Laduree yg femes tu pun ada..boleh carik di Burlington Arcade..turun di tube Piccadilly ye. Harga sebiji GBP2.50..mungkin dah naik harga kot..
|
Namopak unik, sebab tu ambik gambar |
|
Ni kedai Laduree di Burlington..walaupun ramai org, dia akan amikkan gak untuk korang. Tak self service..dia takut macaron tu hancur kot.. |
|
Sejuknya atas bas ni hanya Allah yg tahu.... |
Hujung minggu masing2 ada free n easy program, tgk Change of the Guard kat Buckingham Palace, gi restock brg dapur kat Church St., pi tgk Marylebone Sunday market, shopping, tido, etc. Kami ambik peluang naik bus tour london tu. Beli 5 tiket sahaja dan kitaorg tukar2 guna tiket tu sebab kami ada 10 org..tiket sah utk 48hours kot..so bolehlah masing2 bersuka ria ikut turn.Tiket tu mahal jadi kita share2 guna. Saya pun ambik peluang beli tshirt dan kasut jogging (bukan utk jogging pun, utk gi jalan2). Kat sana xyah nak berangan nak pakai high heels..alamatnya bengkak le tumit. Pesan ikhlas saya, bawak kasut yg paling selesa dan lembut serta bertutup kalau nak puas berjalan sekitar London. Ehh boleh bawak minyak urut gak kot lenguh sgt jalan sana sini.
|
beli barang di Marylebone Sunday Market |
|
Waduh..takat beli kentang posingnya bukan main lagi yerrr...hihihi |
Kalau nak baca
PART 2 di sini k.
Comments
Post a Comment