GIGIH BEKERJA DI HARI CUTI

Amboiii...sakan bila tengok entry tu, gigihlah sangat kan???? Kalau tak sebab kene paksa harus tak segigih itu kot. Tapi apakan daya, selagi mana kita ni bekerja makan gaji..jangan nak banyak bunyi sangat kalau dah itu memang masih di dalam skop tanggungjawab kita sebagai pekerja. Bukannya apa, kadang2 kalau kita ni terlalu banyak berkira pun susah jugak. Senang cerita macam ni lah, kita ni sebagai manusia biasa kadang2 waktu bekerja ada juga yang kita 'terbuat' keje lain betul tak? Ehh..mungkin ada yang tak buat macam itu kot. Tapi saya sejujurnya mengaku..memang saya ni bukanlah 100% tumpu pada kerja setiap hari, setiap masa. Ada juga waktunya yang kita perlukan sedikit hiburan. Time tu lah nak berbalas wasap dengan customer, jawab call cutomer. Memang nampak remeh tapi kan itu waktu kerja??? Jadi kita kene ada kesedara sendiri..bila waktu kerja kita ada yang curi-curi masa, apalah salahnya sesekali kita curi juga masa kita di hari cuti untuk bekerja. Anggaplah umpama kita menebus semula waktu kerja yang kita dah tuang.

Itu baru sedikit, apatah lagi kalau hari2 atau hampir setiap masa kita keluar makan jam 12.30 atau 12.45..dan kita masuk jam 2.15, 2.30..kadang2 ada yang sampai pukul 3. Memang tiada yang menegur tapi banyak mata yang memandang. Tak mengapa sebab tiap2 bulan gaji kita tetap masuk dalam akaun macam biasa, cuma kita sendiri perlu beringat-ingat supaya janganlah selalu sangat buat macam tu. Kan ke duit yg kita dapat bulan-bulan tu akan digunakan untuk keperluan keluarga? Jadi jangan salahkan orang bila hati anak-anak keras, tak dengar cakap, susah nak masuk pelajaran etc sebab kita perlu juga kaji kesilapan dari diri kita. Sebab itu bila diminta untuk kerja lebih masa, kerja di hari cuti..terpaksa positifkan diri. Kalau kita berkira sangat dengan organisasi..takut2 satu hari nanti organisasi pun akan 'berkira' dengan kita.

Tak dinafikan lah bila banyak kerja2 luar ni memang mengganggu masa kita dengan family, Saya tak nafikan kadang2 masam muka jugak..tapi nak buat macam mana? Kita mencari rezeki dan tertakluk kepada peraturan. Bagi saya, kalau kita rasa dah tak boleh ikut arahan dan ketentuan syarikat..kita buat surat dan hantar pada majikan. Itu je penyelesaiannya. Itu lebih baik daripada memendam rasa..memendam hati, lama-lama nanti sakit jantung kita jugak yang susah kan?? Stressed ada di mana2. Kat rumah pun saya stressed jugak especially bila tgk baju melambak2 nak kene lipat. Ha tekanan jugak tu ye tak? Kalau asyik tak puas hati tgk baju tu, takde tindakan pun diambil..kesannya makin lama lah stressed tu berkampung dalam diri kita. Baik ambik je baju tu lipat sama2 dengan laki. Kenyit2 mata sikit, mesti dia rajin menolong.

Ehh..panjang pulak tazkirah saya hari ni. Aaa bukannya apa, saje nak meluahkan rasa hati sebab kene keje hujung minggu ni. Bila dah terluah, dah kuranglah tekanan tu. Luah kat komputer lagi bagus..korang nak baca korang punye suka. Takmo baca, kita tak paksa. Hehehe..Hadoiii..nasib baiklah makan macam-macam ada. Agenda membesarkan body je lah. U name it, semua ada. Nak aiskrim, kek, dessert, roti canai, apam balik, rojak buah, mee sup, pizza..adoii tak laratlah nak list down menu yang ada. Wifi pun tersedia percuma di bilik meeting dan bilik tido, ok kan??? Ha macam ni lah bagus...kalau wat program kene carik hotel begini barulah A++++.. so korang kalau nak kursus meh lah datang kat ANCASA HOTEL AND SPA di jalan tun tan cheng lock. Nak gi shopping pun senang. Kalau bosan makan di hotel..sila lah kluar jalan2 kat sekeliling hotel. Kalau yg duduk jauh, boleh dtg dengan pengangkutan awam je sebab hotel ni dekat sesangat dengan LRT Plaza Rakyat...and PUDURAYA. teksi pun berlambak u ols. Memang mudah...(tak tahulah brape komisyen ANCASA nak bagi sebab tolong promote hotel dia ni). Rate?? Hmm kurang pasti..maybe dalam RM180 utk standard room. Sila gugel ok??

Comments

Popular Posts