Sambungan dari Entry
PART 1
Ok nak dijadikan cerita, saya terlupa nak remind semula kepada agen yang flight kami dari KLIA pada 17hb dan akan sampai di UK pada 17hb jugak disebabkan perbezaan waktu selama 7jam. Alkisahnya beberapa hari sebelum tu saya dah remind agen di Malaysia tapi dia lupa nak inform kepada agen di UK, waduhhh parah giler ni. Sudahlah barang bertroli-troli, kotak segala maknika..beg masing-masing bukanmain besar lagi..camne nak buat?? Saya dahlah pengguna prepaid sahih sampai sana tak boleh nak roaming. Dalam segala kekalutan, saya cuba carik prepaid kat airport. Ada maca-macam brand tapi yg terpahat kat otak sebab dok ingat kawan-kawan opis pesan beli LEBARA..saya pun memang menonong carik brand tu je. Nampak lah satu vending machine jual prepaid, dah haku tak reti nak guna pulak. Last2 saya beli kat kaunter pada harga GBP20. Duit Malaysia masa tu masih murah dalam RM4.70 utk GBP1. Nasib baik ada simpan siap2 no telefon agen kat UK, dia pun terkejut sebab dia kata ingatkan kami sampai 18hb. Hahahaha..punyelah saya merayu mintak tolong usahakan jugak utk ambil kami dan cari penginapan. Sebab kau ikutkan kat sana takde men sesuka ati ko nak tinggal sana sini, terawal sehari lah itu ini ok...sehari pun dia akan charge..mahal pulak tu. Takpelah masa tu tak pikir pon bab charges tu, nanti dah balik baru kiralah (dalam hati berdoa juga supaya jgn jadi bukan2).
|
Paling kiri tu Pengarah Dept. saya dan yang 2 hujung tu ialah Hj Azman (my colleague) and Hj Merjuki, Pengarah Negeri Selangor. Turut serta hantar kami ialah beberapa kawan opis tapi takde dalam pic ni. TQ semua..err Hj Azman tu yg tolong bayarkan tax kat airport. TQ so muchhh!! |
Ok disebabkan kami sampai unexpected, so what do we expect from the unexpected?? Memang melangut lah kat airport macam gelandangan. Chewahh..kawan-kawan yg ada ni memasing kata boringnya lama tunggu, depa nak gi jalan2 kat luar. Sebagai pengiring yg bertanggungjawab atas keselamatan, kesejahteraan masing2 saya tak kisah depa nak jalan asalkan jgn pi jauh2 sebab memasing belum ada kad prepaid lagi nanti susah saya nak carik kalau jadi pape. Hahaha..lucunya tak sampai 15minit keluar dah masing2 masuk balik dalam airport. Saya tanya kenapa?? Depa kata SEJUKKKK. Hihihihi...msa mula2 sampai tu memang suhu dalam 6-7c, agak sejuk kot berbanding bumi Malaysia kita yg kadangkala mencecah 30c ni. Bila angin bertiup...rasa sejuk menusuk ke tulang hitam tau!! Dahlah depa tu kurus2 lemak tak banyak lagilah sejuk.
Dalam 2 jam jugak rasanya kami tunggu barulah van sampai..haa 3 van kauu nak angkut kitaorg. Punye banyak giler barang..tapi honestly diaorg memang sangat bagus la..nama agen yg bantu kami tu Haji Din. Dia ada business restoran HALAL kat Paddington, Restoran BONDA di bawah MARA House.Merasa jugak la saya makan laksa London kat situ..Masa tu jam dah pukul 6.30 ptg waktu London iaitu lebih kurang jam 1pagi kat Malaysia. Masa ni memang masing2 muka toya giler..badan lesu. Barulah saya faham apa itu jetlag yg sebenarnya. Yang lawaknya, van yg saya naik tu driver siap boleh tanya mana jalan nak ke apartment. Adoiii..kita pun baru first time sampai London dia tanye jalan??? Nak carik jalan gi public toilet pun belum tentu jumpa dek nonnn...finally we arrived at Lanward Court dalam pukul 8. Owhh masa ni di London baru musim peralihan dari spring ke summer jadi waktu siang tu amat panjang. Pukul 8 mlm tu masih terang benderang macam pukul 6 kat sini..sebab Maghrib masuk jam 9 lebih..ngee ada can gi jalan puas2 ni sebab waktu siang panjang!!!
|
Ni dalam van on the way dr Heathrow ke London. Perjalanan dalam 1 jam lebih. Utk makluman, penerbangan MAS mmg akan landing di Heathrow tapi Air Asia pulak akan landing di Stansted.. |
Disebabkan kami sampai awal sehari makanya kami kene dok je mana2 apartment yg available, trpksa trnsit dulu dalam 1 umah sbb apartment sedang dibersihkan. Lapar gilerr kauuu sampai2 sana tapi nak makan tak jumpa kotak yg mana satu ada isi makanan. Adehh AJK MAKANAN pun tak pi label kotak tu kan. Jadi kami telan je apa yg ada dlm beg memasing plus lebihan makanan drpd flight td. Korang bayangkan lah time tu org kat Malaysia dok tidoq lena, kami dok kebuloqqq. Nak kata lelap pun tak juga sebab kat luar dok terang lagi, mata otomatik susah nak tido. Akhirnya dalam ketidakselesaan tu kami lelap la kejap dan terbangun pukul 5 pagi. Kul 5 pagi dah terang benderang macam pukul 7..camne nak tido klu gitu kan? Subuh masuk jam 3.30...Lapar lagi!!!!Of course lah sebab di sini dah pukul 12tgh. Kali ni kami tak kira kene selongkar gak kotak tu, abih xkan nak berlapar sepanjang hari kan?? Jumpa beras, waaa bekpes pertama kami ialah nasi goreng buatan Cik Ana. Masak dalam ricecooker je ok...pehtu ada sardin dari sarawak yg Sabrina bwak, pun kitaorg melantak. Megi pun ada..pendek kata apa yang jumpa kami masak.
Pukul 8 pagi barulah ada bunyi bising2 sikit kat bawah. Oooo mesin sapu sampah rupanya, senang je duduk atas tu pandu je sepanjang jalan.Masa masak tu kami dok risau jugak takut jiran2 dengar sapa la yg bising kat dapur subuh2 tu. Org tido kita masak!! Nasib baik kitchen diaorg ni style macam ke dalam sikit so x baper nak dengar lah bunyi2an tu. dan style apartment dia satu level tu ada 2 unit je..memang xkan dengar apa org depan buat. Sampai ke sudah kami tak kenal pun jiran depan tu sapa. Tak pernah bertembung pun dengan diaorg.
Bila perut dah kenyang??? Apa nak buat?? Ada yg sambung lena tapi saya dgn 2 org lagi takmo lena so kami gi buat acara survey kawasan sekitar...jalan kaki je pun. Kalau nak dikira jauh jugak berjalan tapi sebab cuaca sejuk makanya tak rasa penat pun. Kami berjalan dari rumah ke Marble Arch, men redah je tak tau pun nama kawasan tu marble arch masa mula2 sampai. Hehe...Dari jauh nampak TESCO..wahhh berbunga2 hati sebab konon2 dah terjumpa satu kedai yg boleh beli macam2 kan. Apalagi??? Jom sopping barang dapurrr...
|
Ok nampak gaya2 pelancong tak??? Asyik nak baca nota2 dan itinerary yg dah buat siap2 sebelum pergi. Yelah masa ni belum dapat beli prepaid yg baru. Dok guna LEBARA tu xde internet pulak. Tensen betul..sudahlah mahalll!!Tapi oklah sebab nak guna sebulan kan? Utk calling Malaysia ok je.. |
|
Semangat membeli belah macam orang jakun. Rasa macam semua murah. Kat sana masih berlambak biskut2 yg harga dalam 80p (kalau convert jadilah mahal). Ibarat 80sen utk diaorg lah. Kat sini ada biskut 80sen?? |
|
Aaa ni kat area Marble Arch..kami bergambar luar restoran. Masa ni awal lagi dalam pukul 9 lebih, terang benderang. suhu sejuk giloss sebab tu masing2 pakai sweater. Mat saleh xde pun poyo cam kitaorg, depa pakai t-shirt je. |
|
Apartment ni betul2 depan apartment kitaorg. Saje ambik gambar kat sini sebab nampak cantik ada munga2. Rasanya apartment ni mahal lagi dari tempat kami duduk tu, munga pun takde. Yang ada si Kevin porter dari Switszerland (hahaha sempat berkenalan ok!)..tp i panggil dia Kev..Hi Kev..hawau u??? |
Yang bestnya kerana kami sampai masih 17hb jadi kami ada 2 hari extra sebelum mula kelas pada 20hb. Jadi kita ada masa untuk survey class, pengangkutan etc. Class kitaorg ada di beberapa tempat yang berbeza so memang kene travel. Ada yg kat Clapham, ada di Forrest Hill..then ada lawatan ke West Sussex..so byklah kene survey. Jadi hari pertama di London selaind aripada excited pi beli telur dgn roti kat TESCO, kami kene gi beli oyster card jugak. Card ni mcam ala2 TnG dan akan digunakan untuk naik tube or bus. Kami beli yang weekly, lebih jimat memandangkan banyak nak travel. Kos utk kad weekly ni dalam GBP32 cover Zon 1-3. Kalau ko rang nak jalan2 sekitar London beli zon 1-2 pun dah ok.. Kami beli sampai zon 3 sebab nak ke Clapham (but seriously kat area2 tu ada Camden Market yg best..bek korang try jugak..hahaha). Makanan saya rasa masih murah cuma pengangkutan dan penginapan yg agak mahal.
Hari 1st ni jugak we all discover satu pasar yg ada jual sayur, ikan, daging, beg trolley, handbag, baju2 dr M&S, Zara, kasut etc...pasar tu kat Church Street and ada hari sabtu je. Org sini panggil Saturday Market, sebab diaorg ada Sunday Market jugak. Best giler ok pasar ni (saya sempat beli cabin beg yg berharga GBP7 sahaja and masih elok sampai hari ni..which is I kagum). Baju2 yg dah x season pun banyak dijual kat sini and mostly yg branded punye. Org London diaorg pakai baju mengikut musim, tak macam kita hentam je selagi tak koyak (hehehe). Owh lupa nak bitau bahawasanya sayur2 kat sini giler fresh and besar2 (tanjat gigurl). Kobis kami beli sebiji harga GBP1 and banyak lagi barang2 lain pada harga yg sama. Strawberry memang melambak-lambak kat sini, and murah2. Macam buah kelapa kat Malaysia..murah kan??
|
jual stoberi tepi jalan je..buah ceri pun fresh2... |
|
Ni notes drpd agen di Malaysia..baik hati sungguh siap tuliskan kedai2 yg ada di sekitar kawasan utk beli barang2 runcit dan lain2. |
|
Denagn mamat Lyca ni pun boleh ambik gambar kan???Haahadoiiii |
|
Lepas beli LEBARA, kami terjumpa prepaid yg lagi best. Ni dia LYCA mobile tapi customer service cam hampeh. Kat UK ni kalau call no dalam UK adalah PERCUMA, sila call sampai lebam. Tapi saya nak call siapa kan??? Huh..sangat takde pekdah pun pada masa tu. Cuma LYCA ni kami ambil utk pakej internet sahaja unlimited utk 1 bulan. Harga rasanya GBP10 kalau tak silap..ada banyak dijual kat kiosk2 kecik tepi kaki lima kedai or dalam kedai. |
|
Kenangan di Church St. |
|
Macam-macam ada jual kat sini..from head to toe. |
Tgh syok2 jalan sana sini tiba2 agen UK call katanya kejap lagi kami ene pindah apartment. Owhhh mai gadd..baru je best2 berpoya-poya tetiba kene balik umah. Ok fine!! Jom jalan kaki balik. Nasib baiklah waktu ni semua org dah ada nombor hp baru jadi senang nak kol. Balik umah kemas barang. ooo rupanya kami 6 oeg je kene pindah ke tingkat 6 sebab semalam tu kami transit je. Apartment sebuah lagi memang dah betul lah unit yg depa duduk semalam, xyah pindah. Kami duduk dalam 2 apartment berasingan utk 6org dan 4 org. So masing2 ada grup jalan2 and masak2 sendiri. Takkan ko nak hangkut makanan dari tingkat 2 pi tingkat 6 kan??? Hmm satu hal lagi mengangkut kotak2 yg super duper berat tu naik atas..apalah nasib. Masa ni mata dan kepala dah start pening2 lalat sebab kalau nak dikira-kira lebih kurang 24jam tak tido ni. Boleh buat rekod peribadi. So kitaorg pun collect kunci drpd Iman. Iman ni student lagi kat sini, dia selalu tlg Hj Din. Bila dah betul2 pindah barulah rasa semangat sikit nak mengemas segala bekalan yg dibawa...ehh bestnya!!!! Ower kami org Arab so umah ni memang dia tak pernah sewakan pada non-muslim. Nama dia Miriam..hehe teringat kat nama CEO kita time tu..Meriyam.Cam dah pakat2 je nama tu ye dak?? Memang byk kali la saya kene berurusan dengan Miriam ni, sinki sumbatlah, bathroom berair lah, katil tak cukup, selimut takde etc...waduhhh bikin kecoh je 10 og pompuan sampai London.
|
My room, kecik je sebab saya duduk sorang. Tingkap tu saya tak pernah bukak sebab sejukkk tak boley tahan |
|
almari comel je, muat saya simpan barang2 yg tak baper banyak pun. Ehh kat sini kita tak berpeluh langsung, baju sentiasa wangi. |
|
ruang tamu yang telah disusunatur semula oleh Sabrina dan Liza |
|
Ok kerusi makan ada 3 je...hehehe |
|
waktu ni jam pukul 5 pagi...tak hairanlah sebab subuh pukul 3.30 kan. Cepat siang..lambat malam |
Comments
Post a Comment