BERKEBUN DI HUJUNG MINGGU


Assalamualaikum semua..

Buat apa tu?? Hihi..hujung minggu ni saya takde apa sangat nak dibuat memandangkan order2 pun saya tutup sepenuhnya sebab nak memberi ruang kepada tubuh badan untuk berehat. Minggu lepas saya dah straight 14 hari bekerja tanpa cuti rehat..even weekend pun saya masih berbengkel hingga lewat malam. Jadi saya ambil keputusan untuk rehat puas-puas minggu ini. Bukan apa, kita ni bila dah 3 series, tak bolehlah nak keje kuat2 melebihi kemampuan macam dulu-dulu. Takut malam-malam sakit urat, sakit sendi, sakit leher..semuanya sakit..haa kan susah tu.

Jadi di samping memenuhi beberapa undangan kenduri (makan lagi!!), kami penuhkan aktiviti dengan membersihkan rumput dan kebun kecik kami tu. Ehh takat pokok 4-5 jenis boleh ke panggil kebun tu?? Taklah sebenarnya lebih kepada Edible Garden. Tah kenapa lately saya mula suka nak bercucuk tanam. Faktor umur kot. Walhal zaman dolu-dolu, huhhh memang langsung takde minat la saya nak tanam apa2 pun. Masa kecik2 dulu kalau ada pun yang saya tanam ialah daun bawang. Sebab apa??? Sebab senang sangat kann...tak payah susah2 kotorkan tangan. Letak je bawang tu, kompem hidup. Pastu akhirnya daun2 bawnag tu layu macam tu je. Mak saya pun tak pernah la pulak nak ambik daun bawang yg saya tanam untuk dimasak. Agaknya wrong timing kot..bila time dia segar2, xde resepi nak gunakan daubnya. Akhirnya layuu menyembah tanah!. Hmm sadis sungguh lah. Pokok2 lain memang saya tak pernah teringin pun nak tanam sebab masa kecik2 dulu banyak nyamuk tau kalau ergi belakang rumah. Saya memang tak suka nyamuk2 ni. Kalau tetiba saya ada mood nak tolong mak kupas koko, saya akan bawak segala kelengkapan seperti ubat nyamuk dan jugak saya akan sapu krim anti serangga tu kat badan (masa sekolah menengah baru saya reti ada krim ni kat farmasi). Pendek kata persediaan untuk menghalang gigitan nyamuk tu saya memang ambik berat sungguh2..tapi ada jugak nyamuk gatal pi gigit kat punggung. Haiyaaa...takkan nak sapu krim kat situ kan..
edible garden impian saya..aduhh bestnya kalau macam ni.
Sebab itulah, bila saya fikir-fikir balik saya rasa memang faktor umur yang membuatkan saya minat buat benda2 yangs aya tak minat sebelumnya. Kalau masa kecik dulu, sakit hati sungguh rasanya bila arwah mak tugaskan saya menyiram pokok bunga lepas balik sekolah agama. Bayangkan, kita dahlah balik lambat, sekolah pagi petang, pastu kene siram bunga pulak. Adoiii geramnye masa tu tau. Pokok bunga mak bukan sikit..banyak!!! Dahlah kene angkut air dari kolah banyak2 kali (mana larat nak bawak baldi, berat)..pastu kene siram semua bunga2 dalam pasu dan atas tanah. Keliling rumah penuh bunga..yang paling tension kalau kene pergi siram kat area bucu rumah Serammm..sebab bunga tu gantung kat bucu2, dekat dengan semak (tanah jiran sebelah)..pastu takut nak tengok atas sebab wing umah yg sebelah sini mmg scary sikit. Jarang2 dihuni sebab kami duduk berdua je. Memang takkan naik umah atas tu..kosong je. So boleh bayangkan tak scary macam mana?? Dengan langsirnya dan tingkap kaca yg sentiasa bertutup tu..ehh boleh pengsan terperanjat kalau tetiba ada kepala dok jenguk kat tingkap senja2 macam tu. Haha..memang tak boleh blah!! Takut sgt2. Selalunya saya siram sikit2 je yg bahagian bunga kat area bucu rumah sebab saya tak sanggup nak pergi ambik air dan dtg balik kat situ. Mak selalu marah, kata mak kalau siram air mcm 'kencing kucing' memang matilah pokok tu. Hehehehe...(dalam hati saya cakap, lagi bagus kalau pokok tu mati. Xyah nyusahkan saya nak siram lagi).

Ish..ish..bila fikir-fikir balik skrg ni, saya pulak yang membebel kalau pokok tak disiram. Sebijik lah dah jadi macam arwah mak. Smpaikan nak pergi bercuti pun saya risaukan pokok2 saya mati tak disiram. Nak mintak tolong jran, payah dia pancutkan air tu sebab bunga2 saya nun kat bucu2 laman jugak. Paip air dia pulak jauh, cemana nak simbah tu. And dia pun jarang ada umah..hmm harapkan hujan saje lah. Ambiii melalut-lalut dah cerita saya ni kan. Jadi dipendekkan cerita, cuti hujung minggu baru-baru ni kami membersihkan laman umah sekangkang kera tu. Kebetulah hari sabtu suami ada projek gotong royong kawasan taman..kira clear jugaklah poko mempelam mati depan umah tu.Takdelah rantingnya asyik jatuh kene kat kereta dan bersepah-sepah atas jalan. Rumput kat laman pun dah habis kene trim, saujana mata memandang. Petangnya kami bersih-bersihkan rumput dalam pasu. Seronok pulak tengok daun sup dengan bayam saya menjadi.. Saya cuba je tanam daun sup tu, tak sangka subur sungguh dan daunya besar-besar. Lepaslah kalau takat nak tabur kat sup seperiuk, tak payah nak beli lagi.

Bayam tu pun pokok asalnya dah matang. Tapi saya trim batang-batang bayam tu dan dia bertunas semula. Oklah daunnya kalau nak buat perencah nasi goreng ke. Begitu juga pokok kari dan limau purut. Masa saya mula--mula pindah tahun lepas, pokok limau ni dah mati dalam pasu. Lepas tu kami bersih2kan kelilingnya dan suami pangkas batang pokok limau tu. Tak lama lepas tu elok pulak dia bertunas dan sejak tu saya selalu siram dan baja supaya subur. Alhamdulillah dah banyak kali juga kami merasa hasilnya. Yelah bukan banyak pun kalau sekali nak guna untuk masak tomyam atau paprik kan?? Tak payah susah-susah nak pergi kedai membeli, lepas tu busuk dan layu je dalam peti ais. Cuma kene selalu periksa takut-takut ada ulat daun yang warna hijau tu. Dia kalau dah melekat kat pokok tu alamtnya sehari semalam boleh habis daun pokok saya. Sama juga dengan pokok kari, asalnya pokok ni tumbuh kat luar pagar. Bila saya perhatikan, ehh ada banyak anjing lalu lalang kawasan umah dan dek kerana saya was-was kot dipancutnya pokok kari tu, saya cakap dgn suami kita tanam je lah dalam pasu dan letak dalam kawasan pagar. Dah tentu kebersihannya terjamin dan saya pun senang nak petik. Elok pulak dia subur dalam pasu..walaupun masa mula-mula tu banyak serangga hinggap makan daunnya. Sekarang ni serangga tu dah tak larat kot sebab dah banyak sangat daun dan ungkin juga saya yg tak perasan dah dek kerana daunnya yang subur.

Semalam saya cuba semai biji cili dan daun bawang. Saya gunakan bawang besar yang dah bertunas tu. Senang sikit nak hidup. Harap-harap tumbuhlah cili saya tu sebab sebelum ni saya semai tak pernah menjadi. Habis bijinya dimakan semut. Sedih sungguh saya. Kebetulan kami pergi melawat kawan di PPUM, otw balik singgah di nurseri dan dapatlah beli 5 pokok anak bunga jenis dedaun dan sepokok anak limau kasturi. Amboii RM10 sepokok yang comel je saiznya. Harap-haraplah hidup menjadi, cuma yang geram, suami saya tanam kat dalam longkang yg dah dikambus tanah (sebelum ni longkang tu memang dikambus dan tanam pokok-pokok kecil. Nanti kalau dah berakar macam mana pulak dia nak pindahkan ke tanah tu. Eiii..geram ni...Jadi tu saje lah aktiviti saya minggu ni..berkebun. Konon-konon nak buat konsep 'Edible Garden' yang tengah popular sekarang ni. Boleh juga guna untuk memasak..

sumber:http://resepinannie.blogspot.com
ni taman saya..baru nak menyemai biji cili. Ntah bertunas entahkan tidak..

Tengah misi nak menanam daun kunyit, parsley dan herba-herba yang sesuai. Kat mana saya nak dapatkan mas cotek ye???




















Comments

Popular Posts