Kek Tunang AZIE & ADI

Ok ni memang entry basi ye..(confession of a super duper blogger paling malas). Ngee..tapi hubungan pertunangan AZ&AD idakler basi, of course sentiasa berbunga-bunga mekar harum mewangi gitu. Eh..eh..darah manis tu, kene cepat2 wat majlis ok.

Azie asalnya saya kenal drpd FENOME KEK RUSSIAN. Masa tu saya baru balik dari UK dan saje nak panaskan semula FB zazbakery yg sejuk. Tak tahulah mungkin Allah yg beri petunjuk, beri jalan dalambanyak2 produk saya upkan masa tu kek Russian B&W mini. Saya jual cuma RM35 sebiji untuk tujuan promosi dan Alhamdulillah sejak itu saya mendapat ramai sangat2 customer baru. Malahan kawan2 ofis yang tak pernah beli produk daripada saya pun dah jadi customer saya. Saya rasa amat2 bersyukur kerana fenomena itulah yg memberi laluan kepada saya untuk kenal ramai orang di luar sana. Dan kerana fenomena itu jugalah rasanya ramai yang masih menjadi customer saya sehingga ke hari ini. Syukur...

Kepada Azie dan Adi, akak doakan kalian berdua berbahagia sampai ke jinjang pelamin, sampai ke cucu cicit, sampai ke akhir hayat. Kehidupan berumahtangga ni kadang kala ada psang surutnya tapi kitalah yang kene bijak mengawal keadaan supaya tak  melarat terlalu jauh, Takde kehidupan yang seronok sepanjang masa, tapi percayalah rajuk dan pertelingkahan itulah yang akan mematangkan diri kita. Ehhh emo pulak pagi2 ni kan??? Apapun memang tak sabar nak tunggu hari bahagia korang, tak sabar nak buatkan kek untuk korang (itupun kalau sudi nak order ler..hihihi).

Kek red velvet..penuh dengan bunga2 cinta kata AZIE

Kek Russian Black n White..kek ni juga yg memperkenalkan saya dengan AZIE suatu tika dulu...

Comments

Popular Posts