JERUK MANDAI KEBANGGAN MASYARAKAT BANJAR
JERUK “MANDAI”
Salah satu makanan tradisi kami, masyarakat Banjar
Kalau tak tahu mandai, bukan Banjar namanya 😅. Dalam bahasa melayu “Mandai” mungkin membawa maksud Kulit Cempedak yang dijeruk. Bangsa Banjar memang terkenal dgn inovasi jeruk menjeruk, kalau ikan kami panggil WADI. Biasanya ikan sepat atau puyu yg dijadikan Wadi.
Mungkin kerana faktor hidup susah, jadi sumber makanan yg ada perlu diinovasi bagi mencipta makanan yg baru. Orang Banjar dahulukala kebanyakkannya tinggal di kawasan sawah atau kami panggil 'bendang'. Jadi bila tiba musim 'buang air' memang akan banyak ikan, nak makan hari-hari dah tentu jemu sebab tu mereka inovasikan ikan WADI. Sebenarnya ia lebih kurang ikan pekasam je. Yang ni kene pandai buat sebab kalau tak ikan boleh berulat hehe. Belum lagi ni masuk bab kuih muih spt KALAKATAR, SURABIK dan mcm2 lagi warisan budaya Banjar yang makin tenggelam dek zaman😝. TT pun belum habis khatam lagi menuntut ilmu buat kuih muih ni, rugi rasanya kalau tak tahu. Itulah dulu masa arwah mak masih ada sombong tak mau belajar, sekarang rasakan! Hmmm....

Ok berbalik kpd MANDAI, cara-cara membuatnya senang saja. kulit cempedak perlu dibersihkan dan dibuang 'kulit ari' atau kulit bahagian luar yg warna ijau kuning tu. Kemudian cuci bersih, jerukkan dalam air suam bersama garam juga gula. Kalau suka, pecahkan bbrp biji cili padi dalam air jeruk. Biarkan beberapa hari, bila dah rasa masam2 maka dah siaplah MANDAI dan sedia utk dimasak. Kalau nak tahan lama, simpan mandai tu dalam peti ais, sebab kalau terbiar di luar ia akan berbuih dan kurang sedap bila digoreng. Bila waktu sesuai nak simpan fridge? Ok selalunya TT simpan slps 2 hari, sblum mandai tu berbau mcm basi. Slps dijeruk jangan terus simpan sebab lambat pulak nanti proses jeruk tu berlaku.
Ni la rupa mandai yang dah dijeruk, biasanya slps 3 hari memang ngam dah boleh goreng. |
Antara menu yg biasanya menggunakan MANDAI ialah masak lemak ikan, ayam etc. Kadang2 boleh jadi pencicah ikan bakar dgn cara potong jeruk kecik2, tambah sedikit cuka, cili padi, bawang dan gula secukup rasa. Mengancam! Paling mudah, kita boleh hiris MANDAI nipis2 goreng garing. Campurkan dgn bawang besar dan cili padi. Kalau suka boleh tambahkan ikan bilis goreng atau kentang. TT suka curah kicap sikit. Makan dgn nasi panas....wallahh! Kene tunggu org azan kat telinga baru insaf mengadap makanan😅. Menu ni asben TT yang tak pernah makan pun suka, kalau buat sebalang hasil dari 2 biji cempedak tu hanya boleh bertahan seminggu dua je. Sebabnya mandai ni bukan dapat banyakj sgt, kulit tu bila kita dah bersihkan tinggal sikit je, lagi2 slps digoreng alahaiiii kecut jadinya. Tekstur bila kita makan lps goreng tu akan jadi liat2 gituu, tenyeh dengan nasi panas aduhaiiii. Masa menaip ni pun rasa terbayang-bayang nak meleleh air liur hihi.
Hiris nipis-nipis kalau suka garing, atau tebalkan sikit kalau suka liat-liat |
Nahhh sedapnyaaaa! Kalau nak add on kentang or bilis goreng berasingan lah ya. Dah siap semuanya, baru mix dan hidang. Adududududu...lapar terus perut!! |
Comments
Post a Comment