Hari ke-3 di Terengganu masih hujan renyai-renyai. Masa ni kami buat keputusan nak guna jalan biasa ke Kemaman. Cadangnya nak singgah di Pekan. Tapi...harapan tinggal harapan. Sepanjang jalan hujan jadi pemanduan agak terganggu, lebih lagi bila kami lalu jalan biasa. Nak ke Kemaman rupanya banyak lalu kawasan mcm sawit kot, ntah lah x perasan. Tapi memang lori besar-besar pun ikut jalan yang sama, seriau dan menyesal bersilih ganti. Kan bagus kalau guna highway aje, penat2 kerajaan sediakan lebuhraya kau nak guna jalan kampung!
Paling tragis, untung kami awal sedikit balik sbb sampai KL dan tonton berita alamak jalan yg kami lalu tu dah ditutup sebab banjir. Allahuakbar, rezeki kami lah tak stranded kat sana. Kalau tak hmm mau muka kami masuk TV kene interview, HAJAT BERCUTI BERTUKAR MIMPI NGERI. hahahahaha melampau sangat headline! Apapun last day kami lunch di satu restoren ni, memang murah. Maybe sbb berhampiran dgn kolej2 jadi selalunya restoren akan buat promosi makan yg affordable. Yg ni tak jauh dari KUSZA, ehh skrg apa ke namanya lupa plak time nak menaip ni haaa. Pengunjung ramai bila waktu lunch, untung sampai awal sikit. Ada pelbagai menu pilihan, rambang mata dibuatnya tapi tak teringat nak snap gambar sebab dok melilau carik meja kosong hehehe...
Bercuti di Terengganu memang seronok, especially yang suka makan kepok lekor! Heaven sangattt rasanya, petang2 makan tepi pantai sambil menikmati bayu laut yang sepoi-sepoi. Tapi kalau boleh pergilah antara bulan Mac- Ogos, cuaca inshaa allah cantik. Kalau ada masa boleh terus ke Pulau Perhentian. Masa kami pergi, mmg mereka tak benarkan pun seberang ke pulau sebab cuaca tak stabil, kejap bergelora kejap cerah, satgi hujan pulak. Takpelah, yg penting tu bila dah konsepnya bercuti tetap seronok dan confirm ada momen indah untuk kita kenang kemudian hari. Bak kata Encik Suami, kita ni tak kaya tak apa, asalkan bahagian dengan apa kita ada. Setiap orng lain cara untuk meraikan bahagia tu betul tak? Macam kami, kami raikan dgn agenda makan2, deko2 dan jalan2 berdua. Selagi sihat, ciptalah memori yang indah bersama yg tersayang!
|
Ni dia kedai PECAH PALO tu hihi, kalau ada kat KL mmg rasa pecah pale gak tgk harga dia. |
|
sebelum balik, petang hari kedua sempat kutip siput dan kulit kerang. yang akhirnya plastik tu hilang x tahu ke mana, penat kot TT kutip! |
|
Malam sebelum balik KL sempat seround goreng keropok dalam periuk sakti ku, hahaha. Puas ati hari2 makan kepok murah dan fresh dari periuk oiiiii |
|
Nasi dagang ganung mmg peberet TT, kami ni x ambik ikan tongkol tapi ayam masak merah. En Suami ambik seketoi ikan, akak tokey tu tanya 2-3 kali ambik seketul ke? Hahaha aduii itulah org KL mai Ganung, xde nya dia nak pecah2kan ikan tu...seketul terus dia sauk huahuahuaaa. Pelik akak tu agaknya tgk kami makan penuh lauk |
Comments
Post a Comment