SIZZLING IN DA HAUZ

Paling sedap dalam doniaaaaa hahahahaha


Inilah dia sizzling paling sedap dalam dunia😍 kihkihkih. Tekak ni kadangkala ngada-ngada jugak, macam-macam dia teringin. Jahatttt betul! Tak bagi can orang nak diet. Yang jadi penyakit, bila teringin tu memang kene buat jugak kalau tak teringat berhari-hari, kadang2 berminggu dok terbayang dalam kepala, serabut! Jadi nak tak nak masak lah jugak kannn. Kat rumah ni TT sorang je yg akan makan benda2 pelik mcm sizzling ni. En Suami sorrylah, dia prefer nasi walaupun hanya berlaukkan telur goreng mata kerbau + kicap semata.

So kebetulan dalam stok memang ada mee sanggul lebih2 sebelum ni agaknya, apa lagiiii pantang mundur, terus operasi! Tak pastilah resepi sebenar kalau kat kedai tu mcm mana, asalkan sedap di tekak kira jadik. Jom checkitautttttt

BAHAN-BAHANNYA:
Isi ayam
Tomato - optional
Shitake - wajib kalau nak sedap
Sawi -wajib gak tapi TT xde stok
Cili padi - optional
Mee sanggul -wajib
Telur - optional
Bawang merah dan putih - hiris2 je
Tepung jagung utk memekatkan kuah
Garam gula secukup rasa
Cili kisar dlm 2 sudu besar - ikut citarasa masing2

Kicap yg digunakan:
Kicap karamel
Kicap manis (ikut suka masing2 punye citarasa)

CARA-CARA:
1. Panaskan minyak bersama sedikit minyak bijan.
2. Tumiskan bawang dgn cili padi sampai naik bau
3. Masukkan cili kisar. Boleh je guna serbuk cili. Mana2 yg ada dalam stok
4. Masukkan kicap2 yg ada. Ssetengan org xd kicap karamel boleh kot ganti dgn sos tiram. Alaaa kita yg buat di kan? Hehehe
5. Masukkan cendawan dan sawi kalau ada. Bancuh tepung jagung dgn sedikit air utk memekat kuah.
6. Last skali baru masukkan mee dan telur

**TT masak kuah siap2 dulu. Pastu baru panaskan pan sizzling, tuang kuah, mee dan pecahkan telur atasnya. Ada sesetengah yg suka tabur bawang goreng, pun bolehhhh. Voila!!!

Awwww tetiba ada timun! Xpelah, sbb sawi tak mandanggg jadi capai apa yg boleh

Ni je bahan-bahannya, senang kan?


Comments

Popular Posts