MERTON HOTEL YANG BEST DI IPOH

Ehh bosan pulak lak asyik cerita UK, LONDON kbih-an? Tk habis-habis kenot move on ka? Hahaa memang kenot move on pun tapi xpe kita titik dulu bab UK tu. Nih nak share jalan-jalan cuti Malaysia ke Ipoh dengan familia. Kebetulan kami ni menghadiri kenduri anak fruit di Ipoh so alang-alang ke sana kita tido la semalam dua ngabihkan masa aaa gittewww. Bukan selalu nak ke Ipoh walaupun jarak dari KL tak jauh mana, 2-3 jam je dah sampai. Itu kalau naik kete TT, kalau kete korang maybe sekali tekan terus sampai.

Alkisah kalau nak ke mana-mana bab itinerary memang keje TT lah, well org lelaki tahu tekan minyak aje takde masa dia nak serbey2. So TT ni kalau nak stay di hotel TT prefer hotel yg baru dengan deko dan konseop yang moden atau pun kalau x moden yg ala2 kampung. Tapi di Ipoh ni kalau nak moden sgt kene stay bebetul di Pekan atau kalau nak ala kampung maybe kene carik ala2 mansion pulak. Adehhh cam membazir rasa, so carik punye carik akhirnya kami ambik keputusan untuk menginap di Merton Hotel Ipoh. Hotel ni biasa2 aje, kat bangunan kedai tapi kami pilih yang ada tingkap. Rate x mahal, dlm RM130 kalau tak silap. Interior memang cantik, org muda kata insta worthy la hehe.

Bila sampai Ipoh, kami punye program mesti JJCM itu wajib! So slps kenduri, memasing carik snek minum petang. Akhirnya kami ke stadium pekena popia SS Ali. To me memang sedaplah popiah dia sbb TT sejenis yang cerewet gak bab popiah ni. Ssh nak jumpa popiah sedap cam kat pasar malam sg buloh tu. Pastu kami ni teringin nak makan cendol duyan, hmmm kecewa sbb habis katanya. So makan aje cendol biasa plus order laksa. Projek malam kami dinner kat THUMBS, kalau tak tahu kat mana cafe ni sebelh je dengan Carat Cafe. Cuma di Carat lebih banyak menu western. TT makan bubur nasi jek, selambak kau dalam mangkuk last2 lakiku tolong perabih hahahaha.

Pagi2 esoknya agenda kitaorg sure la ke Loken. Aishh sapa tak tahu Loken kene gugel nih. Pasar ni memang akn full swing hari ahad tau, sesuai untuk orang yg minat barang lama kene gi sini cuci mata di samping mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak kita dulu. Isk..iskk tetiba sedey tauuu gi Loken, teringat kenangan kecik2 masa arwah mak masih ada. Huhuhuhu...sepanjang jalan di Loken memang macam masuk time tunnel. Sob..sob..al fatihah utk mak dan abah.

Percutian kami di Ipoh berakhir dgn singgah kat kedai SAKA ECO. Hahaha laki kata haii kat umah gi Eco kat Ipoh pun nak gi Eco ke. Selepas Ipoh otw balik kami singgah pulak kat Kampar nak tgk tempat yang lawa tu. Memang lawa tapi umpama pekan mati. Kedai-kedai lebih banyak dari orang! Sunyi dan kosong. Pastu panas bukan main...xpelah maybe tempat ni baru lagi so blom ada ramai pengunjung. Suatu hari nanti sure ramai orang kot!



la familia

in love dgn deko dia, ni kat lobi bawah






gambo dia lawo je kita ambik kan, tang kita tu hadoiiii

memenuhkan peruttttttt hahaha, selambak bubur ayam!

gembira makan popiah, kecewa di hati tak dapat cendol siapa yg tahu



Kene singgah kedai olskool ni tau kalau pi Ipoh, donat dia sedapppp

heee makcik dgn anak buah

Comments

Popular Posts