TIPS TRAVEL LUAR NEGARA ESP KE INDIA

Haa kali ni TT nak kongsi beberapa tips untuk korang yg nak travel ke luar negara. Yg paling penting ialah makanan, yesss makan! Yup klu kita travel ke negara Islam mmg tak ssh nak urus bab makanan taaapiii klu kita travel ke negara bukan islam mmg menjadi cabaran untuk dptkan makanan Halal. Malahan walau ke negara Islam sekalipun, selalu terjadi makanan mereka x sesuai dengan selera kita rakyat Malaysia yg marhain hihi. Melayu pulak tu, sah-sah penggemar sambal belacan, tempoyak dan segala macam menu lagi. So TT share beberapa item yg wajib korang pek untu bawak bercuti tapimada sesetengah negara sangat ketat peraturan diaorg, makanan yg ada label pun dia campak tanpa rasa bersalah. Cth ke Aussie, dengan selamba je dia buang serunding daging. Kata pegawai tu what is this, dengan muka ala2 jelek je tgk serundingn dlm bungkusan tu. Hello u know what, this is serunding, Malaysian authentic cuisine. Just like chicken floss. The meat was originally came from ur country u know hahaha! Stress.

Apapun nasib-nasib la kan, kalau depa nak bertolak ansur tu oklah kira luck korang. Elsewhere rasa tak strict sgt macam Aussie. Even masa ke UK pun berkotak food kami angkut sebab nak stay lama, terfikir gak nak diet tapi fikir sekali lagi ehh takut duit lak yg kering nanti. Jadi sorang sikit bawak beras, bilis dll. Orait malas nak bebel panjang, kat bawah ni TT list down barang yg kategori WAJIB korang bawak di bawah kategori makanan ye..kikikik.

1. Beras
Klu korang travel seminggu bawak anak elok bekal sikit beras, tapi kene bawak rice cooker kecik tau kalau tak kat mana lak nak masaknyee. Beras ni sgt membantu esp kot pi negara Europe, giler mahal beras kat sana.

2. Makanan segera/tin
Ni termasuk lah segala megi, kari ayam, brahims, nasi mandhi, roti canai, pau dll yg sekarang ni byk dah dipek dn dijual di supermarket. Korang bawak je bekal, senang nak panaskan guna microwave or rebus pun ok. Kadng sy bawak bubur nasi segera, tuang air panas setel. Kadang sy bawak instant mashed potato, tuang air panas pun setel. Boleh alas perut.

3. Sambal
Bab ni korang boleh masak sendiri or beli je byk oii jual produk IKS skrg. Ada sambal bilis, sambal garing, sambal hitam, sambal tempoyak dll. Sy suka try mcm-mcm jenama ada yg sedap, ada yg biasa2.

4. Nasi impit
Hat ni korang sila rebus siap2 la wehh kat Malaysia, jgn nak rebus kat obersea wehhh. Lama kot nak bg dia kembng. Hahaha. Boleh tahan 2-3hari ni, bwk skali kuah sate segera. Perghh nikmat. Silap haribulan makcik piknik sebelah korang pun dok intai makan apa tuuuuuu.hihi

5. Makanan kering
Ni mcm serunding lah, korang bawak bekal k. Takpun buah kering mcm kismis ke, cranberry ke boleh lah. Sedap kalau kudap2. And kalau rajin bawak la biskut sedap2 kat sana, time sejuk cicah roti lutut gn kopi o panas tepi sg thames pun syiok kottt.

6. Roti
Ok ni satu lagi menu penting kalau saya jalan2. Sy akan bawak roti bbrp jenis esp yg tahan lama. Carik yg expiry date lambat sikit so korang blh bertahan dgn makan roti tu. Nak bitau, roti kat liar x sesedap roti malaysia wehhh, hmm maybe tekak TT je kot rasa gitu.

7. Daun-daunan
Yg ni khusus klu travel lama cam 2minggu ke atas, pasaipa? Sbb bosan oii makan keju, sehari dua ok lagi. Lama-lama rasa nak munnnn.... pulak. Sy pernah angkut pandan, kesum, serai dan daun kari. Bila sampai kat apartmen terus simpan dlm freezer. Daun tu akan kering tapi xpe nnt nak masak kita masuk dlm kuah elok je dia lembut balik. Haa klu jalan2 lama, bawak la santan kotak or serbuk mana tahu rindu nasik lemak ke kannnsss.

8. 3 in 1
Ini normal la, kat obersea pun ada byk. Tapi dia bg limited dlm hotel tu, kadang mana cukup utk budak2 sekali. Better korang bawak je utk bekalan hidup kat luar negara.

9. Sos/ Kicap
Ok 2 benda ni maha pentingg utk warga Malaysia, esp tekak macam TT ni. Seriously korang pi luar negara, susahhh ooo nak carik sos cili dgn kicap. Adoiii stress dan tekanan perasaan. Cer bygkan, makam fish n chips cicah dgn kuah kacang ijo, adoiii! So inilah penyelamat dunia. Takyah la bawak dlm botol, kang pecah terburai dlm beg menangis lak korang. TT pek kecik2 comeiii jek, senang nak bawak pi mana-mana. Handy dok dlm poket beg time berjalan hahaha.

10. Telur rebus
Korang pernah bawak tak telor rebus time cuti? Hihi ni bgus gak okehh, sbb telur rebus tahan lama dan bg energy. Kadang-kadang hotel ada bg telur rebus time bekpes, blh gak ambik sebijik dua buat bekal. Korang jgn memandai ambik semangkuk lak. Sbb tu penting bawak kicap, mana ada feel makan telur dgn kicap cair ye dak? Kikikik. TT jgn kan kicap, lada sulah pun TT bawak pi obersea. Semua pek kecik-kecik supaya senang nak bawa ke mana-mana.

11. MINERAL WATER
yg last ni korang xyah bawak bekal dr Malaysia pulekkk, korang beli je kat sana. X kesahlah korang nak minum milo ke, neskape ke kan yg penting mohon masak air guna air mineral dlm botol. Memang air kat Kashmir sodap je xde bau cam kat Delhi but still, jaga kesihatan. Better korang guna air bertapis utk lebih selamat supaya tak sakit peyuttt. Ingat tuh, belinair botol. Tapi kalau ikut trip TT kasik free ja air botol utk u ols. Ekekekekek

Last sekali, yg xde kaitan dgn makanan tapi kene bawak gak. Hehe tau tak agaknya apa benda? Yeszaaa ZIPLOCK Bag! TT mmg suka bawak ziplock bbrp keping time travel sbb bag ni nipis and korang boleh pek bekal dalam bag tu. Pastu boleh buang terus kalau dah xnak or dah kotor. Korang blh isi roti, buah dll dalam ziplock bag ni tau. Ada certain org suks bawak tupperware, so ikut la korang prefer yang mana satu ye.

Kiut tak pek camni? Senang, utk skali makan je setiap pek tu. Sy suka guna zip lock pack utk kumpul barang yang nak dibawa. Mudah utk kategorikan brg-brg tu.

TT guna sealer comel ni, senang sgt. Even TT bawak skali pi obersea spy mudah nak seal pape yg ptt



kicap, sambal, sos, lada itam, lada sulah sumer TT pek camni. Mudahhhh bangat!



 



-Tuan Tanah-

Comments

Popular Posts