KASHMIR, AKU DATANG!


Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah, pada ketika artikel ini ditulis TT dah pun selamat berada di tanahair. Dengam izinNya TT sekali lagi berpeluang mengikuti kembara ke bumi Kashmir yg masyaallah indahnya tidak tergambar. Cuma kali ini TT dah upgrade jadi TOUR LEADER membawa 15 orang team dr Malaysia. Asslnya 17 org tapi terpaksa undur diri atas sebab yg tak dpt dielakkan. Manakala 1 team lagi yg berjumkah 20org TT paskan pada kawan hehe.

Perjalanan kali ke-2 ke India kami menaiki penerbangan Malindo Airways, sedari bulan Oktober 2017 dah siap booking. Biasalah, booked awal dpt murah yesss kami cuma byr RM638 sahaja utk return tiket. Korang pun tau kan Malindo Airways ni bagi free baggage allowance with meals. So kalau nak kata AA murah tak jugak sbb bila beli kilos dan meals sama je rege dia. Plus malindo punye seating luas sikit kat kaki. And korang blh enjoy inflight movies dalam tempoh 5jam lebeyy tu. Jangan berani tak beli makanan klu naik AA esp yg bawak kids, mau meragam diaorg tu nanti. Hehe. Ekceli ni pestime cuba nek Malindo utk international flight, not bad lah! Bertamadun sikit penumpang2 dalam pesawat tu compared dgn yg sebelum ni, cuma ayamitik je depa x bawak naik skali. Err paham tak??

Dari KL kitaorg ambik flight petang and Malindo ni airpot dia kat Main Terminal tau, jgn silap pulak. Sampai Delhi still date yg sama sebab depa lewat 2.5 jam dr waktu Malaysia. Maka bergelandanganlah kami sementara tunggu next flight ke Srinagar. Kalau sapa2 nak pi mandi ke, massage ke etc di epot tu ada je salon utk korang cuma sedia uwangnya sudahlah. Macam kami ni nak jimat punye pasal, redha je gelandangan dekat 10jam kat epot (flight on time, so smpai sana mmg awal). Boleh la bawak tikar lipat atau kain lapik utk solat plus utk tido memandangkam kat sana lantai simen je sblm korang masuk departure hall tu. Team kali ni ada bawak makcik pakcik pencen, seb baik diaorg sporting dan mmg kaki travel jadi xde problem nak entertain. Masing2 dah biasa kekurangan bila kita travel jauh2. Umur diaorg ad yg 70thn tau, so korang yg muda ni jgn bajet diva ok kalau travel. If perlu gak nak rest tempt selesa, diaorg ada provide prmium lounge utk golongan ni.



Ni lah premium lounge kalau korang nk rest di epot Delhi. Jgn risau epot ni taraf international so mmg lawo dan ok facilitiesnya. Apa free? Chaittt, kem salam lah.


ni price dia ye, boley tahan jugeksssss


 

Cuma satu je TT rasa kan bagus if Malindo airways boleh tukar menu inflight tu kpd Malaysian taste even korang fly ke India. Sebabnya diaorg dh balik ke negara masing2 dah tentu la sampai rumah nnt makan food depa kan. So tak salah flight dr Malaysia ke India sediakan citarasa kita with vege choices gak utk yg vegetarian. And kene ingt itulah menu akhir kami tekak melayu sblm kami merantau selama lebih seminggu di bumi asing. Ecececehhhh hahaha, siyes rindu nasik lemak sambal sotong kotttt!

Alamak senget pulak, lenkali TT betulkan ye. Ni meals free Malindo bg, TT dh tentu pilih ayam hahaha. Sedap sebenanrnya, betollll tak tipu okeh.

Dr Delhi - Srinagar kami ambik AA memandangkan AA ni je blh dipercayai sikit, itupun dia tukar awalkan flight kitaorg ke jam 6am. Yg stress, timing balik pun dia awalkan ke jam 7.55am dr timing asal jam 10.55am. Adoiiii dh terbayang tu kene bangun pepagi buta nak pi epot and kalau korang nak tau, epot srinagar bukan sesenang dan semudah abc mcm  checkin di mana2 epot dunia yek. Susah dan leceh giler tahap dewa! Later TT share dlm entry lain, sapa ada pengalaman mmg tahu lah camne seksa nyeee.
ni bebetul kat eskslator turun utk collect luggage, kene posed kat sini satgi x jumpa dah tempat ni.hehe
 
ini laluan ke Metro, kat sini pun leh lepak sbb berdepan je dgn departure hall. Senang.
wajib gak posing sini pasal ini kat local departure je ada, balik esok x lalu sini sudaaa. So wlau muka kau cam kueh puri lps goreng penuh minyak, sila ambik gambar jugekkkk. Hihi

Costa pun ada, apalgi beli lah secawan. Maklum 10jam nk tunggu next flight, kebas segala montot okeh



 
Hah amacam? Brani tak nak ke Yindiaaa? Hikhik takde hal lah, jangan takot pergi jek. Selagi sihat dam diberi rezki, pergilah berkelana melihat kejadian Allah. Sesuai dengan firmanNya dalam surah Al-Haj ayat 46 yg bermaksud,

"Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenanrnya bukam mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada".

Dari ayatndi atas jelas menunjukkan Islam sendirin menggalakkan umatnya keluar mengembara melihat keajaibam ciptaan yang Esa, belajar bersyuku dengan nikmatNya sambil memberi kepada yg memerlukan. Kembara ke Kashmir adalah salah satu cara yg TT lihat bukan je menginsafkan, tapi membuka mata dan minda akan kebesaran kekuasaan Allah SWT. Dia jadikan bumi yg subur, indah walau penduduknya diuji dengan tekanan dari kerajaan India. Mudah2an mereka semua dirahmati Allah dam berada dalam lindungan dan limpahan barokah.


Psttt, yg nak ikut trip TT pi kashmir boley wasap terus. Nnt free TT reply satu2 sbb now jetlag lagik.


-Tuan Tanah-
0122959655
xyah tepon, kome wasap je.

Comments

Popular Posts