HARAPAN YANG MUSNAH

Pilu!

heheheh, itulah yang grup TT rasakan pada hari ke-2 kami berada di bumi kashmir. bukan kerana apa pun tapi trip pada ari ke-2 sepatutnya kami semua akan ke Gulmarg nak main seleji. maka semua orang dah bersiap pakai baju tebal-tebal yang sesuai dengan dresscode nak bersnow. Ahaaa ni satu lagi tips penting untuk korang catat, bila travel sila buat checklist pakaian yang akan dibawak ke tempat travel korang tu. Just in case maam kami ni travel pi tempat sejuk jadi dresscode yang sesuai lebih kepada tee drpd kain kapas, elok bawak byk tshirt sbb korang akan pakai jaket kat luar. kalau ada thermal wer lagi bagusss, jimat space. Jaket tu yg penting untuk korang bawak beberapa (TT bawak 3 helai hihihii). motif??? Adoiiii dah tentu-tentu korang nak posing kenss, so mohon bawak jaket tu biar lebih dari satu, xdelah kebosanan gambar korang tu asyik pakai baju yg sama. tapi kalau korang bajet-bajet tahan sejuk boleh gakkk, time nak bergambar bukak jaket. Korang gak yg membeku kannnn.

Gigih la TT pakai baju tebal konon nak main seleji hikhik. Ini hari kedua, kami akan checkout dari houseboat hari ni dan akan checkin di hotel kat pekan pulak.

Ok ok membebel pulak dannnn hakak bawang ni, meh back to the track. Berbalik pada cerita kePILUAN tadi tu kan, trip kami ke gulmarg TERPAKSA KENSEL. sebabnya pada hari kejadian hujan wehhhh dr pagi sampai petang. And sangat penting untuk korang tahu bahwanya if hujan better kensel trip ke atas pergunungan atau perbukitan memandangkan cable car tu akan closed! Suasana kat ats tu very the windy, bahaya kalau korang bergoyang2 atas gondola. Elekrik kerap terputus bekalan dlm situasi camtu hokayy. jadi sebagai alternatif kami semua bergerak ke pahalgam Apa yg ada kat sini ekkk (mesti ada yg tertanya-tanya)? well selalunya kalau korang ke pahalgam, tour akan bawak berenti kat kedai-kedai yang menjual safron dan buah-buahan kering mcm walnut, almond, kismis, cranberries etc. Saffron kat sini horiginal pasal merek tanam sendiri, and if korang x beli is rugi saffron ni herba mahal oiiii. kalau kat malaysia segram dah cecah rm30 org jual and mostly depa ambik dr Turki. well why not korang spend lah sikit dalam rm50 tu untuk beli sbg ole-ole. Diaorg boleh pek kan kecik2 dalam box dgn berat 1g each. Price dlm rs200 - rs250, if kurang drpd tu faham2 lah tahap kehoriginalannya. Tak tahu apa manfaat saffron? Aigooooo...tanya pakcik gugel lah.



Inilah saffron, bung nya warna pepel tapi yg kita akan guna yg warna merah tu. Bila direndam dalam air ajd kekuningan, boleh digunakan sampai air tu dah xde kaler. Kalau tak tahu saffron, zaafaran korang pernah dengar??? Samalah tu...

Berhenti di laang apple, ehh x nampak pulak bunga nyaaaa

Masjid di salah sebuah kampung yang kami berhenti singgah untuk solat. Di kashmir wanita tak solat di mesjid jd memang susah sikitlah. Masa kami singgah ni ramai betul org kampung dtg tgk kitaorg, yelah dgn muka pelik2 baju aneh2 siapalah agaknya kita ramai2 dtg semayang ni (itulah kot diaorg fikir dalam hati). Ada seorag pakcik ajak kami solat di rumah tapi kami masing2 dah pakai telekung dan ada yg dah mula solat. So kami tolak pelawaan nya dgn baik.

Mustard valley yg subhanallah cantik, ya Allah! Rasa nak lari-lari dalam tu apakan daya hajat tak sampai


muka ada senyiummmm hikhikhik

cantik tak??? mcm kat mana ghase ghase kome?

TT mmg xleh move on tau bila belek gambo-gambo nih, aduhaiiiii rindu!

ni sedara TT merangkap ahli trip gak, semua enjoyyyy

Ini pula ladang mustard. merke proses mustard jadi minyak masak, haaa ko mampuuuu? kihkihkih. kami tak boleh nak beraksi ala-ala kajol dgn SRK dalam filem dilwale dulhania le jayengge tu sbb penuh lumpur, maklumlah hujannnnn. serius lawaaaa kottt TT dalam gambar ni opsss kahkahkah, muntahlahhhh x marah pommm


Ekceli kan, TT suka pi kashmir ni bukan sebab apa pun tapi just untuk mensyukuri nikmat Allah je dan untuk menikmati pemandangan. Nak shopping tu xde menda sgt lah dah tua-tua ni, tapi sekadar utk release tension (walaupun bila masuk kerja tambah tension pasal keje bertimbun kihkih). View mmg superb dan masha allahh cantik sangat, walau negeri mereka ni miskin tapi Allah kurniakan tanah yg subur untuk bercucuk tanam. Dalam 1 land yg sama mereka boleh tanam padi, tanam mustard, epal sebelah2. Jenuh TT mikirkan camno laaaa nak buat saliran air utk padi tu pulak. Yup kerana mereka hanya ada sumber yg terhad jadi merka gunakan sepenuhnya secara optimum! Hebat kan? Nak harap kerjaan hindia bg duit memang idok lerrr, mereka jana pendapatan sendiri and mostly now drpd pelanconga. Masa TT pi baru ni nampak diaorg tgh buat pembangunan tunnel, maknanya ada kemajuan lah tu, maybe drpd duit kita ni gak yg dtg melancng kat sana beli belah etc dpt jana ekonomi mereka. 98% penduduk Kashmir adalah Muslim, jadi tak salah kita bantu jana ekonomi orang islam ye tak.  Ehhh bebel lagikkkk, sorryyyyy! ok2 back to the track plis...

Otw ke pahalgam juga kita akan melalui ladang epal dan ladang mustard yg banyaakkkkk kat sepanjang jalan. mata tak berkelip tengok cantiknyaa, mulut tak habis memuji dan dalam hati tak sudah2 mengakui kebesaranNya. Negeri mereka dikelilingi pergunungan jadi bayangkan lah indahnya gunung ganang saujana mata memandang, dgn puncak yg dilitupi salji nampak memutih dari jauh. Suhu waktu kami ke sana dlam 11c kaang2 turun ke 8c, ya Allah sejuk bagi kita yang tak biasa. TT memang pakai themal wear kat dalam sepanjang masa. Stokin mmg beli yg wool (beli kat shopee jek). Ada ahli rombingan yg alah sejuk siap pakai sarung tangan, yeszaaaa sila bayagkan la kalau angin bertiup dan-dan beghase nak masuk tandas. Ohh yaaa kat kashmir ni oklah boleh je jumpa tandas dan berhenti cuma jgn imagine tandas tu lawa mcm kat umah kita. Asal boleh melepas dan cuci dgn sempurna kira oklah, tapi air tu cam bese lah kira tahap sejuk like air peti ais??? Tanjat la sikit bila cuci ihihihiii..

Trip kali ni cuma dapat bergambar dgn pokok epal dan bunganya, tt mmg request dgn tour guide utk singgah jugak sbb nak ambik gambar awalau buahnya bulan 9 nanti baru leh petik. Yg nak mersa makan epal segar dr pokok boleh lah ke kashmir pada bulan September, sedappnyaaa tak tahu nak kata. rangup, manis, nyummmmmyyyy. Epal kashmir kecik-kecik aje, dan kaler pink2 macam Fiji apple tu. Perjalanan ke pahalgam agak jauh, ambik masa 2 jam lebeyyy. Kami berhenti makan di restoran kat pekan pahalgam jugak, kami order sempoi2 jek, mix noodle dgn sweet corn soup utk panaskan badan. Di pekan ni ada banyak kedai-kedai kecik, kalau korang ada masa jalanlah menyusur kedai2 tu untuk beli belah and SERIUS TT nak cakap beli kat sini murah hokayyyy. Tapi kengkadang masa x cukup dan tour guide akan desak korang cepat2 balik ke Srinagar. sometimes ada barang yg mahal kat pekan, kat sini murah contohnya mcm coin purse bersulam tu. SER LAGI YG PELIK tapi jangan pelik dah pasni, kedai diaorg tu kekadang kene turun bawh tanah or naik atas and TT memang seram lah kalau pi sorang2. Sebelum ni suka gak menyusur jalan tu ambik angin so eloklah jalan berkawan jadi bila diaorg ajak nek atas ke turun bawah ke korang suruh je lah dia bawak brg2 tu utk korang tgk. Normally xde apa pun tapi berwaspada tu lebih baik kan?


Ahaaa, ni lah bunganya. dari jauh nampak mcm pokok sakura dengan bunga memutih. Cantik!


Giler lawaaaaa kot kat sini, berkepoi kabus kat belakang tu kensss. elok gak lah pakai baju tebal kalau tak nangis dalam van sebab tak mampu keluar! NI sebelum sampai ke tempat dituju, kita akan lalu kat kampung-kampung. Aishhhh takleh move on lah tengok gambar ni.


Kat pahalgam ni ada tempat nama beetab valley, aru valley, baisaran, chandanwari. Cuma jrg ada tour guide akan bawak ke semua tempat psl setiap satu tu berjauhan. And bila pergi ramai2 kita susah nak kawal masa, ambik masa utk makan, toilet dll pun satu hal. perjalanan pun dah panjang berjam so tengoklah if korang suka adventure kene gi backpackers la nampaknya. jaga diri sendiri dan jalan ikut masa sendiri gittewwww.


di beetab valley, kawasan taman sebenarnya.

itu diaaaa che tah beraksi! kat sini kita memang dibenarkan posing maut sbb takde sapa herannn kahkahkah. Lawa sangat viewnya, sblm ni tt ambik wudhu dan solat di pondok2 kecik yg disediakan tapi kali ni xleh sbb hujan dan pondok pun basah.

tak tahulah apa kes di sana tu ye??? tour guide setia ikut montot tour leader pasal tour leader pun byk songeh jugeksssss


macam kat korea pulak, terpksa pkai payung oiiii ujan.  kali ni tak sanggup nak basah sebab sejukkk ya ampunnnn 



Waktu ni memang hjan x berhenti, jadi hasrat nak makan aiskrim sedap di pekan pahalgam tak kesampaian. teringat ingat aiskrim tu smpai sekarang cuma rs40 jek untuk 1 kon. Aigoooo rindu laaaa pulak! Selepas sampai semula kat pekan dah malam punnnn, kami teruskan misi membeli dan membelah di pekan Srinagar. kalau nak tahu, ke kshmir ni kene jugak beli saree sbb sari di  sana berbeza motif dan material dgn saree di delhi/agra. Pashmina pun cantik-cantik di kashmir, jangan lupa beli tau. nanti sampai airport harga dah jadi mahal berganda walaupun item yang sama. Price range antara RM40 - RM200 tengok lah kualiti yg dipilih, pashmina murah daripada tu. Kalau harga yg ratusan ringgit memang akan dpt material yg amat lembut, cantikkkk dan tak nyesal beli!



sweet corn soup yg sedap walau rupanya tak menarik, siyess sedap tt tak muhonggg


balik dr Pahalgam kami singgah beli buah-buahan tepi jalan, dptlah epal dan anggur. memandangkan skg bukn musim epal jadi dah tentu epalny kurang enak. Anggur beli yg warna hijau memang manis. Muka masing2 nampak maintain tapi dalam jaket tu badan dah kecut tinggal separuh saiz je hahahaha. Sejukkkkkkk tangan terketar. pakcik buah pulak pening bila kene serbu ramai-ramai nak membeli, byk sgt soalan agaknya. 


Comments

Popular Posts