REALITI SEBUAH ANUGERAH
Baru-baru ini syarikat menganjurkan satu majlis tahunan untuk merai dan mengiktiraf anggota-anggota kerja yang cemerlang sepanjang tahun 2018. Sama macam tahun-tahun sebelumnya, majlis akan dihadiri oleh YBM untuk menyampaikan anugerah, ini lebih kurang mcm penghormatan juga kepada penerima-penerima, bukan senang nak jumpa Menteri kan.Bezanya, tahun ni memang majlis dibuat secara bersederhana sebab di mana-mana jabatan / agensi pun mengalami pengurangan / potongan bajet so kenelah belanja secara berhemah. Yang penting semua staff diraikan dalam suatu majlis besar walaupun mungkin nampak kurang gilang gemilangnya. Objektif tercapai itu pasti. Dan beza satu lagi ialah ini kali pertama TT jadi AJK, dahlah pestime pastu jadi #stagecrew pulak tu bersama dengan ladies. Korang rasalah logik tak utk stage crew diserahkan kepada semua wanita? Secara dasarnya mmg tak logik langsung tapi yelah TT ni siapa, hanya insan kerdil yang menerima apa sahaja tanggungjawab yang diberi. Walau...