REALITI SEBUAH ANUGERAH
Baru-baru ini syarikat menganjurkan satu majlis tahunan untuk merai dan mengiktiraf anggota-anggota kerja yang cemerlang sepanjang tahun 2018. Sama macam tahun-tahun sebelumnya, majlis akan dihadiri oleh YBM untuk menyampaikan anugerah, ini lebih kurang mcm penghormatan juga kepada penerima-penerima, bukan senang nak jumpa Menteri kan.Bezanya, tahun ni memang majlis dibuat secara bersederhana sebab di mana-mana jabatan / agensi pun mengalami pengurangan / potongan bajet so kenelah belanja secara berhemah. Yang penting semua staff diraikan dalam suatu majlis besar walaupun mungkin nampak kurang gilang gemilangnya. Objektif tercapai itu pasti. Dan beza satu lagi ialah ini kali pertama TT jadi AJK, dahlah pestime pastu jadi #stagecrew pulak tu bersama dengan ladies. Korang rasalah logik tak utk stage crew diserahkan kepada semua wanita? Secara dasarnya mmg tak logik langsung tapi yelah TT ni siapa, hanya insan kerdil yang menerima apa sahaja tanggungjawab yang diberi. Walaupun pada masa tu dah memang plan nak holiday ke Johor, cuti dh approved and hotel pun dh siap booked.
Fikir punya fikir, takkan kita nak tinggalkan majlis macam tu je? Dengan stage yang tak tentu hala, sure orang maki kalau tak setel. Bayangkan ye, majlis hanya tinggal 4 hari sahaja dengan kita yg baru dilantik tiba-tiba, ini memang tepat dengan istilah BIDAN TERJUN, tapi TT tambah sikit BIDAN TERJUNAM! Siyes la weiii haha. Hati memang rasa berkecamuk memikirkan apa aku nak buat dengan stage yg bogel tu? And FYI stage di Premiera Hotel ni saaaaangtlah old skool (sorry to say), stage tu tak kurang lebih macam stage kat dewan sekolah. Yang membezakan cuma dewan lebih besar, tu je kot. So the environment tu mmg tak ngam lah dengan citarasa and kalau ko tak buat something to the stage, it will look very very dull, giler! Lighting pun x boleh move on, so so je. Kalau orang tua-tua kata, istilah paling sesuai ialah LIBANG LIBU rasa hati! Pernah ke kome dengar istilah tu? Hahaha itu mak TT suka sebut.
Dipendekkan cerita, dapatlah juga orang yg sanggup nak buat within the short period. Kita diskus bagai nak rak rasanya sbb nak sesuaikan dengan bajet yg ada with my concept. Biasalah kalau semua last minute bukan senang wei nak carik supplier nak printing bagai and if ada cost mmg akan up. Apapun daripada xde, baiklah diadakan jugak walaupun ada bunyi lebah2 berdengung kata ellehhh tu je ke deko kat stage but sebenarnya mereka x tahu the cost yg disediakan and within time frame yg kritikal. TT abaikan aje lebah-lebah begitu, tak kose ku nak melayan. Di hari kejadian, ko giler ke hapa nak harapkan pompuan2 AJK stage ni pasang semua benda tu? So nasiblah TT ni ada gak relationship yg bagus dengan few people and personally mintak tolong diaorg bantu. Kalau tidak, jahanammm stage TT malam tu weiii. Apapun pengalaman sangat memberi makna, pasni dah tahu lah sikit ilmu tentang pengurusan pentas. Apa yg sesuai, apa yang tidak. At the positive side, rasa syukur la jugak diberi tanggungjawab baru at least kita belajar. Kan orang cakap learning thru experience tu mahal harganya! Takat cakap2 kosong dan bangga dengan keje atas kertas takkan ke mana-mana. Dan TT pulak sejenis buat keje akan setel sampai habis, tak suka nak pass kat anak buah gitu-gitu aje. Nanti kalau error, siapa nak jawab?? But i beleive, ada je wujud manusia mcm ni. Bila success, diaorg claimed but if not hahaha semua tuding jari la jawabnya.
Apapun, setiap kali lah apabila tiba MAT waima selepas MAT maka akan wujud pahat-pahat yang bertukang walau rumah dah siap berdiri tegak! Kalau nak dilayan bunyi begini, buat sakit jantung korang aje. Anggap sahalah ia sebagai irama yang memeriahkan kehidupan kita. Jika tiada pahat ni, kita akan rasa sempurna ntah-ntah mungkin ada bumbung silap pasang ke, anjung bocor ke..di sinilah gunanya mereka-mereka ni untuk penambahbaikan di masa akan datang. Tapi kalau nak bunyi tak puas hati tentang tak dapat anugerah tu, alamak susah nak jawab. TT sendiri merasa sekali selepas 13 tahun berkhidmat, tu pun nasib-nasib je kot atau orang kesian nak bagi! Sebelum tu TT tengok je orang len malah anak buah TT sendiri naik stage, xde rasa cemburu langsung! Malah TT bangga ehh anak buah aku cemerlang dan akulah yg bagi dia markah tinggi tu. TT rasa kalau kita ni dipenuhi emosi jeles dengan kejayaan orang dan rezeki orang, itu semua cuma bawak penyakit je. Hidup korang takkan gembira! Percayalah anugerah itu hanyalah sebuah anugerah saja, dapat duit sekian-sekian jumlahnya dan akhirnya habis (TT cashkan duit tahun 2018 sebab nak gi UK kahkahkahkah lama aku simpannn). Kerja dan tanggungjawab kita tetap teruskan, jangan ada rasa kecewa. Satu hari nanti nama dan wajah kita akan terpahat jua di dalam BUKU KERAMAT itu (maybe dah sampai tempoh 25tahun perkhidmatan). Samada kita cemerlang atau kita tak buat keje, atas dasar loyalty organisasi akan beri juga penghargaan, TT lagi 10 tahun naik la stage time tu aku dah tak kose jadi AJK pentas lagi dah, sebab dah tua! Kalau umur panjang inshaa allah merasa la salam Menteri lagi.
So moral of the story, bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan membandingkan rezeki kita dengan rezeki orang, itu yang membuatkan hati tak bahagia. Kita tak tahu ada ramai orang pula yang cemburu dengan rezeki kita ada so BERSYUKURLAH!. Ingat, kita ni sihat selalu dan dikurniakan orang-orang yang baik di sekeliling kita pun dah cukup sebagai Rahmat Allah yang tidak ternilai. Percayalah, sentiasa berlapang dada sure korang akan gembira and AWET MUDAAAAA (hahaha ni aku sukaaaa!)
Last but not least, korang layan la gambar TT yang x berapa kepin ni. Lampu mmg x feel nak ambik pic pon, beselah kalau lighting tak cukup mmg TT malas nak posing sbb kompem muka aku kelam wat habis kodak je kehkehkeh
Giler peloles ngko! Kalau tengok muka TT yang sebenar pi opis hari-hari kompem korang seram! |
Mix n Match saje apa yang ada, rantai tu beli baru kihkihkih. Bangle guna yg lama jek, mana ntah TT letak lupaa nak snap berjemaah |
Ni ex anak buah masa TT keje kat Curriculum Dept, pelik tul apsal leher aku patah gitu ye. Banyak makan leher ayam ke apa? |
Ini pic dengan siti si ratu gaya hehehe. Siti ni keje satu unit skrg, jaga training |
Tak tahulah nape lain maca cerah putih gambar ni. Nak kata minum QuPuteh tak pernah! |
Ni pun sama terlebih putih, sebab malam tu lighting x best masing-masing terpaksa guna camera kasi terang itu yg jadi semacam je muka |
Ni gambo dgn ahli-ahli unit TT, haishh kompius nak amik pic tulisan ke pic orang sebenrnya ni? |
Ada ler seketul bergambar reramai drpd takde hahaha |
Comments
Post a Comment