London kaya dengan TAMAN YANG INDAH

Kalau ke London, jangan pelik bila ada org kata singgah lah kat park! Yesszaaa, kalau korang bercuti lama di Kota Khazanah ni janganu lupa spend sedikit masa untuk ke taman2 di central London. Nak senang sampai sana install je London apps, or else kalau kita gugel pun mudah sbb normally kat gugel tu dah bg siap2 cara nak ke tempat yg kita minat samada by train, car, bus etc. TT rasa sgt rugi if korang x singgah kat taman sbb mmg cantik dan unik depends pada musim. Kebetulan kali ni TT pergi masa musim luruh so merasa tgk dedaunan kuning coklat tu. Last time pergi masa spring pun syok, both memang cuaca sejuk. Cuma bila nak masuk peralihan ke winter, hujan agak kerap tau itu sedikit kecewa sbb kalau hujan xkan nak pergi taman! Basah bontot korang and view x lawa sbb langit mendung je. Hujan dia bukanlah basah lenjun tu haa tapi ala2 gerimis sepanjang hari, dgn sejuknya ko ghase mampu ke nak redah hihihihi. Memang idok ler kan, payung pun xde dek non oiii. Itupun kami gigih jalan je mana yg boleh, peliknya xde pulak demam. Ishh kalau kat Mesia tu kompom dahhh gatai je nak amik MC sehari! Bila melancong gheti pulak jaga diri sendiri kihkihkih.

Byk hari jugak hujan, hari yg kami ke Camden tu mmg agak lebat hujannya. Terpaksa berteduh kalau tak sure basah kuyup. Rsanya  dlm 4 hari jugak yg mmg hujan dan kacau sikit plan, TT as itinerary planner sokmo tuka plan ikut keadaan cuaca. Dahlah siang pendek, so kene bebetul manfaatkan waktu siang yg ada. Kalau kluar lewat makanya rugi! Malam TT mmg x keluar, hmmm sbb apa ekkk maybe sebab dah tua kot hahahaha. Perasaan nak menyoping kat kedai tu kurengs so mmg bila malam lps solat n dinner terus aje naik atas katil bukak pesbuk. OO lupa satu lagi aktiviti tgk kdrama 100 Days my prince, kat UK siri dia cpt sikit tayang syok ler melayan internet lak laju boleh kene speed trap! Apalagii...layanzzzzz.

Ni TT kongsikan pic 2 tempat yg kami pergi di hari berbeza. St. James Park sbb nk tgk Changing of the Guard (kene tgk jadual dlm website bukan hari2 ada ceremony ni). Time ni hujan but gigih menunggu dlm suasana hujan tu. Then di satu hari yg lain kami ke Holland Park, tmpt ni isolated sikit tp lawo sbb ada Kyoto Garden, silap2 ramai org kata mcm nak gi hutan je hahaha. Memang betul pun, pasal kami ikut entrance dr kawasan perumahan yg terdekat dgn tube. Mmg lalu ala2 hutan tempat orang kene bunuh tu ko, seriau tak ko ghase?Memandangkan ramai, TT kompiden kami selamatttt, hehe. Dalam hati doa jugak, jangan lerrr sesat! Kadang2 kita bukan ingat sangat weiii jalannya, lama kot tak dtg sini. Kat Kyoto Garden ni ada burung merak, kalau korang beruntung dapat la tgk dia mengembang, tapi kitaorg x baper untung. Jenuh dok menyanyi kat sebelah merak tu, idok nyeeee dia layan. Kot x paham ckp melayu agaknya si merak ni.

Hujan  smpai basah atas jalan, kami? Pun basah kene timpa hujan..hmmmm

Kekadang terfikir apa benda nak tgk sgt ceremony ni, hahaha bukan ada apa pun.

Lawo ke Buckingham tu? Tak kan? Kihkihih...

Lepas ke Park, kita ke museum pulak rehatkan badan dan gi toilet kehkehkeh


Kalau ada DSLR kompom molotop gambar kat sini, lawa sgttttttt

Warna warni, airnya berlumut. Xpelah bukan ada yg nak mandi pun

Well ini bukti bahwa ko x perlu kursus untuk nampak kursus dalam pic. TEKNIK tu yg pentinggggg hahahahaha

Comments

Popular Posts