HARI KE -2 SAMBUNG PERJALANAN KE MANA??

Ehehehe...selepas berjaya merehatkan diri semalaman, hari ni baru rasa fresh nak berjalan2. Letih oii naik flight awalaupun setiap 7jam kita turun transit tapi bukannya boleh nak baring ke apa. Asyik duduk je, mata pun kadang2 tak bagi kerjasama nak lelap. Dalam flight ke Dubai kabin kami agak kosong, dapatlah TT baring kat mana2 seat yg kosong tu. Best baring dlm Emirates ni, rasa mcm tilam je tempat duduk kita tu, xde rasa bonggol2 pun kalau kita baring, just angkat jelah hand rest and korang boleh zzzzz. Masalahnya mata kau tetap xleh nak lelap sgt, baru nak lelap dah stewardess mai hantar roti sandwich pulakk. Hmmm nasiblah labu! Flight dr Dubai ke London ku harapkan kosong, damn penuh hoiiii. Ramainyaaaa org naik gi UK. Akak TT duduk seat tengah so dia bersebelahan dgn minah kulit hitam ni. Chewahhh kemain dia tanya org tu nak balik mana, pastu dia tanya TT ehh Luton tu kat mana. Kwang kwang kawang, haku pun tak tahu la kedudukan yg tepat Luton tu katne tapi ada je airport kat Luton, sbb mana2 flight yg kita booking dia bg pilihan samada landed di Heathrow, Stanstead or Luton. Kome pilih ikut suka ye.

Pagi seawal jam 10.am kami keluar rumah. Area kami duduk di Marble Arch, memang tempat yg sgt strategik nak ke mana2. Boleh pilih samada nak gunakan servis tube di Marble Arch atau di Edgware Rd. Dua2 pun korang kene jalan kaki, kot rajin korang tunggu bas sebab kad Oyster tu boleh digunakan untuk train & bas. Cuma perlu diingatkan bas di London takde main tekan2 loceng ikut suka kau nak turun mana2, tapi kene baca bus stop yang dia singgah. Automatik je dia benti, kau turun ye. Hehehe...ni TT ingatkan jekkk satgi korang kalut mana pulak nak tekan loceng. Tapi no hal rasanya to date dah ramai je org share tips2 mcm ni so asalkan korang rajin membaca carik info then xde hal punye. Station Edgware agak sunyi dan memandangkan itu station terakhir, jadi tube yg sampai pun korang kene sabar sikit. Cuma bestnya di Edgware ada 3 laluan (Circle / District / Hammersmith). Setiap laluan ditandakan dengan warna berbeza mcm kuning utk Circle, merah utk Central, hijau untuk District, Hitam utk Northern, Biru utk Piccadilly dll. Selalunya guna hijau kuning merah biru. cuma kalau nak ke Camden kita naik laluan kaler hitam.

Sebelum bergerak, semua org breakfast siap2 kat rumah isi perut duluan. Pastu bawak bekal simple2 mcm roti, biskut, keropok,  & air. Kat sini agak ssh cari toilet, biasanya kedai makan ada tandas cuma korang kene tebal muka tanya. Kadang2 diaorg bagi korang pinjam, selalunya dia tak benarkan unless korang makan kat situ. TT singgah kat McD/harrods tumpang toilet so kene beringatlah jugak kurangkan minum time jalan2. Tak bagus untuk kulit, dah lah cuaca sejuk gedi tak minum lak tu. Dah tuuuu satgi nak terkennnnccc camne??? Sapa nak tanggung weihhh.

Utk hari ni sempat lah bawak jenjalan area National History Museum dan ke Tower of London. Banyak lah berjalan pasal kene tukar2 train gituu jadi letih sikit tak banyak hihi. Kat London korang kene singgah museum2 yg free tu tau di samping tu ada je yg kene bayar mcm Sherlock Homes house kat Baker St, Warner Bros etc but its worth a penny sebenanrnya kalau korang try masuk tempat berbayar tu sekali seumur hidup bawak anak korang. TT sebab gi solo dgn my sister so xde pulak teringin nak bayo kecuali ke Madame Tussauds psl dia teringin sgt nak tgk. Katanya nanti jangan dikonon2 dek org, tak masuk ke muzium lilin! Adoiii ku layankan aje walaupun ku dah pernah masuk dalam tu. Tiket seeloknya booking online dpt cheaper and diaorg bagi laluan berbeza xyah ko beratur panjang2. And selalunya tiket x perlu printed, memadai korang simpan dlm hp dan nanti tunjuk masa nak masuk. Senang kan? Oyster kad utk 1st day kitaorg beli yg jenis pay per go dgn harga 15pound sbb masa tu belum dpt keputusan lagi ahli2 grup yg lain tu nak ke mana sebenarnya. Makanya bertahan lah nilai 15pound tu sehingga 2 hari ikut tempat mana korang gi.


Ni penjaga umah, mcm porter la gituu. Kalut je dia ni pagi2 bebel kat TT carik sapa boleh cakap omputih. Sebab dia x pueh hati sehari sebelumnya tu dia kata dok ckp tanpa respon. Hahahaha nasib kau lah, semua org tengah penat kot ko bebel sapa nak layan, org tinggai je ko sbb tak sabar masuk umah nak lelappp. Pagi ni TT segar bugar so ku layan la dia, haihh dia ingat dia je pandai bebel, haku pun pandaiiii yeee lagi susah stop kalau dah mula.

Lepas kene bebel hahahaha

Budak2 ni umur 14 tahun dari perancis, dtg sini buat lawatan sekolah gitteww. Amboi jauh nye sekolah ko buat lawatan  sambil belajo nakkk oiii.

ok selepas beli dan belah kat dalam shop di museum. Stp muzeum ada shop and gift yg uni2, jangan tak masuk beli lah seketul dua walaupun hanya fridge magnet untuk kenangan. Harga dalam 3pound pun ada.

Kalau jalan terus kita boleh sampai ke muzeum  and ke Royal Albert Hall tempat Dato Siti nyanyi dulu tuh. Tapi grup sis takmo jalan, penat katanya and just tgk hall aje. Huhuhu la sissss...

my 2nd time posed kat sini, kali ni pose org tua. Sblm ni pose tah pape budak2 katakan kahkahkah

Ni pun sama, same place same person with different age. Sighhhh insappp 

Ok nanti kita sambung lagi di entry seterusnya. TT tulis sini untuk diri sendiri baca kemudian hari, ala2 diari yang tak rahsia gituuuu. boleh??? hahaha bolehlahhhhh

Comments

Popular Posts