KEMBALI KE BUMI LONDON, RINDUKU BERTANDANG LAGI

Huhuhu...accchummmmmm!!!!!

Perghhh terbersin kita sebab habuk dan sawang merata-rata dalam blog ni. Nengis rasanya kalau tengok bila posting terakhir. Itulah sebenarnya berblogging ni memerlukan masa yang banyak plus kerajinan yang tinggi! Kalau takat macam TT yg ala2 suam-suam kuku ni hmmm memang lah payah. Time balik bercuti semangat tu tinggi membuak-buak nak menulis, pastuuu bila dah sebulan dua, hancusssss! Jadi tak pastilah travelog kali ni berapa lama TT akan RAJIN untuk hapdet. Kalau teyiba signal terputus kat tengah jalan tu...i am sorry la ye hahaha. Asalkan ada la jugak posting2 penting untuk dikongsi. Normally TT akan update FB / INSTA je sbb cepat, senang and posting takyah merepek cam skrg kikikik. Yelah bila blogging ni kita lebih kepada bercerita, satgi korang bohsan kalau ku letak gambo aje dari atas sampai ke bawah, baik tewitterrr aje gituh.

Orait, TT ni sebenarnya baru balik dari bercuti kat Kota London. Nak kata baru sgt tu tidaklah, lama sgt pun tak jugak cuma just nak ckp still takleh move on lagi lahh (boleh gitu???). Kami pergi pada 9 - 21 Oktober baru2 ni, kiranya dalam seminggu selepas smpai tu TT memang hazab nak tune balik waktu tido and waktu berjaga! Org tido, haku terbeliak mata..begitulah sebaliknya. Sapa yg biasa pergi melancong ke negara2 yg perbezaan waktu dia sampai 7-8 jam tu tahulah camne rasa hazab dan siksaannya. Masa tu rasa mcm TT ni tak wujud je kat rumah, pasal waktu siang TT melelapppp tanpa sengaja. Time Subuh ok je sbb sempatlah solat memandangkan waktu Malaysia jam 6 pagi, kalau di London baru pukul 11malam, lepas Subuhhhh hmm jangan kau carik TT lagik hahaha.

Actually tiket memang last minute booking, rasanya dalam 3 bulan sblm fly so price agak mahal jugak lah. RM2800++ seorang untuk return, TT ambik Emirates. Sebenarnya ada yg cheaper mcm Thai Airways, Oman Air, Qatar dan Etidah tapi timing tu tak baper sesuai and available seat terhad masa kami booked, risau pulak kalau ada yg tertinggal naik plane lain, hehe. Survey punyer survey akhirnya kompon booked Emirates dgn waktu transit cuma 4 jam lebih. Ikut hati ku nak transit 24jam so boleh round Dubai tapi bila gi ramai2 kene dpt consensus semua orang jugak. Lagipun kami travel plus budak2 and warga emas jadi nak berjalan tu agak terhad, maybe next trip kot (perghhhh angan2 tu percuma kannnn). Nak booking pun satu masalah besar memandangkan TT memang takde CC since 10years back. Yg ada CC pulak limit 5k je mana nak lepaih beli 2tiket oiii. Try guna maybank debit card visa pun x lepas sbb sama je limit 5k sehari, cuma yg bestnya bila guna visa transasksi tu free takde extra charges ye kawan2. Memang haru jugak time ni dok mikir xkan ler nak booked 2 tiket je sehari and semua urusan booked tu TT pulak yg kene manage (ala2 agen kononnyaaa). Last2 TT cuba guna cimb debit card (mastercard) itupun sbb cusomer service maybank bgtahu guna mastercard limit 10k. Ko tahu, ku call service centre malam2 okeyy kul 10.30kot sbb rasa cam nak giler xleh booking tiket! Tapi slps call tu tak terpikir lagik yg cimb guna mastercard. Tah mcm mana esok kat opis baru idea timbul nk booked guna cimb. Laaaa parokkk betul.

Alkisah kami guna 3 acc cimb memasing di kalangan yg pergi tu at least sekali booked dpt 3 tiket terus lepas kihkih. Pasni dah bijokkk sikitlah kalau nak membooking. Sblm ni dok uruskan tiket Kashmir je sekali booking x sampai pun 5k utk 4tiket. Jadi TT rasa ini pun satu benda baru lah TT belajo, pahni takyah kecoh sekampung carik CC sampaikan satu taman ko tahu ko nak gi London, mengundanggggg sgt!!!! Chaittt. Or else yang ada CC tu selamat ler kot nak beli2 tiket berbanding yg takde CC cam TT ni. Errr lupa nak bgtahu, mastercard ada charges ye kalau buat transaction online dan boley tahan gak chargesnya tu, utk sekali transaksi dia cas RM137 lebih kurang. Cuma pelik dan anehnya masa beli tiket kali ke2 guna acc TT website tu x cas pulak and the bad side was tiket tu bukan tiket TT kalau tak selamat la aku takyah bayo charges, nangisss jap!.

Dipendekkan story, bertolaklah kami ke London dari KLIA pada hari Selasa (9/10/18) dgn penerbangan Emirates jam 7.20mlm ke Dubai. The best part was tak ramai wehh dalam kabin, TT boleh jalan2 duduk merata tidor mcm atas katil (tapi kat kabin ekonomi je ler). Fleet dia besar standard ler airbus kot, 2 tingkat (TT merayap gak kat belakang usha tangga naik atas hahaha lupa ambik gambo). My sister siap mintak extra gift yg budak2 punye tu nak bawak balik. Diaorg bagi banyak weii so untung klu bawak kekanak riang nak Emirates, kumpul 4x toys sebab kita naik 4kali kan. Macam2 lah dapat pensel warna, sling bag, plush toys, stationeries etc and setiap kali boarding kita akan dpt yg berbeza. Tapi untuk yg bawak kanak2 je la, mcm  kitaorg ni sbb xde org sgt dlm flight maka merasalah dpt toys. Makan? Sedap jugak, tp kalau naik MAS ko lagi makan banyak tak hengat kottt. Cuma penerbangan MAS agak mahal and direct ke London, agak kebas dan kejung dalam flight 14jam. Thats why kami ambik half-half and sbb tu jugak tak ambik Thai Airways. Ko bayangkan aaa, ke London tu 14jam kot, and baru sejam lebih ko kat udara dah nak transit kat Bangkok. Then ko sambung lagi perjalanan 12jam dlm flight! sewrupa mcm tak rest je gitu. Jadi pada sesapa yang decide ke Europe korang boleh amik Qatar, Oman, Etihad or else Royal Jordan. Kalau korang jalan2 dgn member blh ambik transit 24jam or lebih kat Dubai sbb korang boleh jalan2 keluar airport TANPA VISA! Best ke tak best???

Ni TT kongsi sket lah picture kitaorg dari time pergi sampai ke airport, masa pergi maybe korang perasan muka memasing lawo ler sikit. Tapi bila dah smpai Dubai dah macam sawi layu, smpai London lagilah macam sawi kecut yg 3 ari letak kat luar tu!


Beg kami nak pergi, beg tu 3 masuk kargo dan 1 bawak kabin takut la mana tahu luggage delay ke hilang ke ko ghase nak pakai baju apa nanti? Kira standby lah 1 bag utk apa2 circumstances. Nak bagi tahu beg hijau tu semua MAKANAN, aishhh takut kebuluran kat London kottttt kahkahkah.


Ok masa ni muka fresh lagik, maklumlah baru nak depart...Ececehhhh

Layan je lahhhh, ni masa balik sebenarnya hihi


Inflight entertainment dalam Emirates ni memang puas hati. TT habiskan masa nonton Korea!!! Kahkahkah


Setiap kali boarding pramugari cantik manis akan bagi korang sekepin kad menu cenggini. Jadi korang blh pikir dulu nak makan apa (alahhh 2 jenis je pun dia kasik pilih). Tapi kalau korang sejenis cam kakak TT awalaupun 2 jenis dia punye fikir kejap2 berubah, kejap2 nak makan nasik satgi makan roti pulakkk kikikik


Noodle ni serius SEDAPPPP!!. Balik malaysia rasa nak masak cenggini. Simple je tapi sedap lain macam ke sebab perut lapar?? Roti tu biasalah standard mat saleh keras, sejuk gedi hahahaha


Hari 1st ke Tesco lps mandi manda kat apartmen. Aku tak sampai ati nk tunjuk muka sawi busuk aku kat korang! Tesco kalau di London bersepah, tapi jangan bayangkan mcm tesco besau2 kat taman depan umah korang tu pulak. Kecik2 je Tesconya, nama pun Tesco Metro atau Tesco Express. Kalau beli di Tesco diaorg galakkan bayo sendiri kat kaunter, kecuali korang guna duit besar 50pound mmg kene gi que kat kaunter yg ada cashier. Sebab semua mesin duit kat London xleh terima duit 50pound, kalau korang pernah tgk korang tahu lah brape punye lebar saiznya kannn. Gi tesco korang bawak 10pound cukup dah nak beli belah 2 plastik jinjit kat tangan hihihi.


Comments

Popular Posts