Travelog ke Kashmir Siri 3

Ok kita sambung balik story selepas sampai di rumah air kami...time ni klu x silap dalam pukul 10am waktu India (kat Malaysia dah tengahari tau), patut la perut masing2 lapau yahamatttt. Makan nachos dlm AA 8 jam yg lalu x dpt menyelamatkan kekeroncongan perutku. Lps dah pilih bilik masing2, saya punggah bag carik 3in1 nak bancuh, skali laaa kettle pulak xdok. adoi jem jap memikir. nak x nak togok je lah air mineral yg ada tu plus mkn chips sementara tunggu bekpes kami siap. Sesambil tu kitaorg lepak kat living hall borak2 dan tunggu team yg lain sampai sbb ada bbrp org yg naik flight berasingan dgn kami utk ke Srinagar.

Bila Mr. Cook panggil bgtau food dah siap perghh meloncat memasing larik pi dining haha. giler lapar wehhh, ini jam x toleh dah kiri kanan capai terus roti depan mata. Walau roti tu keras bukan main dia bakar tp layankan je kah, masa tu rasa.betapa nikmatnya makan. lps 2 keping masuk perut baru sedar ehhh kerasnya roti! aduhaii lucu betul. Utk makan, kami join sama2 dgn team dr houseboat sebelah, so tiap kali waktu meal we all akan makan ber9 lah. sbb boat sblh kecik ada 2 bilik je.
 


Waktu sarapan, heaven giler dot mkn roti keras tu. Dah lapau, semua boleh!Muka kenyang puas ati, hihi.
 
 Time ni pestime kami dijamu dgn KAHWA TEA, signature tea org2 kashmir. Teh ni campuran dia buah pelaga, cinnamon dgn cengkih klu x silap. Taste not bad, sedap dan segar utk badan. Bab teh ni i ols boley terima kat tekak. Kashmiri tea mostly mmg ada flavour cuma bezanya diaorg gunakan rempah bkn buah2an mcm biasa kita beli di cameron or pasaraya. Ada pelbagai flavour dijual, paling mahal kalau yg add on saffron. korang pun tahu kan safron ni mmg sejenis spesis yg super mahal klu di psrn, pelik gak mula2 tp bila tgk balik.mmg patut lah mahal sbb dlm 1.kuntum bunga cuma ada 3lai je safron tu yg blh digunakan. so utk dptkn 1g safron, baper kuntum bunga ko ghase?
 
Jadi sesudah selesai menjamu perut, kitaorg sambung balik gosip2 dan berkenal2an. Masa ni Mr Cook dah bagi wifi kat hall apalagi masing2 menghadap henpon mcm nak telan gayanya. khusyuk weii. Time ni je blh wasap family, call etc. Rasa mcm diberi nyawa . Bila penat update, memasing layu...then only rasa ngantuk sumer ada. yelah perut pun dh kenyang kan. Dptlah lena jap dlm 20mins.  Bila bangun tgk lunch pun dah tersedia, waaa nanpak sedap. Rugi saya x snap lauk pauk lunch kami. Di Kashmir makanan mereka x jauh beza sgt dgn Indian food cuma xdelah kari sgt mcm kita dok imagine kat mamak tu. Apapun depa masak sedap, kalau ada sambal belacan lagi sedap kot hihi. Tak ingat pulak nk bawa sambal dr Malaysia, lgpun sy x ambil luggage jd risau pulak kot kene buang nnt. itu salah satu sebab juga. So next time if nk pergi korang share2 amik luggage utk isi food, sy suggest bwk sardin, cili, sos cili, kicap (bg pencinta kicap mcm saya). Di kashmir dan Delhi saya x jumpa sos cili, asyik ketchup je dia bagi. walhal.cili kering byk dtg dr India kan?
 
Seusai solat kami bergerak ke.seberang dgn menaiki shikara, van dan tunggu siap2 utk bawa ke destinasi seterusnya iaitu Nishat. Ekceli pi taman bunga je pun. cuma.yg x best cuaca terik betul masa ni, rasa tak.ghairah nak.berjalan pusing taman yg besau. kami dibawa ke 2buah taman, tapi bg saya jauh lagi.indah regents park atau hyde park di London (sebab sejokkk haha). Lagipun masa ni ada contruction, diaorg keringkn air dalam fountain, itu dh mengurangkan keindahan taman juga. Nasib baik kami x lama kat taman, boley terbakar kulit. Selepas habiskan masa di taman kami return ke tasik utk aktiviti Shikara Ride pusing2 di Dal Lake. Yg ni best, pusing satu lake layan angan2. Dgn badan letih, ditiup pula angin sepoi2 bahasa. Boleh lentok dibuatnya. Cuma yg potong stim bila bot2 penjual dtg menyebok, kita ni.nak menikmati keindahan depa nak menjual. Pesan saya, boleh je beli.dr diaorg cuma korang kene pandai.bargain dan survey price. sy sempat beli keychain dan beg dari diaorg. Harga berbaloi juga sbb klu tak stay bbrp hari di boat korang akan ssh.nak jumpa depa semula. Kat kedai2 ada gak jual, pandai2 carik dan survey. klu jenis malas meronda elok beli siap2. 1 keychain blh dpt dlm 25-30 rupee. ada yg mahal sikit tgk design. so tepuk poket, check tebal ke idok.
 
Mcm saya, mmg bkn jenis shopping jd sy cuma bawak rm1k je ke sana dan sy bawak balik dlm rm200 x belanja. itupun lps sy beli tah pape kat airport sblm blk Msia, if not lg bym kot bawak duit pulang. hihi...
Shikara ride kami berakhir lbh kurang jam 5.30pm, hajat nak ke town tp pakcik shikara ckp diaorg last kerja pukul 7. Alamak xkan nak blk.berenang pulak kan, potong lagik . Maka berkayuh la kami ke sarang (ewahh pakcik tlg kayuh kan sbnrnya)sambil makan eskrem walls cornetto perasa butterscotch. Lain mcm sedapnya eskrem ni..siyess weiii. hihi. harganya 50rupee, dlm RM3.30 la duit kita. Malam???Apa story malam ni....jeng..jeng...jeng...korang tunggu siri seterusnya (ala2 sinetron setahun pun x habis episod).
 
 
Panas terik di Nishat waktu ni, tamai juga org local yg dtg
.
Anak kashmiri suka bergambar, bila diberi duit ir mknn mereka tak mau. Tp saya bagi juga chipsmore utk share dgn kawan2
 
punyer luas, klu sakit lutut dinasihatkn xyah pi smp hujung. Dikhuatiri nangis nak patah balil
 
Living hall houseboat kami, indah? Mewah? Haha...best kan
 
Ini bilik lelap saya dan k.nora, bilik paling depan. Senang klu pape jd leh cabut awal..hehe
 
Penting! Toilet bersih dan selesa. Alhamdulillah
 

Mr. Cook tgh hangatkan teh kot. Ni bkn dapur tp pemanas yg sgt panas. Pinggan depa buh situ utk keep warm soy bila mknn letak atas pinggan tak cpt sejuk. Kan di sana cuacanya alwiz cold...satgi nasik panas jadi mcm nasi semalam.
 
Lawa tak saya...ehhh tershashul lak. Lawa tak view blkng tu? Magnificient klu korang tgk in real,  nak nganga mulut luas2

 
Satu word je boley describe, TAKJUB. thats it....
 
Bhaiyaa ni lah dok kasi bunga free kat kami. Bukan apa, dia jual biji benih. Madalahnya bhai, klu sy beli bunga tu mcm tak mampu hidup subur spt di Kashmir. Nnt sakit plak ati kita kannnn, baik xyah beli

Comments

Popular Posts