KALAU TEKAK ORANG KAMPUNG..APA NAK DIKATA

Haiii betul kata pepatah org tua,

"Hujan emas di negeri orang”
“Hujan batu di negeri sendiri”

Lebih baikkk negeri sendiri..hihi

Cukuplah 10 hari merantau ke tempat orang, tempat sendiri jugak yang terkenang-kenang. Lagi2 bila setiap hari disaji baryani, rolls, paratha dan.adik beradiknya....tekak seakan tak.mampu lagi nak menerima. Nasib baik ada sorang kawan bawak bekal sambal ikan bilis. Perghhh goyang rasanya seminggu tak jumpa cili padi, rasa mereng jap bila lidah tak tersiutt siutt kepedasan.

Kalau dah tekak kampung tu, yg terbayang kat mata nasik panas curah kicap kipas udang lawankan dengan telur mata goreng lembik2. Hadoiiiii...pastu tenyeh dgn cili api potong. Rasa menitik air liur tgh menulis ni.

Peliknya, cili kering kalau x silap diimport dr India tapi saya belum jumpa.sos cili selama di India. Ehh diaorg tak makan cili ke. Semuanya dihidang dengan sos tomato. Hanya mengharapkan pedas dari rempah yang digunakan. Tapi mana nak sama dgn pedas dr cili. Kalau kene stay lagi sebulan sy boleh sasau ni tak jumpa cili api..hehe.

Maka, sebaik tiba di Malaysia sy tak.sabar nak.masuk dapur. kalau nak tahu hari pertama di rumah menu saya cuma nasi panas, telur mata.goyang sy curahkan dgn kicap dan cili potong. Perahkan limau kasturi sikit. Utk suami, sy masakkan hati masak kicap berempah peberet dia. walaweiiii rasa sorgaa sgt dpt makan simple macam tu. Meh sy share pulak resepi AYAM MASAK TAUCU yg sy buat last week. Sedap dan.sesuai utk org tak baper rajin mcm saya. Ada protein dan sayur skali siap dlm 1 menu...guna pakchoy je. Bahan refer dlm pic (nak pedas tmbah cili byk2). Jgn lupa masukkan pati asam jawa sbb taucu ni sedap.klu masam2 pedas gitu. Ayam dah kunyit garam, goreng siap2 ikutlah nak garing macam mana.

Memang layannn makan ni saje, xyah lauk lain dah.

Comments

Popular Posts