BISIK BISIK:BISIK PADA LANGIT
Ya ampunnnnn, hehe. Baru beberapa hari tinggalkan bumi Malaysia, macam2 berita kita ketinggalan. Tak lupa juga filem tular yang dikongsi ramai pengguna FB. Bila asyik lalu di wall, dari rasa biasa2 kita boleh terpengruh menyebabkan keinginan nak menonton tu membuak-buak. Lebih lagi bila incik suami ajak2 ayam untuk.tonton. chewahhh 😂😂
Asben saya bukan org yang suka habiskan masa berjam dalam panggung. dari zaman berkawan dulu smp lah sekarang, dia kata rimas dan lemas duduk dlm gelap. haishhh apa lah. Tapi kali ni dia pun ‘tergoda’ sama dengan iklan berulang kali oleh produksi di tv.
Akhirnya, kami pergi juga menonton, tak jauh pun cuma di TGV Aeon.Rawang. Dia belanja saya tapi saya kene tlg beli online. Ok xpe small matter je tu. Memandangkan malas.nak que dan dah x trend lagi nak beli tiket di kaunter, maka sy usha tiket online yg ada. Rezeki! Tinggal dua seat di tgh2 row D. Kira aras bawah juga tapi oklah drpd row yg lagiii bawah nak mendongak. Terjebak juga kami dengan filem yang diadaptasi dari sebuah novel karya Siti Khadijah ini😁
Apa respon spnjang tayangan? Tak pasti, cuma rasanya org kiri kanan masing2 tahan air mata. Berbekalkan popcorn caramel hollywood tu, x sedar tayangan.habis popcorn pun habis. Alah rugi pulak beli 1 je. hehe. Plotnya simple je, mengisahkan kekalutan seorg ayah yang x cukup duit utk ambil jenazah anak.kesayangannya di Australia. Cerita berkisar ttg double.standard atau pilih kasih seorg bapa trhadap anak2. Hinggakan, dek kerana ketaksuban si.bapa hingga menyebabkan wujud perasaan dendam dalam diri adik bongsu. Selebihnya, kene lah gi tonton.dan nilai sendiri.
Filem ni x berat sgt utk ditonton.seisi keluarga. Malah isu yg diketengahkan juga sesuai utk semua peringkat umur. Bagus juga kerana dah lama tiada mana2 pengeluar filem yg berani mengangkat isu kekeluargaan utk ditayangkan di pawagam. Salute to Kabir Bhatia atas usaha beliau. Memang, mungkin genre sebegini kurang menjadi pilihan anak muda menontonnya tetapi content cerita ada moral utk dikongsi bersama.
Jadi kepada semua ibu bapa, berlaku adillah dgn anak2 kalian. ada antara anak yg bijak, yang kurang bijak, yang petah, yang pendiam, yang cantik dan yang kelam...mereka semua adalah ANUGERAH dan ingat mereka cuma PINJAMAN. Satu masa mereka perlu ‘dipulangkan’. Selagi mereka bernafas, sayangi dan kasihilah mereka semua.
Comments
Post a Comment