CHAPATI IN DA HAUZ





 
 
 
Amboiiii mesti ada yg cakap baru balik India pun nak makan capati lagi ke???? Ahahaha sebab kat sana tak makan pun capati, pasal xde sambal sardin. Haa jadi mood kita jetlag2 ni cukuplah masak yang simple tapi kenyang. Kebetulan sungguh memang ada sepeket tepung atta dalam stok, apalagi zasss zasss kita buat CAPATI & SAMBAL SARDIN PEDAS KAW KAW.

Resepi capati ni saya belajar dari cikgu di pejabat, dia pernah buatkan kami capati utk makan2. Disebabkan capati saya tak pernah nya sedap, maka sy ambik peluang keemasan tu nak tgk cara mana dia uli capati. Alamak, memang tak susah pun kejap ke siap dah boleh makan dgn bahagianya. Hihi, tak percaya ke??? Mohon percaya la u olssss....GERENTI LEMBUT oiiiiii silap2 kalah mamak bistro kat umah korang tu. Jom cek apa bahan2 Capati tu (gambar turut says sertakan supaya mudah paham).


BAHAN CAPATI:
Tepung atta
Air suam
Ghee
Minyak masak


CARA-CARA:

Satukan tepung dgn ghee, klu guna secawan tpung atta then boleh la add on dlm 2tbs ghee. Yg ni bukan ada sukatan tepat pun, agak2 je. Jgn byk sgt letak minyak sapi sbb nnt terlalu berasa kat capati tu x syok gak. Lagipun kita akan add on minyak massk so satgi tambah oily pulak. Korang gaul2 jadi mcm crumb. Pehtu masukkan la ais suam sikit2 dan tambah dlm sesudu besar minyak masak. Uli smpai lembut. Klu ada mixer lagi cpt keje korang. Putar je...siap!

Xyah nak perap2 tepung bagai, terus bulat2 besar bola ping pong. Kasik lenyek (part ni susah, sy bust x jadi bulat..tah nape lah penyakit hihi). Tapi its okkayyyy, kalau lonjong pun tetap sedappp dimakan. Bila dh selesai meleperkan dia, panaskan pan..makesure betui panas dan zasss letakkan capati atas pan. Korang akan teruja tengok dia naik gelembong2 gitu, kompem la lembut sbb ada udara masuk. Sy suka mkn dgn sambal sardin, korang blh je makan dgn kari kalau nak.



Sardin sy goreng dulu, salut tepung. Klu xnak salut pun xpe, just goreng la kejap spy ikannya x lembik. Tak mudah hancur, x licin. Daging ikan tu jd firm je dan lagi sedap makan.


Ni bahan capati, senang kan?






Bila dah masak, blh simpan dalam bekas termos makanan tu kot nak tahan sikit panasnya. Tapi saya tak simpan lama, kalau sekali buat tu blh habis dlm mass sekelip mata je. Kalau family besar, uli lah banyak sikit ye. Utk resepi ni dpt dlm 4 keping je, x banyak so mmg sekali hadap terus lesappp tinggal pinggan ksong. Ehehehehe.....

 
 

 

Comments

Popular Posts