Moh Ngeteh Giatmara




Pada 11 September 2017 saya berpeluang organized acara tahunan agensi2 di bawah KKLW, program MOH NGETEH. Ekceli program ni diperkenalkan oleh YB Dato Seri Ismail Sabri selepas beliau mengambl alih portfolio di KKLW. Tahun lepas saya sambut di HQ dengan kawan2 tapi tak terlibat secara langsung dengan persiapan. Jadi tahun ni saya overexcited nak sambut. Lebih-lebih lagi kali ni kami akan sambut di GM Kuala Lumpur. Lepas berbincang dgn semua staf kami putuskan untuk buat makan2 di timgkat 5, ala-ala Korea makan atas bumbung! Kami diskus sekejap je hari Khamis dan selebihnya bimcang dalam wasap. Nasib lah semua orang sporting, kalau tak adoiii fening jugak. Bagi menjimatkan belanja saya combinekan both center di bawah jagaan saya kami celebrate sekaligus. Tak dan lah nak sambut dua tempat kan.

Makanan kami lebih kpd potluck, ikut kelas masing-masing. Ada yg bawak bihun, buat roti, sandwich, bawak buh-buahan dll. Saya buat cekodok je, itupun terpisat-pisat mata bangun subuh adam dan menggodek cekosdok. Sadisnya, tepung lak tak cukup dan telur xde. Nasib baik kat ofis ada telur ayam, hayun je lah. Pelajar seronok la bila acara makan-makan, maknanya dah jimat belanja kat situ. Staff pun seronok juga sbb acara macam ni boleh rapatkan ukhwah sesama kita. Dulu bos saya selalu pesan, sekali sekala ajak staff sama2 kumpul dan makan togeder geder. Dia kata, sikap seseorang berbeza ketika dia makan dan ketika buat kerja dalam pejabat. Kalau mampu makan di luar lebih baik, tapi kalau tak dapat buat je di pejabat pun ok. Asalkan boleh duduk semeja.

Paling terharu bila cikgu dan pelajar sanggup datang hari minggu untuk siapkan photobooth yang Cantik dan Menarik sgtttt, Ya Allah sesungguhnya saya sangat bersyukur dikurniakan dan dikelilingi oleh insan2 hebat. Mereka DIY je guna bahan terbuang dan bahan sedia ada sbb saya kata kita jangan membazir beli barang yang tak perlu. Kalau beli utk makan xpe, hehe. Yg ni saya selalu ingat pesan arwah mak, dia pantang lah membazir sbb kita bukan org senang, nak dapat duit tu susah. Tapi kalau bab makan arwah mak memang tak kedekut dan pemurah cuma tak sampai tahap membazir. Kalau ada duit ke, xde duit ke mak akan cuba sediakan makanan yang sedap untuk keluarga terutama bila cucu balik...ehehehe. Oklah bebel je kan....x habis ooo klu nak cerita.

Nah sila jamu mata dgn menu dan gelagat kami.


Sibuk masing-masing menyiapkan roti dengan kak long lawasan, hehe


Si comot ni dulu pelajar di GM Kepong. Namanya Aqilah, tak tahu lah kenapa panggil comot, kalau comel kan ok tu

Rajin anak dara, blh buat menantu ni. Hihi


KAMI GIATMARA!


Menu kami, makan sampai petang!

Nasi Lemak RM1 drpd #nasilomaklamak. Recommended utk korang beli, beli byk diaorg delivery free je

1, 2, 3 Action! Pengarah pun sporting berposing sekali.


Mami nak juga ambil gambar dengan anak-anak ni haaa. Amboiii Faiz depan sekali, bkn main posing lagi


Comments

Popular Posts