Bila terjumpa khazanah lama
Aiii nak senyum pun ada bila belek-belek dalam folder
gambar lama-lama. Salah satu benda yang paling saya suka buat bila bosan, saya
akam scroll la folder yang tahun 2008 ke atau sebelumnya. Satu keburukan saya
ialah tak suka pi 'cuci' gambar kesudahannya banyak koleksi yang hilang begitu
sahaja. Serius sgt banyak! Especially pic dengan kawan masa bujan dulu. Mana
yang ambil guna digital camera memang hancussss, paling sayang ialah pic
beronok-ronok di Terengganu meraikan bachelor day saya. Aduhai, mana lah nak
dikorek lagi. Habis semua kene virus. Sakit hati betul.
Sebab tu sometimes sy suka uplod ke data pesbuk je sbb
apa hal senang boleh retrieve semula kan. Mungkin ada org kata elehhh itupun
nak haplod, tapi itulah salah satu penyelesaiian yng ada selain simpan dlm
cloud/drive. So, jangan lah bosan bila banyak post bergambar hehe. Kadang nak
menulis di blog tak rajin mana, itu yg post je di pesbuk walau tanpa ayat2
manis leting nak dibaca.
Tapi pic yang ini memang lejen, gambar diambil masa
kenduri kawin anak buah saya yg sulung. Sekarang anak dia dah nak masuk 5 org!
Kami? Masih berdua macam dulu kala. Allah tak bagi rezeki anak pd kami lagi,
saya pun malas nak fikir nanti jadi tension. Orang keliling pun malas dah nak
tanya kot, cuma biasalah makcik yang tua-tua je yang dok tanya kenapa? Haha,
kalaulah anak tu sesenamg mcm pi shopping kat supermarket, sekarang gak kami pi
beli ye..so makcik bawang nak tanya boleh tapi jangan tanya KENAPA. Silap
penggunaan soalan tu, sebab yang nak menjawab pun susah bila soalnnya KENAPA.
Cuba ubah sikit teknik bertanya supaya yang ditanya pun bertenang je nak
menjawab. Tak gitu???
Ahaaa, klu cerita bab anak kang tak habih pulak. Saya
fikir positif je, kurang2 esok saya takde nak menanggung menjawab di hadapan
DIA bila disoal ttg tugas dan tjawab sbg ibu bapa. Kat dunia je lah perit sikit
nak mengadap manusia tapi takpe sbb dunia ni tak kekal. Cuma jika Allah beri
rezeki, alhamdulillah syukur dan terima seadanya. Jika ditakdirkan takde, hidup
juga perlu diteruskan. Mudah2an diberi kesihatan supaya tidak menyusahkan ahli
keluarga yang lain, yelah kita makin tua dari sehari ke sehari bukannya makin
gojes...ehehe.
Dulu dan Sekarang tak beza mana, saiz je kot bertambah lebar. Yelah, sejahtera katakan |
Alahai, terasa sekarang dah tua. Hihi |
Hobinya masih sama, cuma lebih banyak dipraktis dalam bilik air je |
Azim yang comel, agaknya umur dia dlm 3thn masa ni. Suka ikut kami jalan-jalan. |
Budak kecik di lautan manusia, sanggup ikut sbb nak tgk Moto GP |
Comments
Post a Comment