MARATHON MACARON
Salam manis semua..
Letih!!! Itu je yang bermain-main di fikiran saya pada masa ni. Bayangkan...lepas balik keje hari jumaat saya terus berkejar ke bakery. Rasa macam x cukup kaki dan tangan memikirkan kerja-kerja dan perancangan yang saya nak buat. Ni semua gara-gara saya kena ke Sarawak esok. Aduhaiiii,letihnye badan!! Kalau boleh tolak...rasa nak tolak tapi apakan daya semua pun kena pergi so...telan ajelah. Hasilnye, setelah dua hari berkampung di ala-ala wisma ZAS BAKERY tu dapat lah saya menyiapkan 2 biji kek (kek gitar dan kek choc mousse), macaron dan 2 jenis biskut. Fuuuhh...marathon sungguh. Kiranya kaki dan tangan saya mmg fully utilize betullah minggu ni.
Kalau nak tahu, baju pun saya x berkemas lagi nih. Jiwa tu takde nak ke sana. Hmm..selalunya kalau macam ni alamatlah ada barang yang akan tertinggal. Haa tengok, en suami dah lena. yelah dia pun ala-ala kuat bekerja jugak minggu ni. Tapi yang herannya, kalau gi meeting ke sana ke sinun bukan main lagi sanggup saje di redah onak dan duri. Mata ngantuk pun jadi tak mengantuk..eiii pelik betullah. Kalau saya, sanggup saya cipta pelbagai alasan supaya dapat mengelakkan meeting yang entah apa-apa di hari cuti. Layan mata dan hobi laaaagi bagus!! Tapi mungkin jugak hobi dia bermeeting kot..iskk
Oklah, di sini nak kongsikan gambar-gambar macaron saya. Ada yang terletak, ada jugak yang menyembah bumi. Mana yang rongak, cepat-cepat saya hadiahkan ke tekak...sayaaang kalau buang...membazir you!!!

Comments
Post a Comment