Puff Pastry Inti Epal

Salam manis dan salam sayang pada semua bloggers,

Dah beberapa hari saya tak berkesempatan nak update blog tercinta ni. Alhamdulillah..malam ni ada sedikit waktu senggang yang sekaligus memberi sedikit ruang untuk saya jadi 'tukang karut' tak bertauliah..hehehe. Ekceli ada beberapa gambar yang masih kemas tersimpan dalam kamera dan juga henpon, menunggu waktu untuk di edit dan di upload ke laman maya. Cuma yang tensennya, lately BB dah cecah kuota maksimum jadik faham-faham lah tahap kelajuan yang semakin perlahan tu menyebabkan saya jadi letih dan malas nak membuat apa-apa aktiviti melibat internet.

Ini pun kebetulan saya berbengkal di PD, jadik dptlah guna wireless network. Ehh tapi saya dah selesaikan kerja tau, barulah boleh buat kerja-kerja sampingan (oppsss). kalau nak tau, minggu ni dah hampir sebulan saya tak masuk pejabat. Asyik keluar masuk hotel dan turun naik belon sahaja. Letih??? Tak usah nak cakaplah...memang letih. Kiranya rehat di rumah cuma sehari dua sahaja (biasanya kerja luar saya memakan masa seminggu). Asyik keluar dan masukkan baju dalam beg je kerjanya. Naik muak juga bila terlalu banyak tugasan luar tapi apa nak buat...itu kan periuk nasi saya jugak so tak dapeklah nak kompelin banyak-banyak.

Dalam masa outstation tu saya berkesempatan singgah di dua pulau duty free. Haaa..apalagi projeknya kalau dah alang-alang singgah kan tentulah SHOPPING (sikap taboo kaum spesies saya). Taklah shopping apa pun, cuma beli cokelat, beberapa pasang kain untuk ole-ole, mutiara (alang-alang ke pasar malam di Kota Kinabalu) dan perfume kegemaran saya!!! Antara dua pulau duty free ni, ada pro and kontra nye...disebabkan saya baru je melawat kedua-dua tempat jadi saya dapat membezakan harga barang-barang di sana. Rasanya sebelum raya nanti saya nak juga ke Langkawi untuk menambah koleksi CORRELL di rumah. Rambang mata dibuatnye sebab kat sana kita boleh beli yang loose dan ada banyak pilihan yang menggunakan corak yang sama. Harga pun lebih murah dari di sini..apalagi kawan-kawan??? Kalau nak ke sana, pastikan bawak beg kosong sahaja..ada pelbagai pilihan penerbangan yang murah-murah direct ke Langkawi..AIR ASIA, FIREFLY dan MAS.

Ohh..cukuplah saya bercokcek itu dan ini ye...Akhir kalam, enjoylah sekeping gambar yang sempat saya snap selepas puff pastry ni siap. Gambar ni diambil masa puff masih panas-panas lagi tau. Puff ini saya letak inti epal...

Comments

Popular Posts