Friday, July 8, 2011

roti dan bun

Hmm...mengucap sungguh saya dengan pelbagai cerita dan berita yang kita dengari sejak akhir-akhir ini. Dengan kejadian jenayah yang tak henti-henti, bunuh sana bunuh sini, rogol sana..rogol sini..ishhh naik takut pulak nak ke mana-mana tanpa berteman. Saya pun jadi tak faham kenapa apabila teknologi semakin moden, manusia jadi semakin tak 'bertamadun'. Ada yang sanggup campak bayi dari tingkat 5...hishhh geram sungguh bila baca berita-berita sebegini. Seolah-olah manusia sudia hilang peri kemanusiaannya..haiwan pun tau sayangkan anak..

Semalam tengok 999, ada lagi review ttg kejadian menyayat hati yang menimpa arwah nurrahayu. Entahlah, layakkah seorang manusia apatah lagi seorang Islam sanggup membunuh saudara sesama agamanya...apatah lagi 'membakar' mayat nya??Itulah jadinya kalau kita hanya Islam kerana keturunan..langsung tak menjiwai Islam itu sendiri. Nauzubillah...mudah-mudahan dijauhkan dari segala bala bencana. Memang emosi betul lah saya bila ke pejabat pagi-pagi ni.
Tambah beremosi bila rakan-rakan membincangkan tentang kuih raya naik harga. Aduhai...bahan-bahan semua dah naik dik. Kami pembuat kuih ni macam-macam kos perlu ditanggung. Elektrik, air, bahan, pekerja etc. Kalau setakat kuih RM18-20 sebalang saya kira itu dah cukup berbaloi daripada nak singsing lengan sukat butter/merjerin, tepung dan lain-lain. Dah tu nak kena kemas dapur lagi...kalau ada anak-anak yang tolong 'kemas' lagi haru biru dibuatnya. Hmm..kalau oven comel???apa macam??berjam-jam lah nak tunggu satu adunan siap dibakar dan disimpan dalam balang...hehehe..tapi kalau ada yang sanggup tu kira ok jek. tepuk dada tanya selera...tepuk poket....tengok isi???Oklah..banyak lah saya membebel pagi-pagi ni, tak baik untuk kesihatan. Jadi untuk menghilangkan stress, moh la kita layan gambar bun-bun yang sempat saya snap.



0 comments:

Post a Comment

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.