Tuesday, April 26, 2011

Selamat Hari Lahir

Salam manis semua..

Wahh..malam ni saya rasa begitu teruja nak menulis blog. Bukan apa, kebetulan ada sedikit masa terluang terus saya capai 'buku mac' kesayangan saya ni. Almaklumlah, kalau siang dia ditinggalkan kesepian di atas meja. Maka, bila malam menjelang barulah berpeluang nak bermanja-manja dan dibelai-belai asyik oleh tuannya.

Aduhai..sekarang ni musim hujan dah bermula. Tiap-tiap petang gegendang telinga saya begitu cekap menangkap bunyi guruh di luar. Saya ni duduk dalam bangunan sepanjang hari, entah panas entah mendung pun kadang-kadang tak perasan. Terpaksalah guna deria mendengar (nasib baik sound masih ok). Ohh teringat pulak dulu-dulu sewaktu di kampung, hujan adalah masa yang dinanti-nantikan. Seronok betul kalau hujan waktu balik sekolah kebangsaan sebab ada can nak ponteng sekolah petang (sekolah agama). Waktu itu memang seronok, berbasikal meredah hujan, biar basah kuyup lagi bagus...ada thrillnye. Bukan apa...cari alasan nak demam. Tapi demam dulu-dulu x perlu cari mc pun takpe..cukup berbekalkan sehelai surat yang kadang-kadang kertasnya dikoyak dari buku rampaian sekolah...dan tandatangan mak. SETEL masalah!! Arhh indah betul zaman itu...

Bila dah basah kuyup, sampai kat rumah saya akan masukkan basikal ke beranda. Mak akan bergegas carikan saya tuala dan baju kering. Katanya kalau masuk rumah pakai baju basah nanti banyak tikus. Walhal..memang cik siti tu dah berumahtangga bersama kami sekian lama (almaklum...rumah kampung sukar nak elakkan tikus), baju basah pula yang disalahkannya..hehehe..Kalau hujan terus melebat....hmm memang confirm mak saya yang bagi cuti. Sebab kami takde kereta...kalau hujan, memang bermasalah nak ke sekolah. Tapi kadang-kadang potong stim bila jiran sebelah baik hati pulak nak tumpangkan saya dengan anak-anaknya ke sekolah. Haii...melepasss tgk OSHIN!!!

Kalau dikenang, dibelek dan diingat semula semua itu saya sendiri tak pernah terfikir pada hari ini saya akan jadi seperti hari ini. Membuat kek?? Memang x pernah terduga sebab masa kecil saya, perkara yang paling saya tak suka ialah menolong kerja dapur. Biskut, kek dan segalanya bagi saya menyusahkan dan remeh. Mungkin sebab dulu-dulu semua guna manual. Benci sungguh bila disuruh mengocak telur untuk buat kuih bahulu!!! Takpun kena take turn untuk jaga waktu membakar biskut...kalau guna oven ok jugak. Ini guna tatung (x taulah kalau u all pernah dengar nama benda ni), ishh silap teknik terkena kat pergelangan tangan..lecur tu. Haii..tapi itu semua jadi suatu memori indah untuk saya dan adik beradik. Saat seperti itu tak mungkin berulang kembali. Sekurang-kurangnya saya pernah merasa betapa indanya zaman kanak-kanak tika membilang berapa banyak kuih raya yang mak dah buat sejak hari pertama puasa..seronok bila bercerita dengan kawan-kawan.

Pelbagai nama biskut..antara yang saya masih ingat biskut tat teratai, biskut suji, biskut marmar (sekarang org panggil mama carrie)..paling tak boleh lupa biskut RODA DUNIA yang berbentuk seperti roda. Mak sapukan warna hijau di atasnya dan ditabur gula. Biskut dulu-dulu ni kurang mementingkan rasa, apa yang lebih utama ialah kepelbagaian bentuk dan warna. Hehehe...Tak seperti hari ini, semuanya mesti lah sedap, rangup, lemak dan cukup rasa. Bukan setakat itu sahaja, kadang-kadang biskut dan kek dah jadi seperti hasil seni. Bukan sahaja mesti sedap dimakan tetapi cantik dipandang. Hai...zaman ah berubah, citarasa semakin tinggi bagi melengkapi gaya. Saya pun kenalah maju setapak dua untuk mengikut arus perubahan masa..

Jadi mari kita kongsikan sedikit hasil seni saya minggu lalu. Satu set cupcake bertemakan teddy bear. Jangan terkejut, cik teddy saya berwarna kuning. Oohh ini kan karya seni...beruang bukan sahaja berwarna coklat, malah boleh menjadi warna purple, pink waima belang-belang..erpulag pada citarasa yang order...so apalagi..jamu sajelah mata yea!!

0 comments:

Post a Comment

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.