Sunday, April 3, 2011

Happy Birthday Lil Aiman


Assalamualaikum dan morning!!!!!

Jam menunjukkan pukul 8 pagi...wahhh, bersemangatnya saya mengupdate blog. Hmm..jangan salah sangka, sebenarnya saya ada sedikit 'homework' yang belum selesai. Hari ni saya ada kelas dan kek-kek saya belum siap lagi difrosting. To make thing worst, frosting pun belum buat lagi. Adoiii...inilah akibatnya berpoya-poya menonton filem CUN malam semalam sehingga jam 1.30 pagi. Nasiblah..sendiri cari pasal kan..

Oh!! sedikit tentang filem CUN hasil karya Osman Ali (kalau x kenal, sila guna encik google), bagi saya oklah ianya satu bentuk hiburan ringan. So tak sakit kepala nak fikir kenapa, mengapa, bagaimana etc. Out of 10 star...saya bagi 6 macam tu. Cerita ni belum mampu menarik minat saya untuk menonton 2, 3, 4 dan kali-kali seterusnya..cukuplah sekali. Overall...not bad. Penampilah Faezah Elai banyak menyelamatkan jalan cerita dengan telatah yang selamba badak tu. Hehehe..kalau ada yang teringin nak menonton..silakan. Boleh bawak family (kitaorg tgk pun secara berjemaah...) sbb takde la adegan romantik keterlaluan dalam filem ni. Ala ok-ok gitu. Orait thats all!!

Sambung cerita hal kek Aiman. Hmm jenuh saya menyiapkan karya saya nan satu ini. Huishhh..bukan apa sebab buat pun sehari sblm majlis sbb nak kek freshly baked kan. Sebab aiman suka sangat Dibo saya cuba gaklah merealisasikan favouritenya iteww, hasilnya...terlahirlah Dibo2 ding yang x cumelll. Xpelah..asalkan Aiman tau itu Dibo (seriesss...dia kenal la itu dibo so kira oklah tu). Satu lagi..at his age (2 years old), Aiman dah kenal semua huruf ABC...numbers 1 - 9 and a little bit of Alif..ba..ta..jadik saya pun tekap sajelah huruf2 tu lekat kat kek..senang kan??? Hahaha...semalam masa bawak balik kek kat rumah...apalagi asyik nak 'BACA KEK' aje sbb penuh dengan alphabet and numbers!!! Soooo cute.

Inside, saya buat kek vanilla jek..layerkan dgn strawberry. Yelah fondant cake ni xleh nak fancy2 sangat dalam tu kang lembab susah..itupun keretakan melanda sbb umah saya ala2 mendung kelabu. Hai...cik fondant memang begitu, sangat sensitif sama juga dengan cik macaron. Soo...enjoy the cake!!! Tatataata...


0 comments:

Post a Comment

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.