SEMINAR MENDAHULUI AGENDA BUMIPUTERA

Ahamdulillah..

Dah hampir seminggu berlalu seminar di atas, bermakna itu kali kedua saya mengorbankan hari-hari cuti saya. Sebabnya??? Seminar dibuat pada hari Sabtu hingga Isnin. Tak mengapa...sebab macam pernah saya katakan sebelum ni, kita anggap sahaja program di hari cuti sebagai menebus masa yang dah dicurik waktu bekerja.

Apapun saya puas hati kerana terpilih menjadi salah seorang peserta seminar. Bertuahnya sebab saya berpeluang mendengar input-input penting daripada orang-orang penting juga. Almaklumlah, saya bekerja dalam institusi yang memberi latihan kemahiran jadi setidak-tidaknya saya perlu 'ambil tahu' apa yang sedang berlaku di luar sana. Aapakah halatuju negara kita..takdelah saya jadi macam katak bawah tempurung asyik bergosip tidak tentu hala kan?? Kurang-kurangnya bila orang bercerita tentang TEVT, boleh lah saya mencelah..

Antara semua penceramah, yang paling terkesan di hati saya ialah ceramah daripada Tun Dr. Mahathir. Saya tak dapat nak bayangkan macam mana situasi itu, macam mana perasaan saya. Apa yang pasti, walaupun Tun ucapannye santun dan suaranya lembut tapi seluruh dewan senyap dan sunyi. Hanya sesekali terdengar gema tawa apabila Tun membuat lelucon. Aneh..tapi itulah kebenarannya! Betapa karisma beliau sebagai pemimpi ulung masih disegani sehingga ke hari ini. Masa 2 jam berlalu tanpa terasa...saya rasa sebak dan hiba. Agaknya kalau suatu hari nanti dia pergi meninggalkan kita semua, saya antara yg akan menitiskan air mata. Walau saya tidak pernah berjumpa dekat dengan beliau tapi hati saya dirasakan amat dekat. Wawasannya tentang orang-orang Melayu dan Bumiputera amat tinggi, harapannya belum digapai. Di manakah kita mampu mencari pemimpin sebegini lagi??

Mungkin bagi anda yang pernah bersua dengan beliau akan faham apa yang saya cuba sampaikan. Saya bukan nak berpolitik di sini sebab saya memang tak minat tentang politik tetapi saya bercakap kerana saya Bangsa Melayu. Sayangnya bangsa kita, kalau kuasa pun kita tidak ada..apakah yang tinggal untuk kita??

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa

Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

Dulu di asrama, kami anak-anak Yayasan Selangor berkobar-kobar menyanyikan lagu ini tiap kali perhimpunan diadakan. Masa tu tak terasa pun bahang politik semasa, yelah budak2. Yang kami tahu kene nyanyi kuat-kuat penuh semangat. Berlawan-lawan kami antara putera dan puteri. Nak tgk siapa nyanyi lebih kuat. Bergema dewan besar asrama setiap malam Isnin. Hihi..seronok nye waktu tu.
Ada orang kata ini bkn lagu patriotik sebaliknya lagu propaganda. Entah, bagi saya lagu ini lagu yg amat bermakna. Kalau hati kita MELAYU, kalau kita sayang MELAYU..inilah lagunya...siapa yg kata propaganda tu rasanya mereka bukan lagi berhati seperti kita. Hatinya dah terbelah entah berapa...kadang2 senario politik semasa yang memperkotak katikkan hati kita. Siapapun yg memerintah mudah-mudahan mereka berhati KITA...supaya sayangnya masih ada pada KITA.

Aduhh..lebarnya muka ku

Bersama Tun yang disayangi..semoga sentiasa diberi kesihatan yng baik

Mencelahhhhh....

Comments

Popular Posts