Disney Clubhouse untuk si CILIK

maaf ye...mickey saya dah jadi superman..haaaaa..gara-gara fondant melintuk liuk sebab panasss....


Assalamualaikum....

Kali ni saya sajikan pandangan anda dengan beberapa keping pics cupcake yang ditempah oleh kawan ofis. Sebenarnya kek ni Ayu tempah untuk anak dara nyeee yang sangat shomelll iteww!!! (serius comell youu, tak tipu). Kata Ayu nak Disney Clubhouse..so aunty yang baik hati ni dengan segala kudrat mencari edible yang dimaksudkan. Malangnye, edible banyak gambo raya...almaklumlah tempah time aura-aura raya nak tiba. Adoii..last2 aunty jumpa si mickey dengan girlfrend dia and si daisy yang dah diceraikan suami (erkkkk....sbb donald takde pong dalam itu koleksi)...

adoiii sorry lah tau...nnt kita tunggu krismas ye..aunty confirm manyakkk gambar mickey dalam stok kedai bakery. Apapun feedback dari si ibu, katanya cupcake saya best. Alhamdulillah, tak tau mcm mana nak gambarkan perasaannya apabila hasil tangan kita mendapat pujian yang sungguh-sungguh. Hanya bakers sahaja yang faham kan???? Dalam hati mcm ada taman jekk....kadang-kadang nak sengih sorang-sorang pun iye jugak. Hihihihih...Apa-apa ajelah aunty ni, melalut tah ke mana. Oklah rasanya tu aje update yang nak share, insyallah sat2 gi leh update gambar dan upload lagi.

Ohh ye..untuk makluman kawan-kawan, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan rasminya hari ini merupakan hari ke -7 iaitu genap seminggu bakeri saya beroperasi. Maaf, kami belum lagi adakan sebarang majlis untuk rakan-rakan. Insyaallah kalau diizinkanNya, dalam masa terdekat nanti adalah jemputan menyusul. Kepada yang selalu menyokong kami, terima kasih yang tidak terhingga dari saya dan semua warga Zaz Bakeri terutamanya ahli keluarga yang tak jemu-jemu memberi nasihat, motivasi serta sokongan dari pelbagai aspek.

Gambar-gambar bakeri akan saya upload kemudian...belum ada masa nak pose. Haiyoohhh...

Comments

Popular Posts