Bun dan Donut

Posting ini pula saya nak kongsikan pelbagai jenis bun yang dihasilkan sendiri oleh ZAS BAKERY. Untuk pengetahuan semua, roti-roti yang kami hasilkan ini TIDAK MENGANDUNGI bahan pengawet....dan kami jamin ianya selamat dan boleh disimpan shelf life pada kadar 3 hari. Malahan, roti-roti yang dihasilkan juga menitikberatkan penggunaan bahan berkualiti tinggi, daripada tepung hinggalah kepada aksesori tambahan seperti walnut, kismis dan lain-lain. Di ZAS BAKERY, kualiti jaminan kami....bagi pelanggan yang pernah merasai sendiri keenakan roti ZAS BAKERY pasti mengakui kebenaran moto kami iaitu KUALITI TANPA KOMPROMI!!

Mayo Sausage Bun - bun yang enak berinti sosej. Dengan mayonis, sos manis dan oregano.

Bun bawang putih - enak kalau dimakan bersama sup cendawan!!!

Mini burger - intinya boleh dpelbagaikan, nugget, daging, filet etc.


Donut - siap dibungkus setiap satu. Bagi tempahan 5 biji dan lebih akan diberi dalam kotak.


Hmm..apalagi??Terliur tak??? Haaa..akak-akak, adik-adik, makcik dan pakcik marilah beramai-ramai datang join kelas ZAS BAKERY. Blajaq buat sendiri roti. pasni takyah beli dah kat kedai. Lagipun, kalau kita buat sendiri kebersihannya terjamin. Malahan bahan-bahannya pun kita yang control. Kalau beli?? Hmm...redha sajelah apa yang dah depa buh kat dalam tu. Tapi kadang-kadang saya pun terbabas jugak beli roti butterscotch!!!opsss....

Comments

Popular Posts