Salam Aidiladha

Alahmdulillah dan syukur je hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmatnya bertemu lagi kita dengan AidilAdha kali ini. Insyaallah sekiranya dipanjangkan umur maka dapatlah agaknya sekali lagi menyambut hari raya pada tahun depan. Seperti biasa, sambutan Aidiladha di tempat ZAZ memang tak meriah sebagaimana hari raya puasa. Mungkin kalau di Pantai Timur sambutannya terasa di kalangan masyarakat. Di sini rata-rata kebanyakan kedai masih beroperasi seperti biasa. Cuma pagi-pagi hari raya tutup sekejap sebab memberi laluan solat sunat hari raya.
Jadi, walaupun sambutan tak meriah ZAZ kena juga prepare something untuk projek MAKAN-MAKAN bersama family. Punyerlah pikir perah otak tak tau nak masak apa..rasa-rasa tekak semua macam tak kena aje. Yang bestnya, malam raya ZAZ bantai tidur awal jadik pagi rayalah baru nak masak. Haru betul..nasib baik raya haji ni takde orang nak datang beraya. ZAZ awal-awal lagi dah plan nak balik kg rumah my sister soooo...secara otomatiknye, main meal tak payah prepare lah!!! hehehehe....

Apapun ini jek juadah yang ZAZ masak k..itupun bukan masak banyak...ala-ala aje..resepi alteration sendiri mengikut tekak ZAZ. Anak buah ZAZ kata quiche tu tawar..yelah, kan jaga kesihatan....makanlah dengan sos baru syiokkk!!


Mini Quiche my version


Blueberry Cheese Cake - version ZAZ (resepi asal from myresepi)

Comments

Popular Posts