Wednesday, November 30, 2011

Pelbagai Sponge Cake

Orange Sponge Cake

Mango Sponge Cake

Chocolate Sponge Cake

Pelbagai jenis kek span yang sempat saya snap pics. Mana yang tak sempat tu, kira selamat dah masuk pewottt...erkkk (bunyi sedawa kenyang)..hikhik. Kek span ni gebu dan lembut serta tak kering. Kalau dimakan tanpa frosting pun dah sedap...sesuai untuk tea time petang-petang.

Kami ada pelbagai flavour sponge cake iaitu:

Vanilla
Pandan
Orange
Strawberry
Mango
Chocolate
Blueberry
Lemon



Cupcake Bertunang Tema Pink Purple

Salam Petang Rabu kepada semua pengunjung blog yang dirahmati..

Saya tak mau bercerita panjang dan berceloteh banyak sebab kekeringan idea. Lagipun saya berblogging sambil menunggu kain siap dibasuh..hehehe...nasib baik en husband tolong kemas meja makan, lega sikit rasanya.

Oklah entry ni cuma nak berkongsi cupcake pertunangan yang ditempah oleh ofismate saya Julia. Hmm..Julia nak hadiahkan pada BFF nye ...tak pasti lah samada si Eyza atau Zaini BFF Julia ni. Tak kisahlah yang mana satu, yang penting ingatan tu betul tak? Julia order chocolate chip cupcake dengan decoration edible image dan buttercream frosting. Tema nya kaler pink dan purple. So inilah hasilnya....harap-harap Jue puas hati k!!



Kelas Kids pada 26 November 2011

Kakak tolong scoop batter dalam cup ye..adik tolong tengok jek..


Si comel..macam mia sara kan??

Sapa kata lelaki takleh masuk dapur...bakal Master Chef ni jgn main-main



Program cuti sekolah bersama Uli Uli Bakery. Kami ada menyediakan Kids Fun Class sempena musim cuti persekolahan kali ni. Yuran? Murah je...bermula dari RM10 dan bergantung kepada jenis kelas yang diikuti. Kami kategorikan kelas kepada dua iaitu untuk kids dan juga teens. So kalau kelas kids tu biasanya pengisian lebih kepada yang simple dan tidak melibatkab penggunaan bahan api. Kelas teens pulak kami ajar basic baking....yang confirm boley buat kat rumah untuk mak..hehehe..


Kalau ada yang berminat..jangan lupa hubungi hotline kami ye..feedback yang diterima memang best, sampai ada yang tak nak balik rumah pulak dah....jenuh laaa chef nak pujuk kalau gitewww..

Kek Tunang Tema Biru Laut



Entry ni nak share pula gambar kek hantaran pertunangan Rosenani dgn Rifae. Uishh nama bakal tunang sama dgn opismate saya lah, seb baik bil double check orang nye tak sama. hehehehe...Nani memilih tema biru laut untuk kek tunangnye. Sebelum ni saya pernah juga buat kek gini tapi kaler shocking pink pilihan Makcik Leha. So sweet la couple nih, anyway tima kasih sebab order yea. Kek dalam tu ialah kek butter oren dan dihiasi dengan butterceam frosting.

Apapun....selamat bertunang ye nani...cepat2lah langsungnya nnt leh le order kek kawin pulokk....hikhik

Sunday, November 27, 2011

Selamat Berbahagia....

SELAMAT PENGANTIN BARU ITA & ERY...



Assalamualaikum semua,

Nampak gayanye minggu cuti sekolah dah bermula. Saya ni sebab takde anak yang sekolah jadi kurang arif lah tentang bab-bab bila sekolah cuti, berapa lama cuti dan sebagainya. Cuma saya dapat hidu sekolah dah start cuti apabila.....

1) Pagi-pagi time pegi keje jalan lengang satu macam walaupun time tu jam dah menunjukkan pukul 7 pagi (biasanya time ni memang crowded punyerr).

2) Jiran kiri kanan depan belakang sunyi sepi jam 6 pagi...tak dengar suara para ibu membebel kejutkan anak bangun tido.

3) Enjin kereta jiran-jiran pun turut tido lena ketika saya tergopoh gapah keluar nak pegi keje (sebab majoriti keje kat area sini jek, so xyah la nak keluar rumah awal2 sangat).

4) Budak-budak leka bersembang dan main macam-macam permainan pada waktu malam. Yelah, nak qada' dah berapa lama tak dapat can nak melepak macam tu kan. Asyik-asyik nak gi tuisyen, nak mengaji, kelas tambahan bla..bla..bla..

Hmm...itulah antara tanda-tanda cuti sekolah dan mula. Ohhh satu lagi tanda yang penting dan membawa kesejahteraan pada saya ialah, ramainyee orang nak mendirikan masjid. Eh! Bukan masjid yang itu ye..ini masjid walimatulurus....Hehehehe...Kepada semua bakal pengantin, saya ucapkan selamat berbahgia, moga berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekarang jangan guna hingga ke anak cucu sebab ramai juga pasangan yang "tersedar" bila usia dah senja, rupanye baru tau mereka tak serasi. Hmm..anak dah setengah dozen, cucu dah besar panjang tup..tup tak serasi katanye..ishhh begitulah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Allah. Hanya Dia yang maha mengetahui segalanya..

Tanpa membuang masa, jom kita layan kek tempahan pengantin baru ni. Ita dan Ery...baru je selamat diijabkabulkan semalam pada 26/11/2011...Tahniah! Ery ni kawan husband saya sejak sekolah lagi...apapun semoga berbahagia gitewww...


First Tier


Set Cupcake A

Set Cupcake B


Pasangan mempelai ni sepakat untuk ambil pakej Nilam yang sedang dipromo oleh kami..Cake tu flavour pandan dan juga chocolate. Untuk cupcake pulak kita bagi assorted flavour, ada vanilla, oren dan chocolate chip..Oklah bagi sesiapa yang berminat dengan promo kek kahwin kami...boley laa jenguk-jenguk pakej yang ada ye.

Thursday, November 3, 2011

PAKEJ PERKAHWINAN

Salam akhir tahun semua...

Tak lama lagi cuti sekolah akan bermula...cikgu cikgi mesti seronok giler sbb dapat bercuti. Tapi bagi kamai-kami yang kerja pejabat ni cuma mampu telan ayaq liuq je laaaa tgk org bercuti sakan. Apapun, yang penting tahap kesesakan confirm akan berkurang. Boley aaaa pagi-pagi saya keluar lewat sikit pegi opis terchenta tu.

Ooo yea, bila kita cerita tentang cuti apa yang terlintas dalam fikiran?? Balik kampung? Hmm...bangun lambat? Yeay...tepat sekali....KENDURI KAWIN!!! So..untuk menyokong dan support pada mereka-mereka yang akan mendirikan masjid ni, kami di Zas Bakery ada membuat offer PAKEJ KEK PERKAHWINAN dengan harga serendah RM100 je dek...Hmm mana nak carik tu dek nonnn...siap ada additional lagi tau. Bagi bakal pengantin, mak pengantin, kakak pengantin waima adik tiri cucu angkat pengantin pun boleyyy kalau nak tempah. Lawat-lawatlah dan jenguk-jenguklah kat blog yang serba sederhana nih.

Zas Bakery sentiasa cuba untuk memberi servis yang terbaik kepada anda dengan harga yang berpatutan...kalo gambar tak berapa nak clear, klik jek pada picture untuk besarkan size. Oklah dek non....jangan luper yerr...jenguk-jenguk PAKEJ KEK KAHWIN MURAH kami....da..di...du..


BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.