Tuesday, December 6, 2011

Kek Chocolate Moist dan Kek Pandan

Saya poskan entry dua biji kek. Saya pun dah luper sapa yang tempah, sbb dah lama dalam simpanan. Apapaun yang hijau tu kek pandan dan yang bwah tu adalah kek chocolate moist. Kek pandan ni kecik je, dalam 7 inch dan kek chocolate moist tu dlm 2kg.





Saturday, December 3, 2011

Kelas Dekorasi Cupcake_Workshop

Kelas dengan syafiqah yang nak belajar buat dekorasi cupcake dengan buttercream. Ini adalah kelas workshop special requested by syafiqah







Syafiqah datang ditemani adik-adiknya yang comel tu...atiqah dengan syuhada. Actually Atiqah dan Syuhada ada jugak join kelas dekorasi fancy cookies untuk kids. Nanti saya upload pics diaorg ok...

Friday, December 2, 2011

CUPCAKE DAN RV UNTUK ZAI

Order daripada Zainab untuk majlis hari lahir si kembar yang comeiii...Zai order sebiji RV dan 200pcs cupcake dengan flavour pelbagai.


Assorted flavour and design

200pcs cupcakes with edible image

RED VELVET 1.5kg

Ready untuk pickup

Wednesday, November 30, 2011

Pelbagai Sponge Cake

Orange Sponge Cake

Mango Sponge Cake

Chocolate Sponge Cake

Pelbagai jenis kek span yang sempat saya snap pics. Mana yang tak sempat tu, kira selamat dah masuk pewottt...erkkk (bunyi sedawa kenyang)..hikhik. Kek span ni gebu dan lembut serta tak kering. Kalau dimakan tanpa frosting pun dah sedap...sesuai untuk tea time petang-petang.

Kami ada pelbagai flavour sponge cake iaitu:

Vanilla
Pandan
Orange
Strawberry
Mango
Chocolate
Blueberry
Lemon



Cupcake Bertunang Tema Pink Purple

Salam Petang Rabu kepada semua pengunjung blog yang dirahmati..

Saya tak mau bercerita panjang dan berceloteh banyak sebab kekeringan idea. Lagipun saya berblogging sambil menunggu kain siap dibasuh..hehehe...nasib baik en husband tolong kemas meja makan, lega sikit rasanya.

Oklah entry ni cuma nak berkongsi cupcake pertunangan yang ditempah oleh ofismate saya Julia. Hmm..Julia nak hadiahkan pada BFF nye ...tak pasti lah samada si Eyza atau Zaini BFF Julia ni. Tak kisahlah yang mana satu, yang penting ingatan tu betul tak? Julia order chocolate chip cupcake dengan decoration edible image dan buttercream frosting. Tema nya kaler pink dan purple. So inilah hasilnya....harap-harap Jue puas hati k!!



Kelas Kids pada 26 November 2011

Kakak tolong scoop batter dalam cup ye..adik tolong tengok jek..


Si comel..macam mia sara kan??

Sapa kata lelaki takleh masuk dapur...bakal Master Chef ni jgn main-main



Program cuti sekolah bersama Uli Uli Bakery. Kami ada menyediakan Kids Fun Class sempena musim cuti persekolahan kali ni. Yuran? Murah je...bermula dari RM10 dan bergantung kepada jenis kelas yang diikuti. Kami kategorikan kelas kepada dua iaitu untuk kids dan juga teens. So kalau kelas kids tu biasanya pengisian lebih kepada yang simple dan tidak melibatkab penggunaan bahan api. Kelas teens pulak kami ajar basic baking....yang confirm boley buat kat rumah untuk mak..hehehe..


Kalau ada yang berminat..jangan lupa hubungi hotline kami ye..feedback yang diterima memang best, sampai ada yang tak nak balik rumah pulak dah....jenuh laaa chef nak pujuk kalau gitewww..

Kek Tunang Tema Biru Laut



Entry ni nak share pula gambar kek hantaran pertunangan Rosenani dgn Rifae. Uishh nama bakal tunang sama dgn opismate saya lah, seb baik bil double check orang nye tak sama. hehehehe...Nani memilih tema biru laut untuk kek tunangnye. Sebelum ni saya pernah juga buat kek gini tapi kaler shocking pink pilihan Makcik Leha. So sweet la couple nih, anyway tima kasih sebab order yea. Kek dalam tu ialah kek butter oren dan dihiasi dengan butterceam frosting.

Apapun....selamat bertunang ye nani...cepat2lah langsungnya nnt leh le order kek kawin pulokk....hikhik

Sunday, November 27, 2011

Selamat Berbahagia....

SELAMAT PENGANTIN BARU ITA & ERY...



Assalamualaikum semua,

Nampak gayanye minggu cuti sekolah dah bermula. Saya ni sebab takde anak yang sekolah jadi kurang arif lah tentang bab-bab bila sekolah cuti, berapa lama cuti dan sebagainya. Cuma saya dapat hidu sekolah dah start cuti apabila.....

1) Pagi-pagi time pegi keje jalan lengang satu macam walaupun time tu jam dah menunjukkan pukul 7 pagi (biasanya time ni memang crowded punyerr).

2) Jiran kiri kanan depan belakang sunyi sepi jam 6 pagi...tak dengar suara para ibu membebel kejutkan anak bangun tido.

3) Enjin kereta jiran-jiran pun turut tido lena ketika saya tergopoh gapah keluar nak pegi keje (sebab majoriti keje kat area sini jek, so xyah la nak keluar rumah awal2 sangat).

4) Budak-budak leka bersembang dan main macam-macam permainan pada waktu malam. Yelah, nak qada' dah berapa lama tak dapat can nak melepak macam tu kan. Asyik-asyik nak gi tuisyen, nak mengaji, kelas tambahan bla..bla..bla..

Hmm...itulah antara tanda-tanda cuti sekolah dan mula. Ohhh satu lagi tanda yang penting dan membawa kesejahteraan pada saya ialah, ramainyee orang nak mendirikan masjid. Eh! Bukan masjid yang itu ye..ini masjid walimatulurus....Hehehehe...Kepada semua bakal pengantin, saya ucapkan selamat berbahgia, moga berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekarang jangan guna hingga ke anak cucu sebab ramai juga pasangan yang "tersedar" bila usia dah senja, rupanye baru tau mereka tak serasi. Hmm..anak dah setengah dozen, cucu dah besar panjang tup..tup tak serasi katanye..ishhh begitulah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Allah. Hanya Dia yang maha mengetahui segalanya..

Tanpa membuang masa, jom kita layan kek tempahan pengantin baru ni. Ita dan Ery...baru je selamat diijabkabulkan semalam pada 26/11/2011...Tahniah! Ery ni kawan husband saya sejak sekolah lagi...apapun semoga berbahagia gitewww...


First Tier


Set Cupcake A

Set Cupcake B


Pasangan mempelai ni sepakat untuk ambil pakej Nilam yang sedang dipromo oleh kami..Cake tu flavour pandan dan juga chocolate. Untuk cupcake pulak kita bagi assorted flavour, ada vanilla, oren dan chocolate chip..Oklah bagi sesiapa yang berminat dengan promo kek kahwin kami...boley laa jenguk-jenguk pakej yang ada ye.

Thursday, November 3, 2011

PAKEJ PERKAHWINAN

Salam akhir tahun semua...

Tak lama lagi cuti sekolah akan bermula...cikgu cikgi mesti seronok giler sbb dapat bercuti. Tapi bagi kamai-kami yang kerja pejabat ni cuma mampu telan ayaq liuq je laaaa tgk org bercuti sakan. Apapun, yang penting tahap kesesakan confirm akan berkurang. Boley aaaa pagi-pagi saya keluar lewat sikit pegi opis terchenta tu.

Ooo yea, bila kita cerita tentang cuti apa yang terlintas dalam fikiran?? Balik kampung? Hmm...bangun lambat? Yeay...tepat sekali....KENDURI KAWIN!!! So..untuk menyokong dan support pada mereka-mereka yang akan mendirikan masjid ni, kami di Zas Bakery ada membuat offer PAKEJ KEK PERKAHWINAN dengan harga serendah RM100 je dek...Hmm mana nak carik tu dek nonnn...siap ada additional lagi tau. Bagi bakal pengantin, mak pengantin, kakak pengantin waima adik tiri cucu angkat pengantin pun boleyyy kalau nak tempah. Lawat-lawatlah dan jenguk-jenguklah kat blog yang serba sederhana nih.

Zas Bakery sentiasa cuba untuk memberi servis yang terbaik kepada anda dengan harga yang berpatutan...kalo gambar tak berapa nak clear, klik jek pada picture untuk besarkan size. Oklah dek non....jangan luper yerr...jenguk-jenguk PAKEJ KEK KAHWIN MURAH kami....da..di...du..


Saturday, October 29, 2011

Strawberry Mousse Cake

Salam

Sekali lagi saya persembahkan strawberry mousse cake untuk tatapan anda. Ramai yang tanye mousse ni cemana. Kalau ikut wikipedia mouuse ni katanya "is derived from the French word mousse which means "lather" or "foam". A mousse is a prepared food that incorporates air bubbles to give it a light and airy texture. It can range from light and fluffy to creamy and thick, depending on preparation techniques". Erkk...lebih kurang lah encik wikipedia ni terangkan mouuse ni testurnya ringan, berkrim...sedap bila dimakan (ehh itu saya yg tambah). Separuh aiskrim la senang citer. Diperbuat dari campuran non dairy whip cream dengan gelatin. Sebab itu, kalau makan mousse di mana-mana kena hati-hati sebab ada gelatin, kita pun x sure depa guna gelatin apa kan. So kalau boleh carilah dari sumber yang halal...




Hmm ni mousse lebih dari buat kelas, terbancuh banyak pulak so saya buat lagi sebiji kek dengan filling strawberry mousse. Kek ni saya ice dengan fresh cream..juga perasa stoberi. So kira kek ni macam sesuaiii sengat untuk stoberi lover gitewww...



Macaron Lollipop!!!

Salam....

Macaron lollipop yang comeyyy.....macaron ini ditempah oleh Puan Zainab dari Kuang...Usahanita pusat asuhan kanak-kanak..a.k.a tadika lerrr. Puan Zainab order cupcake juga tapi untuk majlis yang berasingan so nnt later-later saya update pulak hal ehwal cupcake Zai ni ye. Zai collect macaron ni hari Khamis lepas, minta maaf sbb saya baru jek sempat nak upload gambar-gambarnye.


Macaron ni ada macam-macam flavour intinye. Untuk shell saya cuma guna vanilla/mint/bluberry flavour sahaja buat masa ni. Jadi kalau yang nak perasa coklat ke, tea tree ke, apa2 ke saya mmg x buat.Biasanya kalau order untuk banyak2 lebih dari 100pcs, saya leh bagi special price yang tak dapat kat mana-mama pun (echewahhh!!!). Kalau berminat, senang2 jenguk kami di facebook ZAZBAKERY SWEETOUCH...daaa

Tuesday, October 25, 2011

Kek OreN yang Serba OREN

Salam masam-masam manis semua....

Kepada penggemar OREN, saya persembahkan KEK OREN yang dilapisi dengan fresh cream oren serta hirisan buah oren. Kek juga ditaburi dengan parutan coklat perisa oren. Pendek kata, semua serba serbi OREN. Hik..hik...i loiiikeeee...

Kek ni memang sedap tau. Betulll....saya tak tipu. Fresh je rasa dia, hmmm..nyum nyummmyy.....



Haaa....tengok! Tengok!! MENGGIURKAN TEKAK TAK????? kihkih....pada ibu mengandung....ada dilarang melihat gambar di blog ini...dkhuatiri kalau tak dapat nanti baby meleleh ayaq liuq (kata orang tua-tua laaa)

Monday, October 24, 2011

Kelas Kek Continental

Assalamualaikum kengkawan..

Buat apa hari minngu yang lepas? Kenduri? Melancong?Melencong??Oppsss...yang ketiga tu baik dijauhkan dari kamus kehidupan..especially kepada para suami-suami semua. Kiranya yang ke-3 itu pernah atau selalu jadi agenda, alamat punahlah title suami mithali anda semua.ngeh..ngeh..ngeh..Takpelah saya bukan nak berceramah tentang mithali pun, kang Prof Izy takleh carik makan plak (alamak prof...saya gurau jewww...jangan mare)..hikhik. Saya cuma nak sharekan program saya semalam..bersama dua orang rakan...

Yang seorang iteww rakan seopis, yang seorang lagi rakan di FB. Alhamdulillah mereka 'melencong' ke kedai saya dengan matlamat dan di akhir kelas dpt lah bawa pulang hasilnye. Harapan saya supaya Ain dan Ecah dapat aplikasikan semua yang dah dipelajari di kelas. Pasni, sila buka nota resepi dan rajin-rajin berkunjung ke bakery supplies...buat kek sendiri. Tapi...kalau nak urgent, order je dengan saya..hahahaha...

Cuma 2 dari 4 orang yang berkesempatan hadir. Takpe..no problem but the more the merrier kan. Anyway sepanjang kelas memang best..Ain yang mulanya malu-malu pun bila dah lama-lama jadik ok. Ecah?? Hmmm...as usual dia memang banyak tanye, dari opis sampai lah ke kedai sama je..nasib baik 2 org dapatlah nak layan sebaiknye.Orait...Rabu ni Ecah ada kelas roti pulak...nanti kita update ye.



Strawberry mouuse cake


Blackforest cake

Cupcake Chocolate Cheese

Cupcake feveret saya ni...memang sangat suker cupcake ni. Actually saya bukan penggemar cheese cake yang 'bolen' tapi kalau combine dengan chocolate atau blueberry...saya sukerrrrrr sangat. Kira macam mimpi indah lah kalau dapat makan cupcake ni. hikhik....

Saya cuma hiaskan dengan bintang-bintang je atas cream tu..sebab cupcake pun ala-ala continental jugak, nampak moden dan tak sarat dengan deko yang macam-macam. But if ada yang berkenan nak tempah untuk birthday and request special deko pun tara hal punyer. Zas Bakery sedia memenuhi impian citarasa anda!! Fullamak..mcm iklan...


Golf and Soccer Theme Cupcake

Salam

Yang ini saya nak post entry gambar cupcake yang diorder oleh Norliza. Saya tak berkesemptan nak bertemu mata dengan Liza cuma bersms aje. Apapun saya harap sangat Liza happy dengan cake ni, insyallah kalau ada kekurangan akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Liza order untuk celebrate birthday family yang lahir pada bulan Oktober..waaahhh double triple celebration nampak gayanya. Saya pun selalu macam itu, kongsi birthday aje. Senang dan efficient...ehehehe

Tema yang Liza nak ialah bola sepak dan golf. Seb baik encik kartun bola sentiasa ada dalam simpanan jadi senang lah sikit nak capai bila terdesak. Oklah, perasa cupcake plak ialah chocolate...jadi apalagi???? Zassss kita layannnn....




Chocolate Moist dan Cream Cheese yang MENGGIURKAN!

Salam semua

Hmm..sebut pasal chocolate mesti semua dah terbayang dalam fikiran akan keenakan produk tenusu yang satu ini kan. Sejak dulu lagi chocolate telah dipelbagaikan kegunaannya. jadi berterima kasih lah kepada Lembaga Koko sebab dah memproses sebiji buah koko menjadi satu produk yang sungguh sedap dan menyelerakan. Ehh rasanya anak-anak zaman sekarang ni entah-entah tak pernah tengok buah koko tak? Kalau tengok pun mesti dalam buku atau dalam dokumentari di tv. Hiiii...mesti rugi sebab tak pernah rasa keenakan rasa isi buah koko tu. Nyum! Nyum!

Oklah..banyak pulak cerita pasal koko yerr..seberbanya nak entry tentang kek chocolate je. Alamak, mukadimah panjang sangat...sorrylah. And sorry juga pada Dinah dan Kak Ija for the late post. Untuk Kak Ija yang cun dan anak gadisnya Dinah yang cutee tu..saya persembahkan kek yang tidak lain tidak bukan Signature produk kami.... SUPER RICH CHOCOLATE CHEESE CAKE!!! Tadaaaaa..


Erkk...pejamkan mata date 10/10 tu yee..hari ni dah 23 oktober...ampuuunnn....

Saturday, October 22, 2011

Godaan Gadis-gadis anggun....gitewww

Salam semua

Ampun dan maaf dari team zaz bakery sebab lama sangat menyepi tanpa berita. Dek kesibukan hakiki dan yang bukan hakiki maka blog ini terus dibiarkan bersawang. Ni baru sempat nak bersihkan habuk-habuk yang melekat bak foundation tu.

Entry kali ni pun tak mau panjang lebar. Admin zaz bakery 'hilang' seketika sebab berkursus di sugarflours, Bangi. Pernah dengar sugarflours??? Ala...yg glamerr tu...memang heaven habis saya selama kat sana. Banyak ilmu yang dipelajari dan juga yang penting dapat teknik-teknik baru serta mudah dalam penghasilan produk-produk melibatkan sugarcraft. Owner a.k.a founder cum instructor Sugarflours ni iaitu Puan Wati, Leeya dan Put Put memang otakk besttt. Pendek kata saya seronok berada di sana. Jadik, rerakan bloggers...now saya nak persembahkan hasill dari kursus tersebut. Ada lagikk tapi upload berperingkat ye...

In other words, sesapa nak order kek macam dalam gambar tu boleh lerrr meng contact saya okeh.

Kalau teringin gadis-gadis comeyyy yang boleh dimakan untuk menghiasa kek hari istimewa anda, jangan malu dan segannn...tempahlah kat saya..ihikkkkss

Gadis Jepun yang santun


Si English Girl yang aktif..mcm red riding hood tp ni pakai topi!


Atau pun godaan si "Dutch Lady"....


Tuesday, October 4, 2011

Order Hari Usahawan Sekolah

Hoo...hoo...hoo.....

Ekspresi di atas itu menunjukkan en chef sangat penat menyiapkan order entry kali ini. Sila beri tepukan gemuruh kepada en chef ye....

Order diterima dari anak buah saya, merangkap adik en chef iaitu Incik Haiqal untuk hari keusahawan sekolah kalau tak silap saya. Bertungkus lumus en chef membuatnye dengan seorang pembantu (terus dpt keje on the spot..hehehe..). Saya tak dapk nak tolong sbb outsation itu jam. Smpai-sampai bakeri tengok keje ala2 nak selesai so saya bantu mana yang boleh je lah.

Apapun terima kasih banyak-banyak sebab beri sokongan pada kitaorg yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan ni. Yelah sapa lagik nak sokong kalau bukan sedara mara sendiri ye tak?? (sila angguk banyak-banyak kali mcm burung belatuk...). Oklah jom kita intai-intai apalah yang diorder oleh Haiqal. Sms yang saya terima malam tu "SEMUA ABES"...YEAY!!!! Saya tumpang gembira sbb akan ada bakal potential customer ...hikhik



Kek Chocolate yang umpphhh!!!

Assalamualaikum

Ini entry yang agaks dah lama jugak dalam simpanan. Taip sikit, save. Taip sikit, save. Memanjang duduk dalam draft sampai agak-agak keterlupaan juga tentang kewujudan entry ni. Aduuhhh teruk betul kan? Itulah, internet pun sekrang ni dah capai kuota jadi faham-faham ajelah...menyiput aje bila nak upload.

Saya pun minggu lepas memang tak dapat nak rest..hujung minggu penuh dengan aktiviti pejabat. Ke sana ke sini dibuatnye. Dah tu baru balik outstation pulak, memang menambahkan tension saya je. Hishhh..tapi apa nak buat dah makan gaji, telan je lah walaupun pahit.. bak kata orang yang pahit tu ubat. Kalau tak suka, sila angkat kaki!!! Erkkk..(tertelan air liur kat kerongkong).

Oklah ini sebenarnya order dari kawan makcik leha untuk anak sedara dia kot. Makcik leha pernah order kek wedding untuk anak lelaki dia masa awal2 kami ala2 operasi secara underground dulu. Kalau nak nengok sila klik sini. Actually order ni depa ambik dlm Syawal haritu (sila geleng kepala sebab Syawal pun dah bye bye). Hmm..jadik memang sangat lama lah sudah kek itewww tp baru sekarang mau kongsi. Apapun saya harap kawan makcik leha pueh hati dengan keenakan kek yang dah terbukti tu (masuk bakul angkat dengan kren ye!!!). Sepatah kata dari kami "THANK YOU!!!!!"


Wednesday, September 28, 2011

LAGI PRODUK BAKERI

Salam manisss semua...

Di sini saya nak share lagi beberapa produk yang ada di bakeri kami yea!! Untuk makluman kami juga menyediakan pakej tempahan untuk majlis-majlis outdoor contohnya Hari Sukan, Family Day, Gotong Royong dan macam-macam lagi. Harga bermula dari RM2 SAHAJA. Customer boleh pilih produk berdasarkan bajet yang sesuai.


DONUT TOPPING (mango,orange,blueberry,strawberry,kiwi) -RM1.50

DONUT SOSEJ - RM1.50


CAKE BALL - RM0.40


CHICKEN FRANK SANDWICH - RM1.90


SOSEJ FLOWER MAYO -RM1.90


MINI CAKE (chocolate,vanilla, strawberry,pandan,lemon) - RM6.00


BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.