Thursday, September 15, 2016

SALAM PERKENALAN

Wah, lamanya shima tak jengah blog ni. Agaknya kalau blog ni wujud secara ‘fizikal’ mau dah bersawang, berhabuk sekati macam rumah tinggal! Aduhh, tak taulah sejak dua menjak ni susah betul nak cari masa untuk menulis. Almaklumlah, berblog ni perlu daya kreatif. Bukan sahaja kreatif berfikir, tetapi kreatif juga untuk menulis. Barulah semangat pengunjung-pengunjung nak datang.

Al kisah ceritanya, shima dah lama tinggalkan dunia bisnes baking. Rasanya almost 2 years kot. Mula-mula stop disebabkan menghampiri Ramadhan (selalu shima dah off semua bisnes sebulan dua sebelum), then bila dah selepas cuti raya sibuk pula dengan outstation sana sini. Bila dah kerja luar, shima memang takde cukup masa nak baking lagi. Sebabnya shima tak mau terkejar-kejar menyiapkan tempahan pelanggan. Semua orang pasti mengharapkan ‘sesuatu’ daripada hasil seni kita, jadi shima sebolehnya taknak menghampakan harapan mereka semata nak kejar order.

So bila dah lama sangat tak baking, shima jadi malas dan letih pulak nak start semula. Since then, terus tutup buku pasal baking2 ni. Tools pun dah elok simpan dan box, hehe. Tapi tak dinafikan sampai hari ini masih terima call, whatsapp, mesej dan emel daripada pelanggan lama dan juga potential pelanggan yang nak order kek. Maaf sangat2, shima dah tak buat kek! Aduh…cemana tu…

Sesekali ada juga baking sekadar untuk diri sendiri dan lepas gian memasak. Sekarang shima lebih banyak sharing je dengan pengunjung2 FB shima. Shima ni suka memasak, kalau ada waktu terluang shima curik2 masa untuk memasak walaupun sekadar telur goring dengan bawang! Hihi..begitulah lumrah sebagai wanita, jiwanya dengan dapur tak dapat dipisahkan. Kalau lama tak masak boleh meroyan tau! Hihi..itu shima la, orang lain mungkin tak kot.

Jadi, sesiapa yang rasa suka nak cuba2 memasak, nak belajar memasak atau saja nak try resepi-resepi lain..bolehlah berkunjung ke FB shima. Link ke FB ada kat sidebar sebelah kanan tu, klik je. Tak semua ‘post’  tentang masakan, ada juga ‘entry’ tentang aktiviti shima samada yang berkaitan dengan kerja atau personal . Kalau tak jemu, bacalah. Kalau tak suka, scroll je laju2..haha.  Salam perkenalan untuk semua yer..muahsss.



-PENCINTA MAKANAN-

0 comments:

Post a Comment

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.