Thursday, April 2, 2015

Kenangan di Bumi Britain Part 5 - CAMDEN TOWN

"Camden Town, often shortened to Camden (ambiguously also used for the much larger London Borough of Camden of which it is the central neighbourhood), is an inner city district of London,[2] 2.4 miles (3.9 km) north-northwest of Charing Cross. It is one of the 35 major centres identified in the London Plan.[3]
Laid out as a residential district from 1791 and originally part of the manor of Kentish Town and the parish of St Pancras, London, Camden Town became an important location during the early development of the railways and is also located on the London canal network. Its industrial economic basis has been replaced by retail, tourism and entertainment, including a number of internationally known markets and music venues that are strongly associated with alternative culture."

Tu di atas adalah versi malas nak translate. Tempat ni sangat dekat dengan class kami di Clapham. Untuk ke Camden, kami boleh naik tren direct samada ke High Barnett atau ke Edgware (bukan Edgware Rd. ye). Hmm masih dalam zon 3 so boleh singgah la bebila nak. Rasanya kami pergi minggu kedua kot, masa tu saja nk jelajah konon2. Habis class je terus set nak ke Camden, saje nak tgk2 kot ada yang menarik kat sini. Wowww..memang menarik tertarik. Kebetulan kami pergi masa tu ada market, diaorg punyer style malam tutup la pulak market dia. Kalau kat Malaysia malam2 baru best night market. Ishh terbalik lah org UK ni. Jadi kami sempat singgah sekejap sahaja di Camden Market. Suasana Camden ni best, ala2 kampung. Pemandnagan yg cantik dan paling best ada food court tepi sungai yang menjual makanan HALAL!! Arhh best ok dapat makan nasi berlauk!! Harga murah je GBP3 (xyah nak convert sangat tau). Dgn harga tu kami dapat nasi dan 3 jenis lauk..heaven la jugak kan..selalunya 3 pound tu layak dapat makan berger je.

Kat food courst ni mereka menggunakan pendekatan food court terbuka, open air. Yg uniknya tempat duduk yg disediakan ada pelbagai bentuk (dah x jumpa pic mana simpan). Ada bentuk skuter, binatang etc. Kiut sgt2. And semua kiosk yg ada ni adalah mewakili negara. Hmm Malaysia memang takde, ingtkn kot2 boleh order nasi kerabu daging bakar ser!! Hampa mak..Takpelah akhirnya setelah pusing2 kami jumpa jugak 1 gerai yg menepati selera, gerai dari Burma yg dinamakan Little India. Dikendalikan oleh 2 org anak beranak (ibu dan anak perempuannya). Lauk pauk lebih kurang ala2 Malaysia so kira oklah. Saya makan kurma ayam, tandoori dan kari ayam and dpt free dalca. Semua ayam!!! Hmm nnt kalau saya jumpa gambar makanan tu sy upload. Maklumlah dah lama...tah mana dia nyorok. Suasana kat sini damai je, boleh tgk kapal2 kecik lalu kat sungai tu. Andd...sungai tu bersih ok, xde sampah sarap pun.  Jom saya blanje gambar2 kat Camden.


Antara gerai yg ada..patut sy amik gambar dgn makcik Burma tu kan..ishhh 

nampak takkkkbersih kan??? kami makan betul2 kat meja sebelah sungai ni. Ekceli diaorg ada sediakan trip pusing2, tp dah petang, so dah tutup lah. Masa ni dalam pukul 7 lebih. Kat UK waktu ni musim peralihand ari Spring ke Summer so siangnya agak panjang.

ha tu dia bekas comel nasi dgn lauk. Muka puas anak dara Sabah dpt makan nasik. Tupperware tu sila abaikan, sentiasa kami bawak bekalan dr umah, takut kebulur. Sekian..


Slps melantak kat Camden, ehh takkan nak balik umah. Awal lagi kannn. Kawan saya kata nak pi London Bridge...ooo kau nak sgt gi London Bridge (sebenarnya saya tahu dia nak gi Tower Bridge yg cantik tu). Tapi saya diam je, saya ikutkan je sbb dia beria2 nak gi kan. Hahaha. Siyes saya tahu dah bridge yg kaler biru tu ialah TB, sbb dah buat research sblm pergi UK. Kikikik. Dahlah sejuk, turun tren kat LB tu kami naik eskalator tertinggi saya rasa, memang tinggi wehhh sayuppp tgk bawah. Skai sampai2 atas, tgk jambatan biasa je, hahahahah. Pastu dia komplen nape lah jambatan ni mcm ni, tak cantik pun. Takpe, akhirnya sampai gak kat LB. Saya ckp kata nk gii LB, inilah LB. Nnnt esok kita gi TB yer..hehehehe. Terkono dia, tp saya pun menderita gak dibadai angin sejuk tu. Lagi petang lagi kuat anginnya, lagi sejuk menusuk tulang.

Sebab dah sampai LB, nak tak nak kene jugak ambik gambar kan??? Mestilah ambik pic, baru ada kenangan di tempat yg popular tu..London bridge is falling down..falling down..falling down...Lepas setel di LB, tak insaf2 jugak tu..takmo balik.. So next destination ialah ke London Eye. MashaaAllah, merayap sungguh la anak dara 3 org ni kan. Masing2 macam melepas gian baru dpt kluar kandang gamaknya. Miahahaha...Tiket untuk London Eye dalam GBP 40-50 tak ingat. Boleh tengok seluruh London youu..Kalau gi London mesti naik ye, baru sah sampai London. Hehehee..Akhirnya kami balik umah sekitar jam 9 malam, just nice dah nak masuk maghrib masa tu. Hari baru nak gelap. Kami turun di Station Edgware. Tapi sebab dah agak senja, kami tak berani nak ikut shortcut, jadi kene lalu jalan jauh la sikit. Nak jadi cerita dekat2 nk sampai kat simpang umah, ada lah lelaki2 mabuk bergaduh depan kedai judi siap baling2 botol arak. Adoiiyaii nasib baik kami dh nampak dari jauh. Cepat2 lintas jalan. Kat sini memang byk traffic light, so senang je kalau nk lintas.Seriauuu. Dah la 1st time balik lewat, terus insaf!!! Scary tau...Itulah first and last kot balik paling lambat. Haiyohh. Sampaikan husband kol dr Malaysia terkejut nape saya tak balik-balik umah lagi. Waaaa...Masa tu Malaysia dah pukul 2 pagi kot. Hehehehe. 7 jam kan perbezaan waktu..org nak pi keje kami baru nak tidoq!!!

2 comments:

lia ummiirfan said...

lama tak datang camden town ni.. bestt

ZAZ BAKERY said...

Haah betul tu..memang best sungguh rasanye. Klu ada rezeki blh la pergi lagi kan

Post a Comment

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.