Friday, January 30, 2015

SAKIT DAN KEHIDUPAN




Apabila kita berbicara tentang 'sakit' kita akan memberikan definisi dan takrifan yang pelbagai. Ada yang melihat sakit itu sebagai satu bentuk implikasi fizikal tetapi ada juga yang mentakrifkans akit itu lebih simbolik. Terpulang pada pendapat individu. Yang penting, sakit itu adalah suatu keadaan yang tak menyeronokkan, menderitakan, menyedihkan dan lain-lain. Kesakitan yang berpanjangan juga boleh memberi impak kepada hubungan kita dengan persekitaran.

Baru-baru ni saya melawat rakan saya yang mana suaminya sekarang mengidap kanser. Mula-mula dapat berita saya memang terkejut sebab suami rakan saya ni saya rasa aktif sebab beliau seorang guru. Sefaham saya, semua cikgu ni saya boleh kata aktif lah sebab mereka ni  kalau di sekolah tak duduk diam. Ke hu ke hilir penuh dengan macam-macam aktiviti. Kelas pulak kejap di tingkat satu, kejap di tingkat 3..mana nak duduk diam kalau macam itu? Saya ni nak naik tingkat atas kat rumah pun bukan main malas lagi kecuali dah terpaksa. Dipendekkan cerita saya rasa macam kruang percaya jugaklah pada awalnya.

Asyik bertangguh nak melawat, akhirnya saya dgn suami cari juga masa pada hari Ahad yang lalu. Senang dapat dengar cerita daripada mulut beliau sendiri, sebab sebelumnya saya asyik dengar cerita rakan-rakan yang lain saje. Sedih hati saya bila melihat anak-anak berkampung di hospital sebab seingat saya anak-anak beliau memang rapat dengan si ayah. Semuanya perempuan, jadi biasalah anak pwerempuan rapat dengan ayah. Yang sulung kalau tak silap mungkin Tingkatan 2 dan yang bungsu baru berumur 1 tahun lebih.  Pesan beliau pada kami, selalulah buat pemeriksaan kesihatan sebab katanya kadang-kadang kita rasa diri kita sihat tapi sebaliknya pula. Macam beliau, puncanya nak buat medical checkup untuk darah tinggi dan buah pinggang tapi lain pula yang dapat didiagnos.

Jauh di sudut hati saya, kami mendoakan semuanya yang baik-baik saja. Mudah-mudahan beliau akan sembuh dan kembali bertugas seperti sediakala. Aanak-anak pun masih kecil lagi..harap-haraplah pembedahan kedua dan kemoterapi kali ini memberi kesan positif. Semoga rakans aya sentiasa tabah dan kuat dengan dugaan Allah. Percayalah, Allah menduga hambaNya dengan dugaan yang diketahuiNya mampu ditagani oleh individu tersebut. Dugaan datang dalam pelbagai bentuk dan redhalah kita dengan apa jua yang mendatang..in shaa allah akan ada kemanisan di hujung perjalanan.


0 comments:

Post a Comment

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.