RINDU....

Rindunya pada kanak-kanak kecil yang semua dah makin membesar. Wahai kanak-kanak...stop growing up!!! Indah sungguh dunia anak-anak..xde masalah hendak difikirkan, hanya keseronokan yg ada. Tiap-tiap hari fikirkan apa nak main ptg nanti...nak ajak siapa main sama..hmm mungkin kanak-kanak sekarang lebih byk menghabiskan masa dengan gajet. Tapi saya kecik-kecik dulu banyak program di luar rumah. Walau saya tak selasak anak kampung yang lain tapi merasa jugak main teng-teng, main baling kasut, main ongket, polis sentri dan macam-macam lagi. Selalunya permainan kami ciptaan sendiri dan menggunakan barang yang dbuat sendiri juga. Tanpa modal!

Begitu indah dunia kami pada waktu itu. Bila musim moero attack, demam bola tampar berada di seluruh pelusuk dan ceruk rantau. Tak percaya? Cuba tanye mereka yg lahir tahun 70an...bohong kalau tak tahu cerita ni. Masa tu masing-masing nak jadi CUN (heroin cerita tu). Hehe..rasa terbayang-bayang pulak drama ni di mata. Terngiang-ngiang juga di telinga soundtrack lagu moero attack, jangan tak tau kami siap nyanyikam dalam versi bahasa melayu. Entah siapa yang cipta saya pun tak tau. Yg penting semua orang hafal lagu tu dan sama-sama menyanyi waktu main bola tampar. Ehh seronoknya.

Waktu malam saya mmg akan duduk di rumah sahaja. Saya tak pergi mengaji pun seban saya dah mengaji masa sekolah agama waktu petang. Dulu saya memang scorer jugak kat sekolah agama siap dapat offer asrama penuh bahagian agama. Kalau sy pergi agaknya saya dah jadi ustazah pilihan kot hari ni. Hihihi...tapi Allah maha perancang, saya memilih untuk ke Convent. Dan jadilah saya diri saya hari ini. Nasib baik tak terpesong pulak akidah masa belajar dulu. In sha allah, kata orang tua-tua asas kene kukuh, lepas tu pergilah ke mana jua in shaa allah akan terpelihara. Oh cerita pasal xtvt malam dulu-dulu, takde sgt sebab saya masih sempat merasai era tiada bekalan elektrik. Bila waktu senja, semua rumah akan on generator..aduhh bisingnya bunyi. Generator ni kita gunakan untuk dapatkan bekalan elektrik..dapatlah lampu dan tengok tv hitam putih tu. Tapi pukul 12 malam generator akan ditutup. Emak bayar bulan-bulan pada Us. Salleh owner main generator kat kg. Saya tak tahu berapa jumlahnya. Lepas 12 malam, sunyi sepilah seluruh kampung. Bila dah umur 8 tahun kot rumah saya dah terima bekalan elektrik. Ingt lagi masa tu kontraktor ramai2 dtg ke kg dan diaorg biasanya akan tinggal menyewa di kg tu terus sepanjang tempoh menyiapkan projek2 pendawaian. Sampaikan anak jiran saya bertemu jodoh dengan salah seorang wireman pada masa tu. Haa..sambil2 pasang wayar, mata dok jeling anak tuan rumah la tu....

Emak siap jamu macam2 masa abang2 tu buat wiring di rumah. Mak memang macam tu, semua yg datang dianggap tetamu. Bukan sekasar air kosong..mak buatkan kuih minum petang..makan tengahari pun mak masakkan skali walaupun cuma lauk biasa2 aje. Seban tu mak murah rezeki agaknya. Bila dah ada elektrik mmg seronok..lampu dan kipas sepanjang masa takdelah smpai pukul 12 je. Sedap betul rasanya bila tido ada angin yg dodoikan..tak payah guna kipas tangan mengkuang tu. Ehh penatlah nak mengipas! Waktu ni merasa minum air sejuk peti ais..mak boleh beli lauk byk simpan stok. Peti ais pertama mak jenama singer..warna hijau. Masih elok digunakan smpilah. mak diserang strok pada tahun 2006. Mak org susah jadi semua barang dijaga dengam rapi. Jarang ada barang yg rosak..sebab tu saya mmg pantang sgt bila barang2 di rumah tak dijaga elok..agaknya terikut peel emak la tu. Kalau diingat semula, betapa rindunya saya pasa waktu dulu..masa tu mak masih ada...enaknya air tangan emak. Sekarang, walau keluar air mata darah sekalipun mak dah takde untuk masakkan saya makanan2 kegemaram saya. Laksa emak..mee jawa..gulai manis daging..sambal santan..hmmm...rindunya pada emak.








Comments

Popular Posts