RESEPI TART BUAH-BUAHAN


Hmm sedapnya kalau dapat makan tartlet kan??? Lebih sedap kalau tart tu kita buat sendiri. Betul ni...sebab feeling makan tart buatan sendiri dengan yg dibeli memang berbeza. Kalau tak sedap pun, bila diri sendiri yang membuatnya..confirm semua jadi sedappp..hehehe. Cuma kalau kejadiannya tak seperti diharapkan, itu yg kadangkala membantutkan semangat nak mencuba. Tapi ada sesetengah orang berhati kental, selagi tak jadi, selagi itu dia takkan jemu mencuba. Saya pulak kadang-kadang rajin mencuba, tapi kadang-kadang saya tobat taknak buat dah. Itu bergantung kepada jenis menu yg saya try, kalau menu yg saya minat memang saya akan cuba jaya habis-habisan.

Tartlet ni kalau di pasaran boleh tahan juga harganya. Saya sendiri selalu beli je kalau setakat nak merasa 2-3 ketul. Jarang sungguh saya buat kecuali teringin sangat2. Untuk jualan??? Memang tak pernah jual..sebab saya kan dah kata saya ni vitamin M lebih, tidaklah saya sanggup nak menggentel tart crust tu buat satu2..pendek kata semua produk yg bersaiz kecik2 macam apam polkadot ke..mini muffin size s tu ke..memang saya tak buat. Bukan menyombong...tetapi saya tak sanggup berlama-lama membuat produk yg kecil dan memerlukan kerja-kerja yang teliti itewww.. Tidak sanggup....

Oklah jom kita layan resepi tartlet ni. Sila sabar tika membuatnya..saya try half resepi je sebab ngeri pulak tgk sukatan tepung tu banyak sangat...nnt sapa nak makan???

Hmm...gambar tak pandai nak snap. Lagipun guna henpon je..
Sumber Resepi : Dapur Kak yah

Kulit Tart
450gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanila

1.Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi satu doh.
3. Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan di atasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yang kecil aja)
4. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C  sehingga masak.
5.Cara mengeluarkan kulit tart..yang panas-panas tu lagi , gunakan pengcungkil gigi yang jenis tajam tekan ditepi kulit tart dan ia akan terangkat keluar.  

*Saya cover keliling kulit tart bahagian dalam dengan coklat masakan. Buah-buahan tu kita gunakan buah dalam tin kecuali stoberi. Kat dasar tat saya letakkan sedikit krim putar. Takleh simpan lama2 sebab tart akan soggy..kene terus makan je lah lepas buat..boleh disimpan dalam fridge sebelum dihidang.



Comments

Post a Comment

Popular Posts