PUFF TUNA EXPRESS

Salam semua,

Rasa-rasanya bermula 2015 ni blog ni saya akan trasform kepada koleksi resepi yg dah dicuba samada resepi yang saya dapat dari kawan-kawan atau pun resepi koleksi peribadi. Bukan untuk menunjuk saya ni  terer memasak, takde2 cuma nak kongsi2 sahaja apa yang saya dah buat dan mungkin boleh di tokok tambah oleh pengunjung-opengunjung yang lain.

Resepi ni takde yang copyright sebab kita sentiasa boleh adjust mengikut selera masing-masing, tak payah nak ikut 100%.

Jadi sebagai pembuka tirai 2015, resepi pertama ni khusus untuk yang nak cepat..masa tak banyak tapiii perut dah melalak-lalak nak makan (ngeeee makan saya la tu kan).


Tuna Puff yg emmmm....

Apa yang anda perlukan????

Bahan-bahan
1 pek puff pastry jenama KAWAN (ada 10 keping)
*Tuna in braine water - 1 tin
*Mayonis
*Bawang holland - didadu
*Cili merah/cili padi merah (optional)
*Capsicum - didadu
*Garam
Telur - untuk sapu pada pastry

Cara-cara:
1. Toskan tuna. Gaulkan bersama semua bahan bertanda *.
2. Potong dua puff pastry. Letakkan inti di tengah2 pada satu bahagian. Satu bahagian lagi sebagai penutupnya.
3. Kelar2 bahagian penutup puff sebelum diletakkan di atas puff yg diletakkan inti.
4. Sapu keliling puff dengan telur dan lekatkan penutup. Tekan keliling dengan garpu.
5. Sapu rata seluruh permukaan puff dengan telur.
6. Panaskan oven pada 180c - 200c mengikut tahap panas oven masing2. Oven memang kene panas betul2 supaya puff akan naik berlapis.
7. Bakar dalam 20-25 minit (sentiasa tgk jgn hangus pulak sbb oven panas ni).
9. Sejukkan atas wire rack.
Tadaaaaaa....

PERINGATAN MESRA:
Walaupun baunya sgt2 menggugat iman korang, jgn terus ngap kerana akibatnya amatlah buruk. cik kak semua mungkin akan mengalami LECUR yg kritikal..muahahahaha.. (panas weh inti tuna tu).
Inti puff ni boleh dipelbagaikan ikut tahap kerajinan masing2. Nak puff epal ke..puff sardin ke..krim ayam ke..






Comments

Popular Posts