MACARON YANG CANTIK DAN SEKSI


Laduree yang femes..mahal ok sebijik GBP2.50 kalau tak silap.

Haiyaaaa...seksiii giler ni. sumber dari gugel je

Setuju tak???? Memang seksi u ols...but sometimes amacron can be delicate as well...especially bila menggunakan warna-warna yang lembut a.k.a pastel. Dia punyer rasa still manis, crnchy di luar dan liat atau kenyal di dalamnya. Tahap kemanisan itu boleh dikurangkan samada dengan mengurangkan gula pada shell atau pun mengurangkan gula pada intinya. Normally macaron yang saya buat saya kurangkan sedikit tahap kemanisannya. Dan saya selalu menggunakan kaedah FRENCH MACARON sahaja. Sebab???? Ok saya mengaku bahawasanya saya memang malas nak boiling sirap gula dengan termometer. Pernah buat sekali pastu termometer i gedebub jatuh terpelanting. Dahlah mahal, sia2 je. Tapi itu diakui memang salah saya sebab guna periuk yg tak tinggi..padan le muka i. Since then, I swear to myself..I would never use ITALIAN METHOD again!! Echewahhh...

Sebenarnya MACARON ni merupakan sejenis kudapan orang-orang Perancis. Ia dah wujud di atas muka bumi ni since tahun 1800 lagi (nampak tak Malaysia lambat berapa abad tu??). Dan ia mula femes di Negara kita rasanya tak sampai 1 dekad kot..like 5 years before..(masa tu saya sanggup pi belajar dengan yuran RM360 ok). Hurmm..sapa yg dah mula dominate amacaron ni masa awal-awal memang beruntung sebabnya masa tu depa boleh buat untung giler2. Bayangkan homemade punye macaron harga RM4.50 sebijik..like KLCC punyer price. Tapi kita jangan komen sebab homemade product memang Fresh From the oven..and kita boleh sure tahap halal dan toyyibannye. Cuma if u ols rasa mahal, silalah buat sendiri dengan resepi yg akan saya kongsikan di bawah.

Oleh sebab manis, kita kene makan bersama dengan kopi..kopi pahit jgn kopi susu lak. Disebabkan ianya originally from french, kita memang tak nafikan coffee adalah peneman setia masyarakat di Barat. Masa saya di UK, kita boleh jumpa sangat banyak kedai kopi di merata tempat. Even kiosk kecik kat luar2 tube station pua ada menjual coffee on the go. Sedap ok kopi dia! Di sana femes dengan COSTA dan PRET A MANGER..dan mereka guna Illy ye. Starbucks ada tapi tak popular sangat. Saya pernah beli espresso..adehh very the comel je cawan dia (macam size tester air kat supermarket), harganya GBP 1.50..kalau convert2 duit kita rate skrg ni dalam RM6-7 macam tu. Whatever!!!

Macaron ni didatangkan dengan pelbagai warna dan perasa..ada yg kreatif akan letak buah-buahan segar but the price of course will be expensive. Memandangkan buah-buahan yang digunakan tu seperti raspberry, blueberry..semua buah imported. Belum pernah jumpa diaorg letak buah pisang or nanas..trylah kot2 sedap. Makesure carik buah yang masam..supaya balance. Tapi saya sendiri tak pernah cuba letak buah..nnt sy try ye. sebab kalau letak fresh fruit kene makan cepat2 tak boleh simpan lama nanti buah akan soggy. Kat malaysia ada ramai orang yang jual macaron, boleh beli samada di kedai atau pun orang perseorangan.


RESEPI MACARONS
resepi oleh : kak.yani
Bahan-bahan(+-24 set,48 keping)
  • 2 biji (80gm) telur putih L size
  • 60gm gula kastor (saya kurangkan)
  • 80gm almond powder
  • 120gm gula aising
  • sedikit esen vanila
 

Cara-cara:


  1. Ayak almond powder dengan gula aising.
  2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. 
  3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Gunakan kaedah fold..very slow. Konsistensi jgn cair..kalau terlebih gaul jadi meleleh pulak.
  4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag (sy guna plastik putih biasa) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan parchment paper sebesar size 50sen. Elok lukis acuan 50sen pada kertas A4, nanti masa nak piping letakkan kertas A4 di bawah parchment..jadi macam pola org jahir baju tu kan. Bila penuh satu dulang, saya angkat dulang separas muka dan lepaskan atas meja..buat 3x. Gelembung udara akan pecah dan macaron x bertanduk.
  5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Ia akan membentuk lapisan kulit shell.Better letakkn dulang dalam bilik yg aircond sejuk, cepat kering. Kalau hari hujan, eloklah jangan buat macaron kecuali kalau ada bilik yg sejuk giler!.
  6. Bakar dlm oven pd suhu 1150 degree selama 20 minit bergantung pada kepanasan oven memasing. 4-minit pertama shell akan naik perlahan dan membentuk feet, intai la oven memasing. Time ni time kritikal, kalau  naik tu rasa nak loncat2 je. 
*Jgn bakar lama sgt nanti warna shell kekuningan sbb hangus. Tp kalau tak cukup bakar nanti bawah dia melekat-lekat pulak.


berapa rege agaknye kalau macam ni??

cantik jugak kan warna combination? Nampak sedap intinye tu..haruss manis


Comments

Popular Posts