Tuesday, January 6, 2015

Lasagna untuk budak-budak

LASAGNA atau LASAGNE

Sama je kekdahnya. Sukati lah nak panggil apa pun yang penting hasilnya lebih kurang je lah kan. Lasagna ni adalah sejenis pasta yang berbentuk kepingan lebar, katanya pasta yang terawal diperkenalkan dlm family pasta. Kiranya lasagna ni macam nenek moyang pasta tau. Nampakk????? Hihihihi..

Baru balik tuition, macam terpaksa makan je kann

Biasanya lasagna dimasak secara berlapis-lapis dan di setiap lapisan akan diletakkan inti daging. Yang paling penting perlu ada sos putih / bechamel sauce serta bahan-bahan sampingan seperti mushroom dan sosej untuk menambahkan lagi keenakan lasagna. Yang paling wallah...permukaan lasagna sangat berkrim sebab dicurahkan dengan kombinasi sos putih dan juga parutan keju. Laagna mula diperkenalkan di Itali dan selepas tu terus meluas ke pelbagai benua yang lain. Malahan resepinya juga telah dipelbagaikan mengikut adat dan tadisi sesebuah negara. Kalau di Malaysia especially di kalangan masyarakat Melayu, kita dah edit sikit resepi lasagna ni jadi lebih pedas sesuai dengan selera kita kan.

Arif memang suka makanan western
Okey, xyah bebel panjang-panjang. Ini resepinya, saya dah buat ikut selera kami semua...yg dewasa dan kanak-kanak pun boleh makan dengan bahagia sebab tak terlalu pedas.

BAHAN-BAHAN INTI:
Beberapa keping lasagna (rebus sebentar, jgn rebus sekali byk sebab nanti melekat)
Daging cincang 2 keping - basuh dan toskan
Tomato puree - 1 tin medium
Bawang holland - 1 labu yg besar
Bwg putih - 5 biji (dicincang)
Sosej - 5 batang (potong nipis)
Cendawan butang - 1 tin (potong nipis)
Italian Herbs / Oregano
Sos cili


BAHAN-BAHAN SOS PUTIH
Susu
Tepung gandum
cheddar cheese
Butter
 Panaskan butter dan tumis tepung. Kacau supaya tepung tak berketul. Then masukkan susu dan cheddar. Kacau hingga sos pekat. Boleh tambah sedikit garam kalau nak.

Cara-cara
1. Tumiskan bawang. Bila naik bau, masukkan daging. Kacau hingga daging bertukar warna.
2. Masukkan tomato puree dan air. Biarkan agak2 mendidih barulah masukkan bahan-bahan yang lain. Perasakan dengan garam dan gula.Kuah jangan terlalu berair, biar sedang-sedang je.
3. Sediakan bekas caserole atau pun bekas aluminum yg pakai buang tu. Kalau guna caserole, sila sapu marjerin rata2 sebelum susun kepingan lasagna yg dah rebus.
4. Tuang inti di atas lapisan pertama dan kemudian tuang sos putih. Buat ulang2 sampailah habis. Last skali mesti lapisan daging + sos putih dan parutan mozarella.
5. Bakar pada suhu 180c sehingga kuning keemasan.
* kalau guna instant lasagna, tak perlu direbus.

Gambar memang tak menarik tapi sedapppp (amboi, masuk lif tekan sediri nampak!!)









0 comments:

Post a Comment

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.