Friday, January 16, 2015

Kenangan di Bumi Britain - Part 4

Dah namanya kenangan..memang sesuatu yang indah untuk dikenang2..diingat2. Nak kongsi cerita pun paling2 dengan family dan BFF jek..tak boleh share dengan sebarangan orang sebab tak semua suka dengan apa yang kita cerita.


Amboi fish n chips tu..kongsi berdua pun boleh.

harusss bergambar depan restaurant.

cikgu2 kita..amy taylor dengan karin..karin ni ibu tunggal, asaal switzerland

acara wajib selepas auditing oleh pihak FHT. Sebelah Amy Taylor tu ialah Vice President FHT Christine Fisk. Pengamal holistic therapy sejak puluhan tahun.

Class kami di Clapham lebih kurang 2 minggu. Selepas tu kami ada class di Forrest Hill pulak untuk sports massage. So antara tempoh class tu ada 2 hari free pada waktu weekdays. Jadi kami ambil kesempatan untuk melawat ke MARA, London. Saya buat appointment ni pun masa dah sampai di London. Nasib baik dapat contact salah seorang staff kat sana so kita buat appointment berjumpa dengan Pengarah. Alhamdulillahd apat kerjasama yang sungguh baik and here we are, sesi bersama Tn haji Abd. Wahab bin Yusof. Hehe seronok kami dapat makan keropok lekor tau. Yang paling lucu, Tn Pengarah baru tiba 2 hari sebelum kami sampai jadi kiranya dia senior 2 hari lah dari kami..hehehe..

Ole-ole daripada kami untuk MARA, London
Selepas habis sesi di MARA, London kami singgah di Bayswater. Pejabat MARA ni dekat2 Paddington tu je. Biasanya jalan kaki je dari tube. Turun di stesen Bayswater atau Queensway (depan station ni lah ada pasaraya yg jual barang-barang Malaysia). Owh nk bitau kat Bayswwater ni ada satu shopping complex nama dia Whiteleys..kami suka singgah kedai perfume kat dalam tu sebab lebih murah berbanding tempat lain.  Pastu satu lagi tempat yg boleh beli perfume ialah di Boots, ada banyak kedai Boots ni sekitar London. Dia lebih kurang mcm Watsons kat Malaysia. Tapi kalau ada sale korang boleh pi kat Harrods jugak. Sambil-sambil shopping boleh lah beli souvenir Harrods.

Changing of the Guard depan Buckingham Palace

Aktiviti wajib yang korang kene merasa pi tgk ialah Changing of the Guard. Tapi takde hari2 ye..kene refer kat online London portal untuk tgk jadual. Biasnaya pagi2 lah diaorg akan buat pertukaran guard ni. Sila bangun awal kalau nak gi tgk. Manusia memang ramai dan full, pepandai lah nak menyelit. Lagi tempat yg boleh singgah ialah di museum2 diaorg..mostly FREE. Go and see..malahan banyak sejarah Melayu ada kat sana. Kalau kat Malaysia malas pi museum, kat sana korang kenelah pergi tgk..hehehe. If ada bajet lebih naiklah London Eyes, masuk Madame Tussaud, jalan pi Greenwich etc. Ada satu tu kami singgah National History Museum, mak oiii banyaknya tingkat, penat kaki mak nak jalan semua sekali. Kira sempat sggah beberapa museum sepanjang kami kat sana.




Ni geng jalan2 saya masa kat London..minah ni sangat suka berjalan and ambik gambar. Sampai habis bateri hp sebab amik gambar ok.

Depan National History, tempat shooting Night at the Museum. Ada dino yang besar tu kat dalam. Sib baik dia tak idup, tak tahulah kot malam2 dia hidup. hehehehe
Mummies kat museum, ada banyak. Peliklak, kat sini saya cukup penakut nak tgk benda2 ni tapi masa di London saya habiskan berjam2 dalam seksyen Egypt ni. Hehehe...

Kat Greenwich, tak jumpa pulak gambar2 yang lain.

Ni utk kira bulan kot..hmm ntah la saya pun tak reti nak baca

0 comments:

Post a Comment

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.