Kek Wedding Syahirah di Saujana Utama

Hujan renyai-renyai tatkala saya deliver kek ni ke rumah pengantin di Saujana Utama Sg. Buloh. Dalam hati dup dap dup dap mintak-mitak jangan hujan sebab saya ni perlu assemble kek dan juga siapkan bunga-bungaan kat sana. Alhamdulillah masa sampai orang belum ramai tapi tetap jadi tumpuan memandangkan ramai pulak orang suka tengok kita tergodek-godek nozzle tu. Aduhhh nasib baik boleh kontrol. Dalam hati Allah je yg tahu. Pastu ada pulak yang rajin nak ajak berborak, waduhhh kek ku belum siap lagi nih nak borak panjang-panjang. Selesai je saya pasang itu ini, saya terus jumpa mak pengantin dan chiowww sebab risau hujan akan turun lebat. Saya dah lah tak bawak spek, dtg sorang-sorang pulak tu. Memang gamble habis tau. Selalunya dtg dengan suami tapi kali ni terpaksa datang seorang...

Gambar banyak lagi ni tapi dah trasfer pulak dalam pc lain..so layan je dua gambar yang ada. Oklah daripada takde langsung..

Menggeletor tangan teman nak bubuh bunga. Semua bunga disiapkan di tempat majlis...

design dari syahirah sendiri..nak kaler begini dan dua tingkat sahaja...




U ols nak tak kek macam ni??

whatsapp 0122959655
emel zazbakery@gmail.com
fb zazbakery sweetouch

Comments

Popular Posts