Friday, January 9, 2015

Kek PRINCESS


 KEK PRINCESS AYEESHA SI BABY COMEL

tema pink


Wahhhh...anak-anak perempuan memang suka kalau dapat kek princess. Masa saya kecik2 tak pernah sambut hari jadi. Dulu2 saya rasa susah nak dapat kek yang dihasilkan oleh orang melayu. Satu-satunya kedai yang jual kek di kampung saya namanya Emporium Siang Hin yang terletak di Pekan Sabak Bernam. Masa tu emporium ni lah yang paling popular kat pekan sebab hanya kat sini je yang ada jual maca,-macam jenis coklat. Masa tu kalau dapat beli coklat zip cadbury tu saya dah rasa mewah sungguh, kira istimewa lah. Sekarang ni budak-budak tak pandang pun agaknya wafer zip tu.

Tapi tak boleh selalu beli sebab jarang dapat peluang pergi pekan. Sebulan cuma sekali je merasa itupun sebab ikut arwah mak pergi ambik pencen. Masa tu boleh mintak macam-macam. Yelah budak -budsk lagi, mana tahu fikir cukup ke tak duit mak tu kan. Bila fikir-fikir balik ishh nyesal pulak susahkan mak kan.

Ehh melalu pulak dah cerita zaman kecik-kecik kita pulak. Itulah kalau dh berpeluang nak manulis, macam-macam yang kita nak tulis. Jom layan beberapa gambar kek princess yang ditempah oleh Kamal dan isterinya Dr. Eza. Dulu masa diaorg kawin saya yang buatkan kek kawin mereka berdua. Alhamdulillah dah ada baby girl pun....


ayeesha sambut besday dgn ibu....


0 comments:

Post a Comment

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.