Sunday, January 11, 2015

COTTAGE PIE aka SHEPERD PIE

Korang mesti biasa dengar SHEPERD PIE, tapi jarang-jarang dengar tentang cottage pie kan? Saya pun comfuse jugak mula-mula so saya cuba carik info apa perbezaan kedua-dua pie ni. Hasil carian rupanya kedua-dua pie ni sama je dari segi bahan-bahan yang digunakan. Sheperd pie azalnya dari England, dan mereka menghasilkan pai dengan menggunakan lamb sebagai bahan utama.Tetapi apabila pai ini merentasi benua ke US, masayarakat di sana lebih menggemari beef berbanding lamb jadi mereka telah mengolah resepi asal dengan menggantikan daging yg digunakan kepada daging lembu. So sheperd pie versi US adalah menggunakan daging lembu. Manakala di England, Australia dan New Zealand mereka memanggil pai berinti daging lembu sebagai COTTAGE PIE. So dah faham kan??

Idea nak membuat sheperd pie ni dah lama, cuma asyik malas je nak mula. Kebetulan ada lebihan kentang putar yg saya buat hari sebelumnya terus rasa nak cuba resepi sheperd pie ni. Saya tak pernah makan yang original drpd UK jadi saya tak tahu samada pie yg saya buat ni ok ke tak. Bagi saya oklah, cuma saya lebih prefer lasagna kot berbanding sheperd pie.

nyummmmmssss...menambah lemak


RESEPINYA:
Beberapa biji kentang -rebus dan lenyek bersama lada sulah, garam dan susu segar

Inti:
Daging cincang
Carrot-dadu
Celery-dadu
Cendawang butang-hiris nipis
Tomato puree
Tomato peel/fresh tomato
Rosemary
Bawang besar
Butter
Olive oil
Mozarella cheese


Cara-cara:
1. Tumis bawang dalam butter dan olive oil. Nak guna mnyak biasa pun boleh tapi biasanya utk resepi western sy suka gunakan olive oil. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan daging, biarkan sampai bertular warna.
3. Masukkan carrot dan cendawan.
4. Tambahkan sedikit tomato puree, just utk beri warna sebab namti kita akan tambahkan tomato peel so jagn letak banyak sgt puree nnt masam.
5. Lastt skali masukkan celery.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Mula2 sapu caserole/bekas dengan butter.
Ratakan lapisan kentang di dasarnya..nipis sahaja.
Tuangkan inti, ratakan dan tutup atasnya dengan lebihan kentang tadi.
Saya tambah topping mozarella atas permukaan kentang tu dan saya taburkn italian herbs.
Bakar suhu atas bawah sampai bertukar warna ke golden brown.
Ready to eat..


nampak tu lisan bawah tu nipis je, topping dengan daging

takyah  rata sangat, biar camni nmpak menyelerakan

yummeh bila topping dgn mozza...waduhhh tambah dua kilo



0 comments:

Post a Comment

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.