Thursday, January 29, 2015

BILA CILI MULA BERTUNAS

Hari-hari bila balik kerja
Intai sayur, bunga dan nenas
Ewahhh gembira hati tidak terkira
Melihat cili mula bertunas..ewahhhh

Ha..tu lah perasaannye bagi orang pestaim jadi petani moden. Tanam cili pon nak hepi sgt..org lain dah berpuluh kali tanam pokok cili takde rasa pape pun ye tak?? Hiii..maaflah kalau terover dose seronok sebabnya saya dah banyak kali semai biji cili, tak pernah tumbuh!!! Hancur luluh perasaan bila tunggu ngadap pasu tu hokey. Kali ni saya cuba petua kawan, katanye rendam dulu biji benih dalam air garam..untuk elakkan siput kot. Hmm memang ye, semalam saya intai wahhh dah ada siput comel tu kat tempat semaian saya. Ai is stressed! Saya tak bunuh tapi saya kais je keluarkand ari pasu..esok kalau dia rajin nak berjalan jauh mai balik, lantak dia lah kan.

Tengok2 ehhh dah ada tunas putih keluar dr biji cili tu. Apakah maknanya?? Firasat saya mengatakan tunas tu nanti akan mnenjadi batang kecik dan akhirnya tumbuhlah daun..yeahooo. Harap-harap firasat saya kali  ni betul. Almaklumlah, kita ni mana ada basic bercucuk tanam. Hentam keromo je. Tapi hati membuak-buak nak bertani dan berkebun di tanah sekangkang kera...walaupun sekadar di dalam pasu. Apalah salahnya kan, asal berhasil. Yang paling seronok bila masa tuaian, tak sabarnyaaa. Hmm nak tuai apa, berkebun pun belum. Baru tanam beberapa jenis pokok je kottt.. Sebelum ni saya tanam serai lepastu bila dah besar dia jadi buruk dan banyak kulat putih melekat di batangnya. Last-last serai tu tewas juaa. Sedeykan??

Yang subur bayam, tak termakan la pulak. Saya tanam bayam merah, ingatkan kene tunggu dia besar betul2..rupanya batang dia jadi keras daaa. Hehehe..langsung tak boleh dimakan pulak. Adoii lahh. Yang ada cuma pokok limau purut, kari dan pandan. Dah selalu menikmati hasilnya..alhamdulillah. Takdelah susah nak beli lagi kat kedai. Walaupun murah tapi membazir sebab kita guna sikit je untuk masak. Peberet saya sekarang memang browsing blog-blog tanaman...nanti kalau ada anak-anak pokok yang menjadi, saya up lah dan share tipsnya skali

0 comments:

Post a Comment

BORANG KELAS

Name:
Email Address:
No Telefon
Kelas yang diminati
Tarikh
Bilangan Peserta 1
2
3
4
5
lebih dari 5
Pertanyaan / Cadangan

Get your own free form like this one.